Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kemaman 2015

Selesai sudah mempersembahkan video tokoh guru bagi tahun ni.... Fiuh... Boleh tarik nafas lega. Semasa ditayangkan di hadapan beribu-ribu orang penonton,. Tak lupa juga undangan terhormat Dato' Sri Shaberi Chik juga antara penonton pada waktu tu.

Rasa berdebar-debar, tambah risau video tak memuaskan. Tangan tak payah cakap. Sejuk macam air batu. Kebetulan jugak, Tokoh Guru ni merupakan suami kepada Pengetua SMK Banggol. Memang berkait. Tapi, dengan video yang berdurasi 5.19 minit, ianya mendapat sambutan. Ucapan tahniah daripada rakan-rakan kami terima.

Terima kasih. Satu penghargaan apabila mendapat respon positif daripada orang lain. Walaupun ianya tidak sehebat sebagaimana produksi luar, namun kami amat gembira kerana orang lain gembira. Kegembiraan orang lain, kepuasan kami.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang menyediakan video ini. Semoga Allah memurahkan rezeki ke atas orang-orang yang telah membantu kami.

Tokoh Guru Kemaman : Hj. Mohd Deris Bin Che Man
Lagu : Arrieatty OST (by cover)

Menggunakan sepenuhnya equipment RalitMedia. Slider. Canon 500D, Canon 70D, Lens, 50mm.



Full Tokoh Guru 2015 from RalitMedia on Vimeo.

Before Present Video Clip Tokoh Guru Kemaman 2015

Tinggal beberapa hari sahaja lagi nak serahkan video. Tapi tak dapat nak buat. Idea takde. Mood tak datang. Padahal, story board dah buat awal-awal lagi selepas meting ari tu. Apa kan daya, this year keje tak ikut sebagaimana yang dibincangkan. So kami terpaksa mengubah balik tema jalan cerita. 
Inilah kami hadap saban hari. No idea.... Help us....


Apa yang menyeramkan, kami terpaksa sediakan video untuk dipertontonkan di hadapan ribuan guru daerah Kemaman, PPD Daerah dan Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek. Dan untuk makluman, ini tahun ke3 kami buat. Buat tu mudah, tapi nak kekalkan mutu video setiap tahun payah. 

But some other people said, "Mudahje kan buat video bagi yang dah biasa kan."Thanks with your words darling. Semoga Allah permudahkan kerja kamu menjadi senang :P

Well, sini kami tunjukkan kaedah nak kuatkan tangan supaya bila pegang kamera takde la shaking. RM 5 je di Daiso. Sekarang RM5.30 selepas GST. kua... Kua... Ku... Rugi tak beli sebelum April kan.
Hand exercise namanya. Semangat tak?

Ari tu ada beli slider dan header untuk dapatkan kelainan shoot kali ni. Slider second hand rm250 dan header yang baru rm178. Semata-mata untuk hari guru ni. Dapat yang baru, charger bateri untuk Canon D500 plak rosak. Check harga dalam tenet, rm 275 kalo tak silap. Mahalnya!!!! Kebetulan plak dalam fb ada orang jual glider cam. Mau terkinja-kinja kami nak. Rm1200 diorang jual. Ingat nak keluarkan duit simpanan. Tapi macam melampau plak.
Glidecam HD1000

Tak sanggup keluarkan wang simpanan, kami pikir alternative lain. Sapa nak beli Basikal? Hahahahaha. Gelak malu pun ada. Terpaksa la… Nak beli charger yang rosak semasa pembikinan video ni la…. Takkan la dslr tu nak sunyi je tanpa bateri, kann? Dan glider tu memang dah lama nak. Agak-agak laku tak? Nak harap sponsor dari sapa-sapa takde dah. Atau pun boleh tak Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek bagi hadiah sempena hari guru 18hb Mei ni? Memang hadiah terbaik forever la. Hihi


Inilah beskal yang kononnya nak membantu untuk slim kan badan. Sekarang pandang sepi je di tepi dinding. Kau tengok aku, Aku tengok kau.
1k. Anyone? Hihi

Slider

Dua minggu lepas ke KL semata-mata nak amik SLIDER. Berkaca-kaca mata bila nak dapatkan gajet baru. Biarpun barang seken. Huhu... Walaupun ada slider ni, tak dapat jugak nak guna sebab takde header. Kalo terus guna kat dslr konpem calar balar... So, terpaksa la order header tu dari website Shashinki.com. Dan, tadaaa!!!! Complete set. Inilah barangnya. Semangat kami gunakan untuk rakaman Tokoh Guru Peringkat Daerah Kemaman 2015.

Tapi yang kelakarnya, kami tak reti nak guna...


Dan yang keduanya, lepas beli benda ni, kami kerosakan charger Canon D500 T_T

Kampung Cina Kuala Terengganu

My doter yang comel nak ke China. Merayu, merintih, merengek dan mengamuk beriya-iya nak ke negara tu sebab Kamila (kawan Naura) dah pun ke sana. Umur 5 tahun, apa yang dia reti. Ingat China tu drive 30 minit dah sampai kot. Bukannya tau pasport dan visa. So, sebagai parents yang bijak pandai (orait, terperasan jap), kami fikirkan Kg Cina. Kebetulan kami dah berada di Kuala Terengganu, jadi boleh sangatlah ke sana. Lagipun, dah lama teringin nak berposing depan mural yang maha kreatif. 

Lokasinya betul2 di bandar Kuala Terengganu. Sebenarnya Kg Cina ni macam dah lama. Tengok pada struktur bangunan dan susun jalan memang nampak bukan yang kotemporari punya. Memang suka tengok. Lagi suka bila perancang bandar yang tau erti LESTARI. Tau? Lestari maksudnya mengekalkan tempat / barang lama dengan membuat perubahan baru tanpa mengubah yang lama. Lebih kurang la. Kalo tak puas hati maksud lestari tu boleh rujuk kamus dewan bahasa.

Kami berjalan seolah-olah buat pusingan U. Jadi banyak la dapat tengok. Memang bermandi peluh. Nufail menitik-nitik kat tepi dahi. Naura plak ari ni nak pakai tudung belit2. Sebab beli kat pasar malam semalam. Bertudung tapi berseluar singkat. Hihi Biarkan jela. Baru belajar pakai tudung la katakan. So tak nak karang banyak. Boleh tengok melalui gambar yang telah kami snap. Gambar tak nampak luas sebab pakai prime lens, 50 mm. Nak edit tak pandai. Reti crop jela. Bukan bidang kami dalam edit gambar. Huhu... 

Klik gambar untuk melihat full size image. Tak perlu nak skrol ke bawah :

Ni 1st perjalanan. Kawasan kedai kaum Cina

Kononnya nak cepat buat panggilan. Tapi tak menjadi. Huhu...

Banyak mangga kat sini. Jadi cantik plak bila diletak banyak2. Untuk apa? Kebanyakan pasangan kekasih. Kononnya nak kekal selamanya..... -_-

Patut amik depan-depan :P

Nufail suka pakcik ni

Tukarkan warna sebab tudung tu merah sangat

Kalau perhatikan, Nufail gatih basikal masuk kaki kat celah

Rumah api rasanya ni. Tak perasan plak. Kreatif dijadikan icon Instagram

Abah bawak vespa round kampung

Giliran Nufail bawak adik

Mmm....

Lubang apa tak sure. Maybe lubang angin kot. Dilukis semula sebagai speaker. Kreatip kan

Sebenarnya kat bawah tu penyu.... Sorry tak nampak

Al-kisahnya, Naura naik penyu nak ke seberang. Tinggalkan Nufail kat pulau... Lebih kurang la cerita kat gambar ni...

Photographer dah penat. Baca whats app jap

Combine kan aje sebab banyak sangat tempat kami snap. Tapi gambar jadi tak cantik la

Last skali, hooray!!!!!

Pantai Chendor 1 Mei 2015

Cuti tiga hari takde plan nak ke mana-mana. So hari pertama cuti kebetulan dengan 1 Mei, Cuti Hari Pekerja ni kami cadang ke Pntai Chendor Pahang. Bunyik macam jauh tapi sebenarnya lepas skit je dari sempadan Kemaman, Terengganu. Plan dari rumah bukan main lagi. Tengok berulangkali klip video Tenangkan Bontot Anda. Tajuk ntah apa-apa tapi best. Takde satu pun mention about ass. LOL. Dengan keadaan cuaca yang sangat baik, matahari terik menyinar, kami terus cari port yang tak ramai orang. Kalau boleh biarlah shoot budak-budak ni je. Budak-budak langsung tak dengar arahan. Tadi kat rumah bukan main lagi janji, nak amik gambar dulu baru mandi (tak cakap shoot video sebab diorang tak paham). Alih-alih, budak-budak tu terus main. So aku shoot apa yang budak-budak ni tengah main. Nufail sporting. Suka je dia boleh guling-guling ngan main lori. Naura tau nak mengamuk je. Serba tak kena. Masam mencuka. Rasa nak cubit-cubit. Nasib baik abahnya ada menyelesaikan masalah Naura. Anak abah betul. Bila dah siap video ni, aku tengok balik swim suit diorang ni tersangat la ketat. Naura tertonjol di perut. Nufail di bontot. Sesuai dengan tajuk lagu. Hehe So, kena beli baru nampak gayanya. Takut nanti nak zip pun tersekat kat kulit. Auch!

Chendor 1st May from RalitMedia on Vimeo.

Bertenang, tenang, tenangkanlah fikiran Bawa bertendang sebelum dipandang kesian Celaru tahu mengangkat diri berlalu Bertenang, tenang, tenangkanlah fikiran Kaji langit biru indah Siapa tak lelah saat dicatu Mindanya yang tak henti alirkan adu Delapang hati harus kita kenali Diapa tak lelah saat dicatu Perhati padang menghijau Jalan terus berjalan jangan henti Jangan henti kalau terus maki sendiri Jalan terus jalan jangan henti Sampai yang terpampang hanyalah langit yang mencium bumi Lagu : Tenangkan Bontot Anda Artis : The Venopian Solitude Album : Hikayat Perawan Majnun