Selamat Hari Merdeka 2015

Sambutan Kemerdekaan pada tahun ini tak perlu lagi nak ucap seperti sebelum. Kalau tahun lepas, Selamat Hari Merdeka kali ke-57. Tahun ni dah lain dah. Takde kali ke-58, tapi ucapannya, Hari Kebangsaan 2015 atau Kemerdekaan 2015. Kena bagitau tahun. Kali-kali tu buang. Bukan berdasarkan ulang tahun, hanya tahun sahaja.

Tema Kemerdekaan tahun 2015 ialah Sehati Sejiwa bagi mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada. 

Jadi, bertepatan dengan bulan Merdeka ini, ingin kami tampilkan video yang berkaitan dengan patriotik. Video ni dibuat tahun lepas dengan tema Di sini Lahirnya Sebuah Cinta. Ini tema tahun 2014. Sebenarnya, video ini dihasilkan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 2 SMK Banggol, Kemaman Terengganu. Mereka seramai tiga orang telah menghasilkan video yang sangat menarik dengan kerjasama daripada warga sekolah. Video ini telah dipertandingkan di peringkat daerah Kemaman pada tahun lepas dan masih lagi menunggu keputusannya. Tak kisah la keputusannya bagaimana, yang penting, semangat pelajar untuk menghasilkan video patriotik sangat membanggakan. 

Well done, menang kalah, atau takde keputusan pun, mereka tetap juara. Bukan senang di usia 14 tahun menyediakan klip video yang matang. Di kesempatan ini, kami mengambil memuat naik klip video mereka yang berdurasi 5 minit. Plot cerita berupakan dokumentari. Semoga perkongsian ini membawa makna buat pelayar blog ini. 



Pertandingan Klip Video Merdeka 2014 from nhazla fikri on Vimeo.

:: Guru yang turut sama menjayakan video ini telah pun berpindah ke sekolah lain. Terima kasih kerana membantu :) ::

Learn To Fly

Grow Old from RalitMedia on Vimeo.

Buat pertama kalinya setelah membeli flycam junior daripada facebook, (sejak bulan jun lagi rasanya) baru berkesempatan mencubanya di taman permainan berdekatan rumah kami. Macam biasa, anak-anak sebagai model. Tapi kelainannya kali ini, kami pun turut serta. Sebelum ni malu nak join sebab tak mahu tunjuk muka. Malu!!! Kali ni, biarlah. Sebab tak banyak shoot. (macam mana rupa flycam?, boleh scroll balik yang telah kami post sebelum ni)

Okey, pertamanya, kena set dulu flycam. Stabilkan supaya dslr betul-betul berada di tengah flycam dan tidak nampak seolah-olah terjatuh. Supaya video dalam keadaan stabil dan tidak terhuyung-hayang. Flycam ni bertujuan untuk menstabilkan pergerakan supaya kita tak la pening melihatnya. Kalau sebelum ni kami tak menggunakannya, video kami nampak bergegar. Yang ni nampak smooth je. Banyak boleh kita set pada flycam ni. Harap dapat cari dalam youtube macam mana. Tak boleh main pasang dan terus guna. Sebab setiap dslr tak sama berat.

Perasaan menggunakannya? Haha sangat berat! Susah jugak la sebab nak kontrol tangan lagi, nak tengok skrin lagi, lagi satu, jalan pun kena tengok. Tersadung tu tak yah cakap. Banyak kali! Sebelah tangan sahaja perlu digunakan untuk memegang flycam ni. Jadi, tangan perlulah kuat.

Kami dah hasilkan video di bawah dengan menggunakan flycam junior, canon dslr 70d dan 50 mm lens. Edit pula pakai softwer Sony Vegas 10.0. Filter tak banyak pun. Kaler pun hanya satu dua scene je kami tukar. Yang lain tu kaler masih raw.

Lagu : Grow Old With You
Durasi : 1.29 minit

Antara Makan Gaji dan Usahawan

Makan Gaji
Kerja Sendiri

Masa Ditetapkan: Selalunya sekitar 8.00 pagi sehingga 5.00 petang


Masa Bebas: Terserah kepada individu.

Pendapatan Tetap: Setiap hujung bulan atau minggu ke-4 setiap bulan, gaji akan diberikan. Kadangkala, terdapat kenaikan pangkat yang menuntut kenaikan gaji.


Pendapatan Tidak Menentu: Gaji mengikut usaha. Naik turun keuntungan bergantung kepada kerajinan dan perancangan perniagaan.

CUTI Tahunan: Cuti anda ada kadar tertentu yang telah ditetapkan setahun, tidak boleh cuti sesuka hati.


CUTI Harian: Tidak perlu risau perihal CUTI kerana diri sendiri yang tetapkan.

Tempat Kerja Ditetapkan: Tempat kerja ditetapkan, mungkin jauh daripada rumah atau dekat.


Tempat kerja sendiri: Bebas menetapkan lokasi tempat kerja, sama ada di rumah atau di tempat lain yang berdekatan.

Pendapat : Idea dihadkan dan hanya perlu mengiyakan apa yang majikan cadangkan.


Pendapat dan idea tidak akan dibantah oleh sesiapa dan bebas melaksanakan mengikut kehendak sendiri.

Orang yang makan gaji ni orang yang kental mental. Kenapa? Pekerja yang saaaangaaaaat patuh, Tak kata kat orang. Kami pun makan gaji. Bila pikir-pikir, tentang pendapatan tak menentu mengikut kerajinan, sebenarnya bukan hanya rajin semata-mata. Ia perlu dilihat dari segi ciri-ciri seorang usahawan.

Ciri-ciri :

1) Kreatif
2) Inovatif
3) Tabah berusaha
4) Tidak mengenal putus asa
5) Berani menghadapi risiko

Yang nombor 5 la yang sangkut. TAK BERANI MENGHADAPI RISIKO. Erti kata lain, PENAKUT. Sedangkan Rasullah saw pernah bersabda, 9/10 sumber rezeki datangnya dari perniagaan. Usahawan kan peniaga... 

Semoga Allah permudahkan urusan setiap hambanya yang ingin berniaga. Insyaallah 

Ros Jepun


My lovely Ros Jepun dah berkembang segar. Sebelum ni semai nampak gering sahaja. Sekarang dah memenuhi kawasan tapak yang disediakan. Yang paling suka, bunga balung ayam dah mula berbunga. Campuran warna pink dan kuning. Yang purple plak bunganya agak besar. Kesimpulannya, Ros Jepun ni sangat mudah ditanam dan tidak perlu penjagaan rapi.

Orang yang lalu lalang sudah mula memandang kawasan bunga ini. Dan sudah ada yang ingin petik bunga di taman (bukan meminang. Hahaha)

Kami tidak kisah nak mintak pun. Sebab boleh menambah kenalan :)