Month of Ramadhan



Kami poskan salam Ramadhan ni hari kedua sebab hari terakhir sebelum puasa kami banyak sangat kerja nak buat. Dengan kehadiran bak umi ke Binjai, kena ke pasar mencari lauk basah, segala preparation kena disediakan. Hari pertama puasa tak sempat jugak nak bukak blog sebab belum biasa dengan rutin bulan puasa ni.

Ditambah pula anak sulung kami, Nufail berumur 7 tahun baru mula belajar puasa pada tahun ni. Dengan permulaan bangun sahur, Nufail dapat berpuasa dengan baik sehingga la kami menjemputnya dari tadika pada pukul 2.30 petang. Muka pucat tak bermaya. Lapar dan dahaga katanya, Kami memang faham. Maklum la, ini kali pertama dalam hidupnya menahan lapar. Kami bertanya, "Kawan-kawan puasa tak?"
"Semua puasa..."
"Nanti balik Nufail nak makan tak?"
"Tak nak...."

Senyum bila tengok dia. Sian, nak puasa sama macam kawan-kawan. Sampai di rumah, dia minta air. Haha... "Tadi cakap tak nak minum tak nak makan."
Dia diam je...
"Nufail pegi tido. Penat tu."
Dia masuk umah terus berbaring dan lelap di kerusi hadapan tv. Tv pn tak sempat nak on. Hehe

Petang pukul 6 dah merayu-rayu mintak makanan. Kami fikir sayang rasanya kalau berbuka sekarang sebab sejam lagi masanya nak berbuka. Kami bagitau pukul 7 lagi boleh makan. Bergenang air mata dia bila dengar kami bagitau macam tu. Naura dari tadi duk menyakat Nufail. Mentang-mentang dia tak puasa. Siap berbangga lagi. Hihi

Tiba-tiba Nufail bagitau dah pukul 7 dan nak makan. Selama ni Nufail bukan tau tengok jam. Disebabkan berpuasa hari ni terus pandai tengok jam jarum. Hebat betul kelebihan puasa. Hehe. Menangis teresak-esak bila tau kena tunggu azan Maghrib baru boleh berbuka. Pelbagai gaya menangis kami tengok. Dari tangan di dahi, hinggalah tangan melingkup ke dinding. Sian...
Dan, azan Maghrib berkumandang. Nufail dengan cepat minum air fevretnya, Milo! Tanya esok nak puasa lagi tak. Dia jawab nak dan mahu bersahur. Alhamdulillah... Nufail faham nikmatnya berpuasa :')

Hari ni, kebetulan cuti hujung minggu, maka dengan ini kami dapatlah buka blog mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat saudara Islam kami semua.


Flycam

Apa ni....? Macam bantal golek je...


FLYCAMMMMM!!!!! Hihi. Lebih kurang sama ngan Glidecam. Bagi pandangan kami, yang berbeza adalah saiznya. Flycam ni kecik je. 


Bukan main lagi mencubanya. Terhuyung-hayang time shoot. Tangan pun menggeletar... Mulai hari ini kena praktis tangan. Beratnya, mak aih.! Tu belum letak dslr.. Tak upload plak cubaan shoot tadi. Macam naik bot. Muntah bila menengoknya. Bagus la. Setiap ari pegang dan imbangkan. Konpem tangan akan kuat. Termasuk la perut sebab menahan berat. Cantik slim perut ni nanti. Hoho

Beriya-iya nak Flycam ni sebab tak nak gambar wayang shaking. Boleh menyebabkan orang pening-pening dan sakit kepada bila melihatnya. Dengan bantuan equipment ni, kami boleh menghasilkan cideo yang cun. Ye ke? Practise make perfect. OOOyeah...

Ros Jepun

Out of topic hal video kali ni. Sekali-sekala tukar cerita best jugak. Baik, ni hobi kami di waktu lapang. Waktu yang saaaaangaaaat lapang. Biasanya hujung minggu sekali sebulan sahaja kami berkebun. Itu pun kali sempat. Untuk berbulan-bulan, kami barulah berkesempatan merasa tanah. Kalau tak, balik kerja masuk rumah. Petang skit baru keluar siram pokok. Kalau hari terlalu panas, terpaksa siram malam.

Disebabkan laman kami tiada tanah, semuanya berjubin, kami tanam pokok hanya di dalam pasu. Hati rasa tak puas sebab tak boleh nak menghias banyak. Jadi, kami buat keputusan tanam di hadapan rumah. Seberang jalan, sebelah divider. Maaf la ye MPK, kalau marah kami cabut balik... Huhu

Kenapa kami suka Ros Jepun (RJ)? Bunganya cantik, senang dijaga, hidup meliar, dan akan merimbun dalam sebulan sahaja. RJ ni campak pun boleh hidup. Minat ni datang hasil daripada melihat rakan-rakan. Cantik tau bunganya. Lihatlah!

Snap pakai handset je. Kalau tak pakai dslr, konpem naik seri kuningnya

Tapi, sejak akhir-akhir ini, bena menyerang!!!! Apa tu bena, sejenis ulat putih. Bukan ulat bulu, tapi ulat yang suka pada batang lembut. Lupa snap gambar. Kalau sesiapa yang ada RJ ni kat rumah konpem kenal. Cara paling mudah sembur Ridsect. Kami malas. Amik kesempatan ni kami buang semua sekali sebab nk campur warna. Yang ada ni banyak kuning.

Antara faktor lain kenapa kami nak replant


1. Kesemua RJ dicabut. Termasuk akarnya sekali.
2. Bila akarnya ditarik, sungguh tak sangka, batangnya tebal. Akarnya berserabut.
3. Terpaksa ambil masa yang lama untuk dicabut.
4. Sekali tolak, tinggi RJ menaik. Nasib baik mudah dan ringan.


1. Petak dah kosong tanpa RJ. Pokok Lidah Jin pun kami cabut.
2. Kami masukkan tanah baru. Satu beg RM3. Mahal kan!
3. Selonggok RJ dibiarkan di tepi jalan. Banyak hasilnya.


1. Empat beg baru digunakan. 4 x RM3 = RM12... Huhu..
2. Dah nampak kawasan yang lebih segar. Elakkan daripada pembiakan bena.
3. Pokok Lidah Jin kami pindahkan ke tepi.
4. Longgokan RJ masih menunggu. Haha


1. RJ dipatahkan. Saiz yang jimat min adalah 2 inci. Kami ada banyak, kami potong ikut suka hati.
2. Masukkan macam tanam padi. Tidak terlalu rapat. Senang RJ akan membiak.
3. Anakanda pun menolong. Yang dipegang tu adalah RJ jenis Hybrid. Kuntumnya sama macam Ros. Kalau dilihat pada daunnya, seperti kaki lipan.
4. Yang kuning ni bunganya 5 kuntum je. Daunnya gemuk. Jenis ni tumbuh meninggi. Hybrid pula menjalar.
5. Separuh Hybrid, separuh lagi berwarna kuning (lupa jenisnya)

Esok pagi, kami tengok longgokan RJ yang kami tak semai, masih berbunga!

RJ ni kami biarkan macam tu sahaja. Yang disemai perlu disiram setaip pagi. RJ perlukan air pada waktu tengahari kerana panas terik. RJ perlulah di kawasan penuh cahaya matahari untuk mekar cantik. Elakkan daripada tanam/letak di kawasan teduh. Kalau teduh, RJ hanya mekar sekejap je. Dah, bai!

Bahan sama, lagu berbeza.

Sebelum ni kami dah paparkan highlight konvo kami. Dan.... setelah upload, kami terjumpa beberapa bentuk video yang kreatif. Bila tengok lama-lama, rasa ada sedikit tercabar nak cuba buat sekali lagi. Bahan yang sama, cuma jalan cerita yang lain. Ingat lagi tak catatan sebelum ni? Lagu memainkan peranan dalam menaikkan mood video.

Jadi, dengan mencari lagu baru, ( kami cuba dengan lagu Band Jepun, Goose) Memang benar. Mood yang berlainan yang timbul. Highlight yang kami sediakan kali ni lebih ceria dan semangat kekitaan. Lagu background nyanyi beramai-ramai. Seolah-olah kami yang nyanyikan. Kami pun tak tahu apa maksud sebenar lagu tu. Harap-harap takde yang pelik. Hihi

Tontoni dan cuba bandingkan


konvo kali ke2 from RalitMedia on Vimeo.

Cameron Highland

Dah lama berhajat nak bercuti bersama parents. Tercapai jugak hajat kami. Allah swt dah makbulkan kami melawati Cameron Highland bersama parents masing-masing. Alhamdulillah, segala perjalanan dipermudahkan.

Walaupun travel ni hanyalah sambil lalu je selepas balik dari konvo, tapi kami tetap puas hati (tak tau la mereka. Hihi...) Tak bermalam pun. Kami just shoping sayur, makan-makan dan melawat bunga. Bunga kat sini sangat glamor. Hahaha...

Mak tak pernah jejakkan kaki ke Cameron. Buat pertama kalinya mak sampai bersama kami. Bak pulak susah nak diajak berjalan-jalan. Kiranya, attitude bak sangat memuaskan dan kami berfikir akan merancang bercuti sama-sama sekali lagi. Seronok dapat bersama keluarga. Beza rasanya sebelum ni hanya kami berempat (tak tau bila nak berlima. Huhu..) Lagi meriah pegi ramai-ramai.

Insyaallah, kami akan tempah bilik di Cameron Highland untuk bermalam. Nak kumpulkan semua adik-beradik bercuti bersama. Semoga dikabulkan doa yang baik ini...!!!!





Gambar ni semuanya di lokasi yang sama, Lavender Park. Kali kedua ke sini. Tempat yang cantik. Walaupun tak banyak sebagaimana di negara empat musim, tapi boleh la nak rasa aura berada di sana. Kami memang suka bunga. Nak beli macam membazir sebab yang dijual hanyalah kuntuman bunga. So kami mintak keratan batang pokok bunga Ros Jepun. Itu memang feveret kami. Dapatlah sebatang.... Boleh la. Takde gambar. Lupa nak snap. Takpe la, Dah kembang elok anti update balik

Video Konvokesyen UPSI

Orang lain amik gambar sebagai kenangan. Kitorang plak amik video. Haha... Sekali lagi kami menggunakan khidmat Farhanie Fikri. Shoot video secara suka hati. Sehari sebelum konvo, kitorg ajar basic nak guna dslr. At the end majlis, kami cek video... hmmm, boleh la...

Nak mengedit ni satu hal. Nak susun cerita, nak kena sesuaikan dengan lagu. Lagu pulak mestilah rare di Malaysia. Kalau amik lagu yang glamor, akan menyebabkan orang tengok jadi biasa. Kitorang nak video ni bertepatan dengan nama blog. Mesti RALIT ketika menonton. Ralit tak...? Kang syok sendiri je. Kuakuakua...

Okey, tak mau olah panjang. Video ni hanyalah kenangan buat kami. 'KAMI' ditujukan kepada kami sendiri suami isteri, keluarga dan rakan-rakan ex-maktab yang seUPSI. Paham kan? Haha...!!! Bombastik tol ayat.

Takde spesial effects yang digunakan. 100% cut dan paste je video. Grading warna pun tak buat. 3 jam complete. Alasannya, tak selera edit muka sendiri. Huhu.. Tengok video ni pun sekali je. Segan eh...

Song : Stars Fell On Alabama
By : (cover) Daniel Andrade x Hanbyul Kang

Menggunakan Canon 70D, kit lens dan Handset Lenovo (lupa lak no. siri). Edit menggunakan softwer Sony Vegas 10.0 64bitt



Masing-masing dah matang jika nak dibandingkan tahun 2006 yang lalu. Up balik video lama KDPM-BBD 04-06'


Konvokesyen Kali ke-2

Pada 4 Jun 2015, kami telah menghadiri Majlis Konvokesyen di UPSI bersama kedua-dua belah keluarga. Ini merupakan kali kedua kami bersama-sama meraikan hari bersejarah ini. Dulu single. Sekarang dah ada sepasang cahaya mata. Dua keluarga telah bersatu.

Konvo IPTKL                                                   Konvo UPSI

Dah lapan tahun berlalu. Ada beza tak? Haha... Muka masing-masing dah kembang. Tapi stay manis. Insyaallah, kalau ada rezeki, kami nak sambung master bersama pulak. Doakan agar kami berjaya menempuhi bersama. Beberapa gambar sempat diambil oleh jurufoto amatur, Farhanie Fikri. Boleh la.... Sebagai kenangan. Tak tempah mana-mana photographer profesional pun. 

Bersama pasangan masing-masing. Kami dari maktab lagi 

Selfie.... Maksudnya amik gajet snap sendiri
(sbb ramai salah guna perkataan tu. huhu...)

Bak dan umi

Sian Nufail... Penat menunggu ibu abah seharian. Kering bibir anakanda...

Nufail tak masuk join. Naura selalu bagi gambar belakang

Bangga rasanya

Ingatkan nak baling topi ramai-ramai. Akhirnya, sorang2 jela....

Farhanie takde dalam gambar. Dua keluarga bersatu :) Doakan kebahagiaan kami dunia dan akhirat