KDPM - BBD

Video ni sebenarnya dah lama buat. Masa tu, cek external hardisk, jumpa video time belajar dulu kala. Tengok la satu demi satu. Sangat hambar. So, aku amik dan trus edit. Cut bahagian yang menarik, cantumkan, masukkan lagu femes time belajar dulu, dan walahhhh!!! Dah tak boring. Lagu yang menaikkan adrenalin kami satu kelas. Miss that time. Tiga tahun bersama. Akhirnya masing2 bawak hauan sendiri. Selepas 6 tahun berpisah, aku hasilkan video ni. Sangat menggamit kenangan. Boleh jadi tontonan anak2 dan partner masing2.

BBD Batch 03 (Tahun 2004 hingga 2006)
:: Mengimbau Kenangan ::


bbd from nhazla fikri on Vimeo.

AMALI Kemahiran Hidup Tingkatan 1 (TERAS)

Buat pertama kali tak masukkan video. Saje nak share prosedur pdp dalam kelas. Boleh jugak jadi bukti pengajaran :P
Lain kali nak cuba buat dalam bentuk video plak. Tapi hak ni, nak share yang pegun sahaja. Sebenarnya tak kisah macam mana bentuk pun, asalkan ada.

Tajuk : Pendawaian Plag 3 Pin 13 Ampere
Bab : Bab 3 Elektrik -Teras

Alatan : Pisau, Pena Ujian, Playar Muncung Tirus, Gunting
Bahan : Wayar 3 teras, Plag 3 pin


1. Sediakan alatan dan bahan.
2. Potong penebat luar wayar tiga teras sepanjang 4 cm dengan pisau lipat.
3. Buangkan penebat luar dan benang yang terdedah.
4. Buka penutup plag dan longgarkan skru tamatan. Kemudian, masukkan wayar 3 teras di dalam lubang tamatan. Ketatkan skru pengapit semula.
5. Potong teras jika terlalu panjang untuk mendapatkan pendawaian kemas.
6. Jalurkan penebat pada teras. Jalurkan dengan teliti supaya lembar wayar tidak terpotong.
7. Pintal dan lipatkan hujung teras yang telah dijalur.
8. Pasangkan teras pada tamatan mengikut kod warna seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut :

Tamatan hidup (L)

Wayar perang / merah
Tamatan neutral (N)

Wayar biru / hitam
Tamatan bumi (E)

Wayar hijau berjalur kuning

9. Tunjukkan plag tersebut kepada guru untuk diperiksa terlebih dahulu.


Update : 24 Mac 2015

Video Family Day GTOC

Family Day yang pertama diadakan untuk kelab GTOC (Ganu Toyota Owner Club) di Mercu Beach Resort pada 6 - 7 Mac 2015. Skema btol ayat baris pertama. Hehe... Best, happy, fun sangat2 pertemuan keluarga GTOC ni. Okey la dengan pelbagai aktiviti galaks diadakan. Makanan best, labu masak lemak (hubby makan sampai singgah ke hospital pada keesokan harinya...) Rakaman, biasa2nya. Amik, edit, cantum pendek2 dan tadaa....! Inilah hasilnya. Takde la power sangat. Just simpan untuk kenangan. Simpan ketat2




Kondisi video takde la sharp sebagaimana yang ada dalam lappy... Kenapa tak cun lepas upload kat vimeo?

Video pendek :

Shoot by - Azizi Aziz
Editting by - Nhazla Fikri
Lagu intro : The Sounds - Panic
Lagu full : Incubus - Drive
  
from nhazla fikri on Vimeo.

Family Day Kelab GTOC Kemaman

Aku pun tak sure tajuk post ni. Sebab program ni di bawah kelab suami. Just menyertai dan menyokong kuat aktiviti suami untuk mengadakan family day ni. Kitorg pun rasanya patut bercuti sebab nak hilangkan stress kerja sehari-hari. Suami nak shoot semua aktiviti sepanjang 3 hari berada di Mercu Beach Resort, Cherating. Dengan gembira aku pun nak jugak (suka sebab dah lama tak join sama making video). Hope takde problem. Nantikan video kereta yang kedua kami bakal dibuat. Eh, salah-salah. Dah yang ketiga??!!! Cepatnya masa berlalu. Dah nak masuk video ketiga dah yang kereta ni :D