Fasilitator Kursus Suntingan Video


Kami merupakan fasi bagi kursus suntingan video selama dua hari pada 17 dan 18 Nov 2015 baru-baru ini. Pegawai PKG Cheneh telah memberi kepercayaan kepada kami untuk mengajar guru-guru sekolah daerah Cheneh dan beberapa buah sekolah daripada daerah Chukai. Kami bukan di kalangan profesional. Mungkin pengalaman kami selama tiga tahun ini dalam dunia suntingan menggunakan softwer Sony Vegas ini lah yang membolehkan kami berkongsi ilmu. Takde apa pun kami sembunyikan. Semua diajar dengan ikhlas hati dan bersungguh-sungguh kerana ini sememangnya minat kami.

17 November 2015
Untuk hari pertama, guru-guru diajar tentang asas suntingan. Apa yang dikatakan asas adalah, Explore, Layer, Sound, FX Video, Transation, Tune Color, Cut, Slow Motion dan Fast Motion. Mungkin inilah kot asasnya... Sama sahaja ajar budak sekolah. Cuma kena ajar dalam mode perlahan kerana guru-guru tak dapat nak kejar sebagaimana pelajar. Kebolehan pelajar ni berbeza. Yelah, mana boleh nak compare kan cara pelajar tangkap. Pelajar pun suka explore. Ketajaman pelajar sangat fokus dalam bab IT ni. Macam pelajar yang ke Sabah hari tu, ajar 15 minit je sebelum balik, dah dapat tangkap. Memang power la.

So, satu hari pertama dibiarkan sahaja guru bermain-main dengan tingkap-tingkap Sony Vegas tu. Sementara guru-guru masih tercari-cari tak tau nak buat macam mana (sebab dah bagi video siap-siap untuk disunting), maka kami sajikan dengan video kami yang sedia ada (Huh, beriya tunjuk semua video dari ralitMEDIA) Kami bukan menunjuk.... Kami nak ceritakan di mana perlu dipotong scene nya, di mana perlu dipercepatkan, mana tak payah amik, macam-macam la. Contoh kena ada. Baru faham. Kami pun lebih mudah menyampaikan jika menunjukkan video kami yang dah buat. Sebab kami tau cara suntingan tersebut.

18 November 2015
Jadi, kami dah minta guru-guru untuk menyediakan tugasan di rumah untuk membuat suntingan pada bahan video yang kami sediakan. Namun, jika nak lebih mudah, sebaiknya gunakan sumber bahan yang ada. Contohnya, video rakaman di rumah bersama anak-anak, atau video sekolah sendiri. Ini akan menjadikan kita nampak sendiri jalan cerita yang akan dibuat. Kami tak banyak cakap hari ni, cuma membimbing guru-guru untuk membuat suntingan. Jadi, banyaklah kami berjalan keliling bilik kursus ni.

Akhirnya, kami menerima lima video yang telah disiap untuk dipertontonkan di hadapan. Kami tak komen pun. Kami bangga kerana guru-guru dapat menyiapkan sebuah video yang selama ini hanya menonton sahaja. Maka, mereka tahulah bagaimana susahnya menyediakannya. Serta berasa manisnya apabila dah siap. Lebih kepuasan apabila ditayangkan di hadapan orang ramai. Hanya Allah swt sahaja yang tau perasan tu.

Terima kasih sekali lagi kerana menjemput kami. Kami gembira, lega dan tak puas hati sebab belum bagi sepenuhnya lagi. Tahun depan untuk 2016 jemput la lagi ye!!!

Sorry, gambar tak clear sangat sebab pakai handset je. Dslr bawak je untuk mengajar. Namun tak guna pun. Sayang sekali.

Perkhidmatan Videografi

VIDEO IKLAN from RalitMedia on Vimeo.
Hai, semua pelanggan! Kami menyediakan perkhidmatan videografi kepada pengantin yang masih tercari-cari videographer untuk merakam hari bahagia anda. Usah risau akan bayaran upah kerana ianya amat berpatutan. Harga bergantung kepada majlis anda. Jika berminat. hubungi kami, 0129683725 (Nhazla) atau 0139320858 (Norazizi).

Wedding Faiz + Amira - Highlights

Sebelum ni, kami bincangkan tentang teaser. Ni pula highlight. Apa pulak maksud highlight ni? Maksudnya, saat kemuncak. Jadi, video ni lebih kepada menampakkan jalan cerita perjalanan majlis mereka. Lebih kurang sahaja sama dengan video teaser. Cuma dipanjangkan sedikit untuk dijadikan cerita. Teaser tadi lebih kepada rasa tak sabar, ni lebih pada isi majlis berkenaan.

Nak tau full video macam mana? Tak boleh dikongsi di sini sebab kami tak upload kerana video terlalu panjang masanya. Lagipun, ianya untuk simpanan peribadi pengantin.

Walaupun video teaser dan highlight nampak lebih kurang sahaja, mana taknya, bahan sama je. Namun, bila kami tukar lagu, mood dah berbeza. Di sini, kami gunakan lagu Magic! - Rude (Violin Cover by Robert Mendoza). Ni lagu kahwin okey. Ada orang bagitau kami ni bukan sesuai untuk perkahwinan. Diajarnya kami gunakan lagu Renjis-renjis. Hahahaha, zaman bila tu? Hehehe

Lagu kena up to date. Kalau tak berani gunakan lagu selain daripada lagu Saloma tu, maka kita masih di takuk lama. Untuk yang menggunakan khidmat dj boleh la. Lagu penting untuk menaikkan mood. Enjoy the video guys!


Highlights Faiz & Mira from nhazla fikri on Vimeo.

SMK Banggol Kembara Sabah Screen Fest 2015

Apa yang paling best? Pegi ke Kota Kinabalu, Sabah!!!!! Selama lima hari kami berkampung di sana, kami sempatlah merakam sepanjang perjalanan kami. Pakai SJ4000 je. Pole pun takde. Cover pun tak pakai. Pegang SJ4000 macam tu dan bergilir-gilir pegang. Macam berebut pun ada. Haha... Kami tak bawak dslr sebab berat dan nak mengurangkan beban beg. Tak sanggup nak sangkut kamera besar tu ke sana ke mari. lebih-lebih lagi nak naik flight.

SJ4000 a.k.a SJCam ni merupakan camera action. Murah je beli ni. Tapi berbaloi-baloi. Video boleh, gambar pun boleh. Wide screen plak tu. Kaler view plak ke arah biru. Takde edit warna pun. Ni 100% hasil suntingan pelajar. Biasa la kan, dah boleh buat filem pendek, takkan tak boleh buat video kembara pulak kan.

Kredit musik : Justin Bieber - What do mean :P ntah betul ke tak tajuk lagu! XXX


Sila menggunakan laptop atau pc untuk menonton Kembara Sabah kerana format video ni tak boleh ditonton menggunakan application androids.

SMK Banggol Filem Pendek SSF 2015

Salah satu kejayaan SMK Banggol, penutup tahun 2015. Yang bestnya didikan oleh ralitmedia. Lagi best bila kita pengajarnya dan kejayaan diperolehi dapat dilihat dan dirai bersama. Pape pun congrates semua anak didikku. Semoga terus berjaya di masa akan datang.



Tempat Ketiga Pertandingan Filem Pendek Kategori Sekolah Menengah di Sabah Screen Fest 2015

Wedding Faiz + Amira

Job wedding kami tahun 2015. Selamat pengantin baru kami ucapkan. Ni sedara belah Haji Fikri. Jadi, kami hadiahkan teaser. Teaser maksudnya klip dari sebuah video. Diringkaskan daripada video penuh. Takkan nak tunjuk semua kan. Kita akan sediakan sikit je untuk membuatkan tetamu nak datang pada majlis seterusnya. Lebih kurang macam tu la. So, kalau orang lain, maybe kami tak buat teaser ni. Disebabkan saudara la kami bagi hadiah lebih skit. So, dapatlah dia tiga video. Teaser, Highlights dan Full Video. Memang banyak kerja perlu dibuat walaupun kami sibuk dengan tugas kerja tetap sebagai penjawat awam, namun kami dapat membahagikan masa dengan baik.

Teaser ni merangkumi tiga majlis serentak dalam satu hari. Iaitu, Majlis Pertunangan, Majlis Pernikahan dan Majlis Persandingan. Kami combine jadikan 2.46 minit sahaja. Untuk full video kami tak upload sebab file terlalu besar dan masa yang sangat panjang.

Kali ni, kami menggunakan equipment tambahan, slider dan flycam. So, dah upgrade la daripada sebelum ni. Dan, harga pun dah up skit. Penambahan yang baik juga daripada segi suntingan. Untuk melihat kesannya, boleh klik di bawah. Selamat menonton!

Teaser from nhazla fikri on Vimeo.

Langkah IV _ Kami Videographer

Hari Jumaat, 6 Nov 2015, pagi-pagi on the way nak ke Kuantan melalui jalan highway, mendapat panggilan bernombor 08 di depan. Agak-agak daripada negeri mana? Biasanya ignore je nombor yang tidak dikenali. Tapi kali ni macam nak angkat. So, bila perkataan hello yang pertama diucapkan, sambutan daripada hujung telefon mengucapkan, "Kami daripada BTPN Sabah, ingin mengucapkan tahniah buat SMK Banggol kerana mendapat tempat finalis dalam pertandingan Filem Pendek kategori Sekolah Menengah. Anda dijemput hadir ke majlis Anugerah Sabah Screen pada 13 Nov ini. Diharap cikgu dapat bersama kami pada majlis berkenaan. Bye."

Senyum.... Walaupun sudah sedia maklum pukul 7 pagi, mendapat panggilan whatsapp mengenai SMK Banggol dalam senarai finalis. Namun, dengan panggilan ini, mengukuhkan lagi kedudukan kami dalam senarai berkenaan. Maka, kepercayaan kami makin kuat. Soooo Happppyyy!!!!

Ucapan tahniah daripada warga staf dan pelajar turut berasa teruja. Mana taknya, SMK Banggol Terengganu. Yang lain daripada negeri Sabah. 

 
Terima kasih :):):):):)

Namun begitu, menjadi satu masalah bagi seorang guru apabila terpaksa membuat pilihan siapa yang boleh pergi. Tiket kapal terbang yang mahal, dan ditaja sepenuhnya oleh PIBG sekolah. BTPN Terengganu dan JPNT tiada sumber kewangan bagi akhir tahun. Dengan semangat dan sokongan daripada Puan Pengetua kami, beliau telah membuat ikhtiar dengan mendapat sumbangan daripada PIBG dan guru. Terasa terharu... Suami juga dijemput bersama tapi terpaksa menolak kerana nak jaga anak-anak. BTPN Terengganu sekali lagi menawarkan satu tiket kepada suami namun tetap menolak atas alasan yang sama. Takpelah, takde rezeki. In Sha Allah, di lain hari kita pergi sekeluarga. 

Sampai demam menguruskan persediaan ke Sabah. Kami pergi berlima, Cikgu Haliza sebagai guru pengiring menggantikan suami, Mohd Atif (Pengarah), Muhammad (Pelakon Utama) dan Aqil ( Videografer). Pelajar dikehendaki membayar separuh tiket penerbangan kerana kekurangan peruntukan. Disebabkan semangat yang tinggi, mereka sanggup. Kalau kami, mungkin tak. Haha... Seorang lagi, Encik Malik, Pegawai BTPN Terengganu turut bersama kami (turut menggantikan suami dan KPP...huhu...panjang ceritanya)

Pemergian kami selama lima hari bermula 10 Nov hingga 14 Nov. Kami kepilkan gambar bagi menceritakan perjalanan kami ke Sabah. 

Gambar tengah paling suka tengok walaupun kelihatan semuanya jakun... 

Hari Pertama : 10 November 2015

Bukan main teruja nak naik belon. Expecially cikgu sendiri. Last skali naik kapal terbang 10 tahun lepas. Dah macam budak-budak dah sebab excited sangat. 


Hari kedua : 11 November 2015

Jadual perbengkelan diadakan dua hari. Untuk hari pertama, kami diceritakan sejarah perfileman dunia dan Malaysia. Ianya disampaikan oleh Tn Hassan Bin Abd. Muthalib yang merupakan Editor, Penulis dan Pengarah di Malaysia. Beliau juga merupakan pengkritik a.k.a juri bagi pertandingan setiap kategori yang dipertandingkan. Melalui bengkel sebegini, kami didedahkan kriteria yang perlu ada di dalam sebuah filem. Menurutnya, filem pertama dunia adalah daripada wayang kulit yang berasal daripada negeri Kelantan. Yang menariknya lagi, kami didedahkan dengan kriteria yang perlu ada bagi sebuah filem. Antaranya, watak jahat pakaian perlu dititik berat. Gincu, corak jalur dan muka kabur adalah watak jahat yang perlu dtonjolkan. Shoot perlu berlatar belakangkan cerah. Badan watak jahat perlu gelap atau kelam. 

Jika pelakon berada di situasi buruk, contohnya berada di kemalangan, muka pelakon tidak kellihatan, maka pengakhiran cerita pelakon akan berlaku sesuatu yang buruk, iaitu kemungkinan dimatikan watak. Jika muka kelihatan sewaktu kemalangan, maka watak masih dihidupkan. Hal sekecil ini kami tidak pedulikan selama ini namun besar kesannya dalam perfileman. 

Warna untuk imbas semula kenangan lama adalah warna kuning atau sephia. Bukanlah warna hitam putih yang dibuat oleh sesetengah filem. Warna black and white untuk masa penjajahan kerana pada waktu itu belum wujud warna dalam dunia perfileman. Bengkel ini banyak mengajar kami bagaimana untuk membuat dilem yang bermutu di masa akan datang. Terlalu banyak ilmu yang kami perolehi. Apa yang dicoretkan di sini hanyalah sedikit. 

Malam pertama berada di Kota Kinabalu, Sabah. Kami berada di Pasar Philiphines. Sempat merembat butang baju melayu dan brooch. Ole-ole buat warga SMK Banggol.


Hari ketiga - 12 November 2015

Sesi kritikan Filem Pendek kategori Sekolah Menengah. Alhamdulillah. Perkara yang positif yang kami terima. Antara kritikan yang kami dapat adalah, penggunaan ton warna semasa imbas kembali sangat menepati, sudut yang bagus setiap scene dan arahan yang sangat baik. Kebetulan spin shoot yang dibuat semasa Iffa terharu sangat tepat. Banyak shoot kepada perkara kecil dan remeh dan membantu filem kami. Kelemahan yang ada pada filem kami adalah di pengakhiran cerita kabur dan kurang suara latar digunakan. Patutnya di credit roll tidak perlu pembikinan. Kritikan ini membuka mata, dan akan kami gunakan pada masa akan datang.

Selain itu, bengkel ini juga mengajar kami bagaimana untuk menyediakan sinopsis yang bermutu. Pelajar kami membuat cabutan dan mendapat genre Sains Fiksyen. Tajuk yang yang kami pilih ialah Karen Man dan sinopsis yang sangat berbelit-belit. Haha... Biarlah.
Malam ketiga - Ke Mount River. Tapi takde apa pun. Kami singgah ke Mall. Lupa namanya.


Hari keempat - 13 November 2015

Kami tiada aktviti di waktu pagi. Jadi kami membuat keputusan ke Muzium Kota Kinabalu. Terdapat perkampungan Heritage iaitu rumah tradisional Sabah dan Sarawak. Lupa nak snap sebab terlalu teruja berada di sana. 


Malam 13 November

Majlis Anugerah Sabah Screen Fest 2015 menggunakan tema warna purple dan kami dikehendaki memakai pakaian kasual. Takde pun. Main bantai je apa yang dibawa daripada semenenjung. Sangat berdebar sebab majlis ni tak ubah seperti kami lihat di tv selama ni. Seolah-olah berada di dalam Anugerah Bintang Popular pulak. Siap red carpet, lampu-lampu yang pelbagai warna, sambutan lagu gamelan bersama pakaian tradisionalnya, pentas skrin, makanannya, skrin besar yang menayangkan pelbagai kategori yang dipertandingkan. Semasa rehearsel, kami dikehendaki berada di pentas. Apabila nama sekolah dipanggil, hanya guru sahaja perlu mengambil sijil. Jika disebut nama sekolah sebagai pemenang, maka, pengarah (iaitu pelajar) mengambil hadiah berkenaan.

Setiap ketogori yang dipertandingkan, filemnya akan ditayangkan sebagai tanda penghargaan dan kemenangan kepada pemenang. Akhirnya, tibalah saat yang dinanti, iaitu, kategori sekolah menengah, Berdebar-debar tak payah cerita. Bila tengok pelajar dah pucat putih macam tak bernyawa. Sebagai cikgu memang tenang sahaja. 

Tempat ketiga, SMK Banggol Terengganu!!!!! Itu sahaja yang kami ingat. Macam bermimpi. Sungguh tak disangka-sangka. Tempat ketiga pun jadilah. Asalkan usaha kami berbaloi dan tidak hanya pulang dengan tangan kosong. Terima kasih semua bagi yang telah membantu secara langsung atau tidak. Di sini, kami sertakan senarai pemerang mengikut kategori.


KATEGORI FILEM ANIMASI PENDEK SEKOLAH RENDAH

  1. Poppy’s Adventurous Christmas – SJK Sin Boon, Sindumin
  2. Tragedi Hari Raya – SK Pekan Pitas II, Kota Marudu
  3. Kawan – SK Kawakaan, Keningau

KATEGORI FILEM ANIMASI PENDEK SEKOLAH MENENGAH

  1. Terima Kasih – SMK Limbanak
  2. Si Pencuri & Si Musang – SMK Bahang, Penampang
  3. Super Dad - SMK Padang Berampah, Sipitang

KATEGORI DOKUMENTARI TERBAIK (TERBUKA)

  1. Tidak ada pemenang.
  2. Tidak ada pemenang.
  3. I Love Sino Kadazan - Gee Tien Leong

KATEGORI FILEM PENDEK TERBUKA

  1. Hadiah YangDikasihi - Franco Siaw
  2. Selipar Buruk Selipar Baru - Siti Hamisah Binti Ahmad
  3. Perayaan - Kam Poh Lim

KATEGORI IKLAN TERBUKA

Tidak ada pemenang.

KATEGORI FILEM PENDEK SEKOLAH RENDAH

  1. My Daddy - SK St. Patrick Membakut
  2. Puasa Adam - SK Tampulan, Telipok
  3. Teamwork - SK Taman Tawau
SKRIP TERBAIK - Anzellycka (Puasa Adam)
PELAKON WANITA TERBAIK - Marsha (My Daddy)
PELAKON LELAKI TERBAIK - Elson Soh Cheng Jing (Hari Ibu)
PENGARAH TERBAIK - Danni Adam Bin Ahmad Johari (Teamwork)

KATEGORI FILEM PENDEK SEKOLAH MENENGAH

  1. Violin - SM Lok Yuk Kota Kinabalu
  2. Who Am I - SMK Langkon, Kota Marudu
  3. Celebration - SMK Banggol Terengganu
SKRIP TERBAIK - Farhanna Iskaharrudin (Violin)
PELAKON WANITA TERBAIK - Brenda Taileh (Who Am I)
PELAKON LELAKI TERBAIK - Owen Ron Augustine (Who Am I)
PENGARAH TERBAIK - Marldred Edler (Who Am I)
In Sha Allah, tahun depan kami akan masuk bertanding lagu untuk dua kategori iaitu filem pendek dan animasi. TAHNIAH BUAT SEMUA YANG TERLIBAT.

Terdapat juga cakap-cakap kurang enak iaitu kenapa sekolah lain tak tau sedangkan kalau kami masuk pun pasti menang. Abaikan cakap-cakap tersebut, sebab hal dah berlalu dan kami telah pun mendapat nombor dalam senarai lima :)Lain kali alert dengan surat jemputan pertandingan. Mungkin bila surat jemputan, kamu ignore dan letak tepi. Kami memang serius. Cuma yang Pertandingan Liga Remaja sahaja tak sempat masuk sebab dah terlepas tarikh. Jika sempat, nak juga sebab nak lihat kemampuan SMK Banggol. Next time ye sekolah lain. Kita bertanding secara sihat :)

KLIK DI SINI BAGI KEMBARA KE SABAH

https://www.youtube.com/watch?v=RwQwhHUVxd4

KLIK DI SINI BAGI FILEM PENDEK SMK BANGGOL SSF 2015



Langkah III - Kami Videographer

Setelah siap rakaman dibuat, pelajar dikehendaki menyunting semua scene. Menyusun semula rakaman dibuat, yang semestinya berterabur kerana dirakam tidak mengikut masa yang ditetapkan. Ini kerana banyak kekangan, guru mata pelajaran tidak membenarkan pelajar keluar kelas, atau cuaca yang tidak baik. Rakaman ini mengambil masa beberapa hari. Jika tidak menjadi hari ini, maka perlu diulang sekali lagi pada keesokan hari dengan pakaian yang sama, tempat yang sama juga. Nasib la. Disebabkan itulah perlu dirakam banyak kali bagi mudah membuat pemilihan semasa suntinga. Bukan semua scene perlu digunapakai semasa suntingan. Abaikan bagi scene yang berulang. Pilih yang betul-betul berkualiti sahaja.

Selsesai suntingan, perlu memasukkan suara latar bagi menampakkan jalan cerita. Musik latar juga perlu bersesuaian dengan jalan cerita. Naikkan mood mengikut situasi. Ada beberapa scene terpaksa menggunakan animasi bagi menampakkan kekalutan. Semuanya perlukan pemikiran yang kreatif. Suntingan ini tidak semestinya mengikut papan cerita, ianya boleh diubah jika terdapat keperluan lain.

Kami membuat suntingan pertama dinamakan sebagai Projek 1. Kemudian, render untuk publish dan dikongsi melalui app whatsapp. Tujuannya adalah untuk rujukan. Akhirnya tersebar ke seluruh sekolah bandar Kemaman.... Bahaya betul. Untuk Projek 2, kami menyerahkan sepenuhnya pelajar membuat suntingan dengan bimbinga, dan langsung tidak diviralkan. Buat senyap-senyap je. Risau sekolah lain amik dan tiru. Menangis la kalau ada...

 Skrip bertemankan meggi


Yang ni, pelajar tak mampu buat. Kami la yang 100% buat. Kalau sebelum ni, dengan bimbingan, yang bahagian ni, susah skit. Projek 2 langsung tak publish mana-mana, Render dan terus burn dalam cd. Tak mau pisang berbuah dua kali. Mana taknya, dah merebak keseluruh sekolah kemaman.

1. Rekaan menu dibuat untuk DVD
2. Kulit kotak DVD dengan menggunakan bekas blurey... Sori, sebab tak jumpa kotak bekas biasa.
3. Sticker CD
4. Alamat ditaip, dan bahan telah siap dimasukkan ke dalam sampul. Pastikan alamat ke Sabah.
5. Hantar menggunakan Poslaju.

Kos semua ni? Semua cikgu ye.... Sekian terima kasih.

Langkah II - Kami Videographer

Pelajar telah dapat menyiapkan kesemua jalan cerita yang akan dilakonkan dalam bentuk papan cerita. Maka, berhasil jua pengajaran yang diberikan. Penghasilan sendiri papan cerita dapat membantu mereka untuk lebih mudah memahami jalan cerita yang akan dihasilkan. Kami cuma membaiki apa yang perlu sahaja. Setelah ditapis, maka bolehlah pelajar membuat penggambaran.

Conoth storyboard yang dibuat oleh pelajar

Pelakon telah dipilih di kalangan Pengawas Media. Muhammad menjadi pelakon utama, iaitu abang kepada Iffa. Iffa pula dilakonkan oleh Afifah. Manakala watak jahat dan rakan karib bagi PM yang lain. Bagi yang tiada watak, Atif sebagai pengarah filem pendek ini. Dengan menggunakan kamera DSLR Canon 1200D, kit lens, tripod dan flycam, maka terhasillah sebuah filem yang diberi tajuk, "CELEBRATION". Kami memberi tunjuk ajar bagaimana sudut yang perlu diambil, stablize kamera supaya penonton tidak pening bila melihatnya, perkara kecil dan remeh yang tidak diambil peduli tapi dirakam oleh mereka. Apa yang remeh tu? Antaranya, melangkah kamera, merakam tangan, melihat peluh menitis dan lain-lain yang mungkin orang lain tidak akan gunakan kerana leceh. Namun, hal sekecil itulah yang akan menyokong filem lebih menarik. 

Beberapa scene yang sempat difotokan.