Pembikinan Video Graduasi SMK Banggol 2014

Salam,

Hujung tahun macam ni sekolah-sekolah atau mana-mana IPT pasti sibuk menyediakan kenangan yang indah sepanjang bersama. Semestinya diperlukan video sebagai alternatif sebagai persembahan pada majlis yang akan diadakan dan secara langsung sebagai simpanan abadi.

Di sini, saya kongsikan kaedah penyediaan pembikinan video yang sangat mudah. Barulah tak jadi video yang merapu-rapu :P

  • Tetapkan tema (semestinya tema graduasi)
  • Buat storyboard (tetapkan durasi. Contohnya 4-5 minit) Kalau terlalu lama, orang akan bosan. Tujuan Storyboard ni supaya kita tidak buang masa mencari bahan dan tidak tersasar daripada tema.
  • Emosi yang ingin disampaikan : Sedih, humor atau menyentuh hati. (saya pilih terharu)
  • Kumpulkan bahan-bahan seperti gambar dan video. Saya cari gambar yang happy2 sahaja. Tak nak gambar skema. Nanti teramat la bosan. Macam formal pulak.
  • Selitkan video. Video yang sepanjang tahun lagi baik. Klo takde semua tu, buat satu sesi bergambar dan video sekadar lakonan. Sebaiknya secara natural, bukan dibuat-buat.
  • Cari lagu-lagu berkaitan. 
  • Pastikan bahan yang ada dikumpul dalam satu folder. Musik, gambar dan video diasingkan dalam fail berbeza (supaya tidak keliru) 

  1. Lagi banyak gambar, lagi bagus,
Video yang diambil

Nantikan hasilnya akan diupload pada waktu lain :)
 Selamat mencuba!