Malaysia ke Bangkok dengan tren - Siri Terakhir


Kami perjalanan pulang ke Malaysia dan akan transit di Stesen Keretapi Hatyai sekali lagi. Kami banyak menghabiskan hari-hari kami di Thailand dengan menaiki tren sahaja dan itulah niat kami. Anak-anak la yang paling gembira dan kami juga memperoleh banyak pengalaman. Entry ini juga membantu kepada sesiapa yang yang berminat ke sana dengan alternative lain selain kapal terbang atau berkereta.

5 Disember 2015

Tren delay sekali lagi selama 1 jam. Tren ini tidak singgah banyak stesen sebagaimana Rapid Train. Sebab tu namanya ekspres kot. Tren sampai ke Stesen Hatyai pada pukul 7 pagi. Seterusnya meneruskan lagi perjalanan dan akan berakhir di Sungai Golok. Keadaan kali ni takde la macam sebelum ni. Kami dah yakin untuk berjalan-jalan di Bandar Hatyai. Kami tengok ramai yang memakai baju kuning bertulis “Bike for Dad.” Bila tanya kenapa, dia jawab boleh beli kat pasar. Tanya lain, jawab lain.


Berjalan jauh ke kedai makan Roti Tambrab. Fans Toyota Club jumpa SEG plat Thailand.

Kami singgah ke kedai makan yang agak jauh daripada stesen iaitu kedai makan Roti Tamrab. Lega apabila melihat ramai rakyat Malaysia berada dalam kedai tu. Seolah-olah macam satu rombongan bas. Yang tak bestnya, rakyat kita kurang prihatin dengan tanda dilarang merokok. Selama kami berada di Thailand, tiada asap rokok di dalam kedai. No komen. Bukan nak kondem dengan perokok. Cuma tak sensitif dengan larangan merokok tu. Hormatilah bila berada di tempat orang. Selesai makan, kami ronda-ronda dulu bandar Hatyai dengan menaiki tuk-tuk.

 Kami menaiki tuk-tuk kepunyaan Abang Shaari (0869583966) dengan harga 200 baht pergi balik. No.tel diberi dan mudah berkomunikasi kerana dapat bercakap bahasa Melayu. Siap bagi 20 baht seorang untuk anak-anak kami. 

Kami berada di Plaza Hatyai. Banyak jual pakaian. Jumpa ramai orang Malaysia kat sini. Ramai yang bershoping. Kami tengok dan jalan-jalan sahaja.

Dapor Muslim. Tomyam yang mantap. Ni tinggal kuah je. Patut ada isi ikan siakap dan udang. Memang pergh! Dalam kedai ada notis NO SMOKING. 

Kami ambil gambar sebanyak mungkin di Hatyai Station.

 Nufail mengambil alih menjadi jurugambar. Macam gambar kahwin dah pun.

 Kami berwefie. Memang centre gambar Nufail ambil. Walaupun dah penat, muka tetap ceria. Kami dah mula rindu pada rumah. 

 Station Hatyai ni panjang. Kami tak round habis pun. Disebabkan tempat ni memanjang, jadi banyak sudut perspektif satu titik diambil. 

Bergambar dengan Tren KTM. Coach ni last berkhidmat pada Disember ini. Untuk Januari 2016, semua tren KTM ni akan diganti dengan Tren ETS. I merupakan kesempatan terakhir bagi kami menaikinya. Dah tak ada tren katil. 

Perbelanjaan yang tidak sampai RM2000 untuk lima hari perjalanan pergi balik ke Bangkok seramai empat orang (2 adult, 2 child). Kalau nak melawat tempat di sana kena tambah lagi la. Banyak tempat boleh pergi antaranya, Tiger Tample, Temple of The Golden Buddha, Khaosan Road, Grand Palace, Floating Market, Duzit Zoo dan lain-lain. Kami dah senaraikan tapi tak sempat pergi sebab tren sana banyak delay. Kena standby satu perjalanan untuk tren sahaja dan sehari lagi untuk melawat. Tempat kami senaraikan tu semuanya berdekatan sahaja. Boleh je nak jalan kaki. Kalau tak, entry kami mesti lagi menarik. Takpelah, target Cuma tren. Pergi balik dengan selamat kira dah bersyukur sangat. Satu langkah untuk permulaan sebuah perjalanan. Bye!

Tren tu pegi Bangkok ke.. from RalitMedia on Vimeo.

Tips keluarga :
  • Sediakan beg untuk anak-anak dan isikan buku nota kecil, pen, tisu, makanan seperti biskut dan maklumat diri.
  • Handbeg perlu bawa untuk memudahkan kita letak purse/wallet dan barang berharga kecil. Letak di bahagian depan badan. Kalau perempuan, guna beg tali panjang dan silangkan. 
  • Pesan pada anak-anak supaya sentiasa berada berdekatan kita. Pimpin tangan mereka atau biarkan mereka berpegang pada tali beg. 
  • Bahagikan duit dengan pasangan.
  • Buat research sehabis banyak supaya biarlah kita ke sana dengan bermaklumat. 
  • Fokuskan kepentingan anak-anak dahulu sebab mereka akan mudah meragam.

Malaysia ke Bangkok dengan tren - Siri V


Hajat untuk menaiki tren dari KL Sentral ke Bangkok telah tercapai. Jadi tak ada yang perlu kami kesali. Senarai tempat untuk dilawati penuh di buku catatan. Tapi tak dapat pergi satu pun. Asalkan dapat menjejakkan kaki ke negara orang dengan empat beranak cukup la. Anak-anak pun patuh sahaja dan tak ada masalah. Allah swt telah mempermudahkan perjalanan kami. Syukur ke hadrat Ilahi. Kami pun tak sangka dapat ke sana. Biarpun dengan acah-acah backpackers je ni. Jika ada rezeki, kami nak datang lagi. Insyaallah.

4 Disember 2015

Kami breakfast dengan roti dan biskut yang dibeli di mart semalam. Serunding dan hotdog pun ada lagi. Kami pun amik kesempatan mengemas semula beg. Tukar pakaian kotor di bawah untuk memudahkan kami mencapai pakaian baru di Hatyai nanti. Lepas check out, kami terus ke Stesen Hua Lamphong utnuk tukar tren Rapid ke tren Ekspres. Sampai sana, baru perasan rupanya ada kaunter untuk foreigner. Patut terus ke sana untuk urusan. Tapi sebab dah janji dengan juru kaunter 1 semalam, maka kami terus ke sana. Beruntung juga sebab lelaki kaunter tu terus bagi tiket sebagaimana yang dijanjikan. Kami terpaksa tambah 980 baht lagi untuk tiket tren Ekspres. Macam biasa, tiket tu sekali dengan anak. Anak berumur 11 tahun ke bawah kena tidur bersama ibu bapa.

Tiga orang Kelab GTOC posing depan pintu masuk sebelum berangkat ke stesen.

Kaunter tiket untuk warga asing. Boleh berurusan dalam ni.

Sebelum bertolak balik, kami tukar duit sekali lagi RM200 dan dapat 1590 baht di dalam stesen. Mahal kalau nak banding dengan makcik comel kat Hatyai hari tu. Terpaksalah sebab lagi dua hari lagi nak sampai Malaysia. Lepas tu kami menyeberangi jalan ke lorong kedai. Di situ ada Hotel Train Station. Murah dan berbaloi jika menyewa perseorangan. Kami makan tengahari di lorong sana kedai kepunyaan orang Takbai. Siap bungkus sup dan nasi lagi untuk makanan malam nanti. Selesai makan, sempat jalan-jalan kejap dengan mengusung beg 9 kg tu.

Papan tanda putih bertulisan Selamat Datang. Takkan nampak kepada sesiapa yang tak boleh baca dalam ejaan jawi. Hihi

Kami perlu berada 30 minit sebelum tren berlepas. Jadi, kami pusing-pusing round perkarangan stesen dan tengok gelagat orang sana. Pertama kali kami melihat orang potong rambut berjemaah secara terbuka. Macam pelajar yang menyimpan rambut panjang dan didenda di depan perhimpunan. Kemudian kami sempat bersembang dengan beberapa orang sana dan mengambil gambar untuk habiskan masa. Kebetulan tarikh berkenaan bersempena dengan kelahiran Raja mereka. Dekorasi stesen ada kelainan daripada kelmarin. Ada orang berbasikal masuk ke stesen dan terlihat banyak kamera di sana sini. Kami juga perasan ada tren berwarna kuning milik Raja mereka.

Meronda-ronda dalam Stesen Hua Lamphong. Penuh dengan persiapan untuk kehadiran Ayah (Raja). Tren kuning adalah tren diraja.

Tren Ekspres mula bergerak pukul 2.45 petang. Kami terkejut apabila melihat tren Ekspres berbeza dengan tren Rapid. Kami senaraikan di sini :
  • Berhawa dingin.
  • Kerusi yang luas daripada tren KTM.
  • Ada suis plag (boleh cas handset. Tapi suis pin tak sama dengan Malaysia)
  • Tempat letak beg di siling tren dan di bawah kerusi. Jadi takde la bersepah di tengah laluan.
  • Terdapat meja hidang antara kerusi.
  • Ada attenden (kami tengok macam pramugari dan pramugara)
  • Ada waiter / Waitress.
  • Banyak tempat gantung barang (kami sangkut makanan)
  • Tempat letak botol air.
  • Selimut yang lebih tebal.
  • Lampu bacaan yang hidup. (Kalau sebelum jumpa yang sekadar perhiasan sahaja)
  • Pakaian attenden macam pilot
  • Yang penting, tren kelihatan baru sangat-sangat
Suggest sangat kepada yang nak bawa ibu bapa atau ada anak-anak kecil menaiki tren ni. Sangat selesa dari segi kemudahan yang disediakan. Bangun esok dah sampai Hatyai.


Persoalannya, kenapa la tak naik tren ni je semalam? Tapi ada baiknya kerana dapat la kami merasa pelbagai tren kan. Dari yang kelas ketiga sehingga la kelas kedua. Kelas kedua baru ni. Kalau kelas pertama tak tahu la. Kami makan hidang mengadap pemandangan di tepi tingkap. Penumpang lain order je daripada waitress. Siap ada buku menu lagi. Kami tak berani makan yang dalam tren sebab was-was tentang halalnya. Seronok sangat sebab betul-betul merasai percutian di atas tren. Selesai makan, ada sinki sebelah bilik air. Malam nanti boleh gosok gigi di sana sebab ada cup pakai buang untuk berkumur disediakan.  Katil dibuka pada pukul 6 petang. Datang attenden yang berpakaian pilot bukakan katil. Luasnya katil jika dibandingkan dengan KTM dan Rapid.

 Attenden sedang membuka katil. Rugi tak amik gambar dia memakai full uniform. Siap bertopi lagi.

Kerusi yang lebih luas berbanding sebelum ni. Kami siap boleh cas SJCam lagi. Penyangkut di sebelah kiri atas. Dah tak payah letak beg sebelah kerusi.

 Sesi bersuap sambil menikmati pemandangan luar. Seronok sehingga berseri-seri muka. Tak perlu lagi ke cafe. Kalau nak makan boleh order je. Status menu halal, tapi bercampur dengan senarai makanan pork. Kami tak suggest untuk order makanan dalam tren.

 Bila dah malam, keadaan dalam tren semakin sejuk. Tapi bila dah tarik kain langsir, terasa nyaman sahaja. Kalau berada di lower bed, kita boleh tarik rel ke depan untuk luaskan lagi ruang tidur. Kepala kerusi boleh diangkat menjadi meja dan terdapat lampu bacaan.

Entry kali ni ringkas je. Macam takde kaitan dah dengan tajuk Tren ni pergi Bangkok ke? Patut tukar kepada Tren ni dari Bangkok ke Hatyai ke? Panjang la pulak. Haha.

Kami akan sampai ke Hatyai sekali lagi. Perjalanan kami kali ni bukan lagi mengambil masa 19 jam. Naik tren ekspres kan. (berlagak betul) Sampai Hatyai nanti kami dah tak rasa bingung dah dan menjumpai mereka. Siapa mereka? Sambung untuk siri terakhir kami nanti.

Di akhir catatan ini, kami akan menyediakan videoklip Kembara Ke Bangkok.

Daripada kaca mata kami:
  • Orang Thailand sangat ramah.
  • Mereka sangat suka akan budak-budak.
  • Anak-anak dapat biskut percuma malam tu. Hehe
AMAZING THAILAND BEGINS WITH THE PEOPLE

Malaysia ke Bangkok dengan tren - Siri IV


Siri III ini adalah rentetan hari yang sama bertarikh 3 Disember 2015. Entri yang panjang untuk satu hari terpaksa dibahagikan kepada dua siri dan perkongsian ini menceritakan tentang kelegaan buat kami apabila melihat Bangkok Centre Hotel tersergam teguh di depan mata. Seseorang telah menunggu kami di sana untuk kami ucapkan Hi!  

3 Disember 2015 (JUMAAT) – Sambungan

Terpampang dari jauh muka pintu Bangkok Centre Hotel. Rasa nak berlari terus biar cepat-cepat dapat check in. Anak-anak bukan main happy lagi bila tau lepas ni dah boleh masuk bilik. Ada seorang pakcik panggil kami. Tengok pada papan tanda “Taxi”. Kami agak pakcik ni sediakan servis pengangkutan teksi. Ramah betul pakcik ni. Siap ajar kami ayat-ayat mudah dalam Bahasa Thailand dan menawarkan perkhidmatan teksi untuk kami. Persetujuan dicapai apabila dia menawarkan 200 baht untuk ke restoren halal. Kalau return, tambah lagi 200 baht. Boleh tahan harga teksi… Kami dah sangat lapar sebenarnya. Tengok jam dah pukul 4 petang. Memang patut pergi isi perut dulu.

Pakcik tu tunjuk buku ni untuk kami belajar bahasa Thailand. Yang kami guna sepanjang di Thailand cumalah Kab Khun Ka (perempuan) Kab Khun Khab (lelaki). Maknanya terima kasih.

Sebelum tu, kami masuk dulu untuk selesaikan urusan hotel. Harga bagi semalam hotel ni adalah RM180 dengan membuat tempahan di Agoda. Bawa yang printed je tunjuk pada receptionist. Wang deposit sebanyak 1000 baht dan dapat ditebus balik bila dah check out. Bellboy menurut kami dari kaunter, lif sehingga la ke muka pintu bilik. Konpius sebab kami tak pernah diiringi pekerja hotel selama ni ke bilik dan masih tercegak depan pintu sambil tersenyum. Faham la kami bahawa nak tip rupanya… Kami hulurkan 20 baht dan berlalu la bellboy tu. Nak tergelak pun ada. Ni la pertama kali kami bagi tip. Cukup ke tak 20 baht tu wallahualam. Bergembiralah wahai bellboy yang manis.

Not bad untuk bilik berharga Rm180. Ada dua katil single yang digabungkan, bath tab dan amazing view bandar Bangkok. Pada mulanya, kami nak tempah di Hostel Budget Station yang berada seberang stesen keretapi Hua Lamphong. Tapi, bila tengok harga kami batalkan niat. Murah jika bayar untuk perseorangan dengan harga RM60. Kami ni berempat, so kena darab 4. Dah jadi RM240. Bilik air pula kena berkongsi. Bagi backpacker yang single, boleh la bermalam di hostel. Bagi yang bekeluarga, lebih murah jika membuat tempahan hotel. Lagipun, bilik air tak perlu berkongsi dan lebih privasi untuk empat beranak. Kalau anak dah remaja, rasanya lebih baik bermalam di hostel pulak kan.

Boleh tahan jugak dengan harga Rm180. Luas la bagi kami sekeluarga. Yang tak best, toilet takde paip panjang. Tisu ada la.

Selesai bersiap-siap dalam bilik, kami terus turun ke bawah cari pakcik tadi. Kami menaiki kereta Mercedes model lama. Takde tanda-tanda menunjukkan kereta ni adalah teksi. Yang penting ialah bersih dan selesa. Kalau la kami sampai awal sebagaimana yang dijadualkan dahulu, nak aje kami berjalan ke kedai makan halal. Tapi, hari dah lewat, kami juga dah tak bertenaga, bayar jela duit teksi. Tak sampai 10 minit dah sampai Home Cuisine Islamic Restaurant yang bertemakan masakan Indian dan Thai food. Kami boleh samakan restoren ni standard kopitiam Malaysia. Cantik dekorasi dengan bau-bauan yang harum dan lagu yang dimainkan mendamaikan. Namun begitu, sakit kepala tak hilang. Mungkin perut dah masuk angin. Tengok jam dah pukul 4.45 petang. Terpaksa telan dulu 2 biji postant.

Nasi goreng udang 2 pinggan, air tembikai, oren juice, susu sejuk dan ais kosong datang dihidang di atas meja. Nasinya macam beras pulut, tapi sedap jugak la. Siap bungkus nasi dan sup ayam lagi untuk makan malam nanti. Daripada dalam kedai, kami memandang keluar dan melihat stall yang menjual makanan macam satay. Yang menjualnya perempuan bertudung. Ramai yang singgah membeli terutamanya pelajar sekolah. Sempat bersembang dengan driver teksi tadi, pelajar sekolah ni adalah bangsa Cina dan mereka sangat kaya. Kami tak dapat beza pun mana bangsa Cina dan Thailand. Muka sama, bahasa yang digunakan pun sama. Bangsa Cina ni, tak kisah ke negara mana pun mereka menetap, tetap berjaya dan kaya.

Dekorasi kedai yang sangat selesa buat kami.

Kami akan dihidangkan dengan air kosong dahulu sebelum makanan sampai. Setakat ni, semua kedai makan yang kami pergi hidangkan air kosong dahulu walaupun tak minta. 

Nasi goreng seafood. Kami tak makan banyak sebab tak berselera sangat. Cuma kali ni, lepas makan rasa nak tambah lagi. Sedap jugak. Tapi bila teguk air tak jadi nak tambah. Bungkus bawa balik bilik jela. 

Keluar daripada kedai makan, kami berjalan ke stall tersebut. Baru perasan sebenarnya kami berada dekat dengan Masjid Haroon. Patut la ramai orang Islam di kawasan ni. Ada pelajar pondok, deretan kedai makan, orang yang lalu lalang pun kami tengok semuanya Islam. Sejuk mata memandang. Mereka belanja tiga cucuk satay ayam kepada Naura. Satu cucuk 10 baht. Besar la saiz satay berbanding yang Malaysia. Kami beli cheese hotdog tiga cucuk dengan harga 30 baht.


Restoren kami makan tadi berada di kiri warna hijau. Laluan kecil yang ada pintu gerbang bertuliskan Masjid Haroon. Sebutan masjid di sana ialah mesejid. Tak sempat pergi sebab dah hujan.

On the way balik ke hotel, kami perhatikan trafik banyak jalan sehala bagi mengelakkan jalan jem. Jumlah penduduk di bandar Bangkok ni seramai 24 juta orang. Mereka sangat beradap di atas jalan raya dan boleh bertolak-ansur dengan saling memberi laluan kepada pemandu lain. Kalau di Malaysia, siap berebut siapa dapat jalan dulu (hey, kami pun pemandu. Hoho…) Hon pun kurang kedengaran. Yang dengar time tu, hujan yang turun. Tengok jam dah pukul 5.30 petang. Tak lama dah nak malam.

Sekali lagi kami sampai di perkarangan hotel dan membuat pembayaran kepada driver sebanyak 400 baht. Turun teksi, kami terus ke spa bersebelahan hotel. Driver tadi tak puas hati kami ke sana sebab dia boleh suggest tempat yang lagi murah. Suami bagitau, tak apalah. Saje nak rasa bermewah-mewahan. (padahal list tempat kami nak pergi semua tak jadi pergi T_T) Haha… Aku amik pakej yang facial spa dengan harga 1250 baht. Mahal pun takpe la sebab memang dah tak ke mana pun sebab dah tak cukup masa. Facial ni mengambil masa selama 1 jam 30 minit sekali dengan urutan. Suami dan anak-anak dah pun terjun kolam renang.
Facial muka dan massage yang diberikan sangat berpuas hati serta segala kepenatan hilang. Ingat lagi perbualan dengan tukang urut tu,

“If you feel pain, you must tell me. So, I’ll be stop.”
“Its really pain. Can you stop now?”
“Hold on, hold on!”

Baik takyah bagitau kalau suruh bertahan dengan kesakitan tu… Tapi memang sedap badan la lepas dia massage. Ada satu lagi perbualan yang sangat bermakna. (Jangan kata perasan pula ye)

“Why are you wearing this (hijab) to close your head?”
“Because my religion must me to do this.”
“You look more beautiful without this. Trust me. I love to watch you because your face just like us and look more beauty than our people.”
“We need to cover our beauty dear.”

I smiled, and she smile back to me. Kita perlu respect diorang punya opinion dan mereka pun macam boleh terima pendapat yang diberi (ditekankan sekali lagi, bukan perasan okey…) Dan aku pun tak tau betul ke tak susunan bahasa Inggeris tu. Maaf la kalau salah. Main bantai je. Ntah-ntah dia senyum sebab tak paham aku cakap. Hihi..xxx Ni la komunikasi paling best aku kat sini. Aku dihidangkan teh sebelum keluar. Hujan lebat sangat dan dihantar oleh tuan kedai spa. Berpayung la kami ke hotel. Sempat diberitahu oleh dia sebelum berpisah yang mengatakan inilah hujan pertama yang turun untuk sekian lama. Lebat pulak tu. Malang bagi kami sebab tak dapat keluar untuk ke China Town.

Naik ke atas terus membersihkan diri. Tengok anak-anak dah bersih comel dengan berbaju tidur. Siap lompat-lompat katil lagi. Kami pun mula on wifi berhubung dengan keluarga memberitahu keadaan kami di sini. Kami makan malam dengan makanan yang dibungkus tadi. Kami buka serunding yang dibawa daripada Kelantan. Suami tak berselera kerana mula rasa tidak sihat. Rasa bersalah pulak sebab aku sangat la sedap badan lepas diurut. Suami keluar seorang diri mencari Panadol di mart berdekatan. Kami tinggal di lobby hotel sebab hujan belum berhenti (konon nak ikut jugak). Tidak lama kemudian, suami balik dengan makanan satu plastik. Tanya dia mana Panadol, dia lupa nak beli di mart tadi dan cuma ingat makanan untuk breakfast esok sahaja. Macam tu skali bila sakit ye... Disebabkan hujan renyai-renyai je, kami pergi ke Stesen Hua Lamphong sekeluarga. Anak-anak tak ada masalah sebab pakai jacket cap. Sampai sana tengok ramai gelandangan tidur di perkarangan stesen. Kesian pulak tengok. Sejuk juga lepas hujan ni. Mart dalam stesen pun dah tutup. Kami balik semula ke mast berdekatan hotel tadi dan meminta Panadol. Mereka tak faham. Bagitahu paracetamol baru faham. Sama je bungkusan dengan Malaysia. Kemudian kami balik semula ke bilik sebab nak hujan sekali lagi. Sesampai sahaja ke bilik, anak-anak terus tidur. Kami layan tv kejap. Ada la satu channel fox yang boleh ditonton dengan sarikata Thailand. Dapat juga kami tidur di katil malam ni.


Keadaan sama gelandangan kami pernah lihat di kaki lima deretan kedai di Kuala Lumpur. Kira yang ni lebih bernasib baik. Siap ada tong tadah air hujan lagi.

Cukup setakat ni yang dapat kami kongsikan sehari berada di Bangkok. Kami memang terlepas peluang untuk melawati tempat-tempat menarik di sana. Namun kami menganggap inilah pengalaman yang Allah swt berikan untuk kami rasai bersama. Sambungan perkongsian seterusnya, tren yang amat mengejutkan kami. Jauh berbeza dengan apa yang kami jangkakan!

Di akhir catatan ini kami akan menyediakan videoklip Kembara Ke Bangkok.

Peringatan buat kami :
  • Carilah penduduk Muslim di negara yang dilawati untuk mengenali saudara Islam kita di sana. 
  • Berdakwah walaupun hanya secubit kata dan seinci perilaku.
  • Walau di mana kita berada, jagalah adab dan agama kita.
Klik di sini untuk ke Masjid Haroon

Malaysia ke Bangkok dengan tren - Siri III


Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Siri sebelum ini mendapat sambutan daripada pembaca terutama rakan kami. Oleh itu, kami sambung lagi pengalaman hari ketiga kami setelah lama menunggu di Stesen Hatyai. Nak tak nak, perjalanan 940 km terpaksa kami tempuhi bersama. Sebagai ibu bapa, keselamatan, keselesaan dan kepuasan hati anak-anak yang paling diutamakan. Kerana itulah, kami menggunakan tren sebagai pengangkutan kami ke Bangkok.

3 Disember 2015 (KHAMIS)

Subuh awal di Thailand iaitu pada pukul 5.02 pagi. Pukul 6 dah mulai cerah dan kebanyakan penumpang sudah mulai bangun pukul 7 pagi. Kami breakfast dengan roti Gardenia dan susu. Suami pun nampak dah sihat sikit berbanding semalam. Kami menerima makluman daripada attenden yang boleh berbahasa Melayu mengatakan tren delay lagi dua jam. Sekali lagi kami diuji dengan kesabaran masa. Keadaan dalam tren bukan sebagaimana tren berhawa dingin. Sangat panas dan tidak selesa. Muka anak-anak pun dah berkerak dan berminyak. Tak tau untuk kali keberapa kami membasuh muka mereka. Nasib baik juga kami bawa bersama wet tissue. Boleh juga lapkan sekali-sekala. Anak-anak langsung tidak meragam dalam tren di sepanjang perjalanan. Cuma ada la jarang-jarang diajukan soalan, “Ibu abah, bila nak sampai?” Itu je soalan yang ditanya selama 19 jam tempoh perjalanan. Masa diisi dengan permainan yang tak pernah kami main bersama anak-anak. Kami betul-betul menggunakan masa sebaiknya bersama anak-anak. Kalau sebelum ini kami pulang penat bekerja dan tidak mengendahkan mereka. Sekarang, kami boleh bermain Lap tali lap, O Som!, ABC dan mainan lain yang menggunakan tangan. Kelakar pulak rasanya sebab dah berpuluh tahun kami tinggalkan permainan kanak-kanak ni. 

Naura bersarapan dengan Bentagen dan biskut sambil memandang ke luar tingkap.

Untuk keberapa kali juga kami tak tau telah pergi ke tandas. Tentang kebersihan, sangat la tidak memuaskan. Tapi tren ni mempunyai sinki di luar tandas untuk menggosok gigi. Tong sampah hanya disediakan di tempat sinki sahaja. Kalau tren KTM plastik digantung di setiap tangga katil atas dan tiada sinki disediakan. Katil disimpan semula dan ditukar semula kepada kerusi pada pukul 9 pagi. Seperkara lagi boleh dipuji, tren adalah kawasan larangan merokok. Barulah kami perasan, setelah kami sampai ke Hatyai sehingga la kini, kami langsung tidak terbau asap rokok. Tanda larangan merokok banyak dipamerkan di kawasan tertutup dan di tempat orang ramai berkumpul termasuk la di kedai makan. Tren ni banyak berhenti di setiap stesen yang kami lupa untuk mencatat nama setiap kawasan. Setiap kali tren berhenti, pasti ada penjual akan naik untuk menjual makanan dan minuman. Mereka takde la sampai meminta simpati untuk penumpang membeli makanan yang dijual, mereka cuma lalu sambil mempromosikan makanannnya. Yang kami sempat dengar hanyalah ayat belakang. Kalau lelaki ada sebut khab atau khrab dan kalau perempuan di akhir ayat ada kha. Nada suara yang sangat lembut. Ada juga penjual bertanyakan kepada kami, “Abe make nasi doh ko ari ni?” Kalau ada yang bertanya dalam Bahasa melayu, boleh la makan. Ada juga yang menawarkan makanan percuma setelah melihat kami orang Malaysia. Setelah ramai penjual datang menjual, akhirnya kami kalah dengan penjual kerepek pisang. Pandai dia promote kerepeknya. Mula-mula suruh rasa. Lepas tu ulang-alik 2 3 kali depan kami. Tergoda jua akhirnya. Sedap pulak tu. Harganya 60 baht. Makanan dan minuman yang dijual oleh penjual di atas tren mahal sikit jika dibandingkan dengan harga sebenar di luar.

Abah berwefie dengan Nufail. Serabai sekali rambut anak teruna. Rambut abah steady je :P

Kemeriahan di dalam tren adalah ketika penjual-penjual yang naik selepas melewati stesen. Kami juga disajikan dengan pemandangan negara Thailand. Kami mendapati, setiap rumah pasti ada rumah Tuhan. Kecil je tapi sangat cantik. Kami juga tidak pasti rumah apa, tapi bagi tanggapan kami, rumah Tuhan mereka kerana dicat dengan warna yang terang dan teguh biarpun tuan rumah tinggal dalam rumah yang sangat daif. Tidak kira kedai maupun rumah, mesti ada rumah Tuhan tersebut. Daripada kawasan kampung, akhirnya kami menyinggahi stesen yang makin besar dan telah menampakkan keadaan jalan yang makin sibuk. Hujan sekejap di waktu tengahari menjadikan kami kalut menutup tingkap. Tingkap sangat ketat untuk ditarik. Kerusi kami basah sedikit kerana lambat menutup tingkap. Panasnya waktu hujan tak payah nak cakap. Seolah-olah wap panas membahang naik. Hujan pun kejap je.
            
Dua kerusi mengadap satu sama lain. Muat untuk kami sekeluarga.

Pemandangan luar banyak disajikan dengan bendang yang menghijau. Tak pandang pun. Bosan sangat la tu...

Tepat pukul 2.30 petang kami sampai ke Stesen Hua Lamphong, Bangkok. Merupakan stesen tertua di Thailand. Kami selitkan sedikit sejarah stesen ni. Ia dibuka pada 25 Jun 1916 yang direka oleh Annibale Rigotti (1870-1968). Stesen ini mempunyai 14 platform, 26 kaunter tiket, menyediakan 130 pilihan keretapi dan menerima 60 000 penumpang setiap hari. Kami empat beranak antara ribuan penumpang berkenaan dan kami sekarang sedang bingung. Turun sahaja daripada tren, kami menuju sebagaimana orang lain tuju. Kami teruja melihat stesen ini yang mempunyai banyak rail dan train. Bangunannya sangat besar dan luas. Terdapat wap air di atas siling bagi menyamankan keadaan ruang stesen. Sempat kami berhenti di tengah-tengah perjalanan dan memandang ke belakang, tersangatlah luas. Itu baru separuh perjalanan dalam stesen. Kami singgah ke kaunter pertanyaan di dalam stesen dan bertanyakan di mana patut kami tukarkan tiket yang telah kami beli kelmarin. Kebetulan dia dapat cakap melayu, senang la kami berkomunikasi. Sebenarnya, tiket dapat ditukar jika untuk upgrade. Nak refund balik pun boleh. Tapi urusan perlu dibuat sejam sebelum bertolak. 

Tengok signboard pun dah tau kami dah sampai Bangkok!

 Bahagian dalam platform Stesen Hua Lamphong.

Kami ke kaunter tiket untuk membuat pertukaran. Terlalu banyak kaunter dan kami hanya tuju ke kaunter 1. Maklum balas kami terima sangat kecewa kerana tiket keretapi ekpres telah habis untuk katil bawah. Yang tinggal hanyalah katil atas. Mereka tidak membenarkan ibu bapa yang ada anak-anak berada di katil atas. Jadi, jurukaunter berkenaan mencadangkan kepada kami untuk datang sekali lagi sejam sebelum bertolak esok kerana dia akan simpan tiket kepada kami jika ada penumpang yang cancel perjalanan. Kami setuju dan berserah kepada Allah swt. Kalau tak dapat tukar tiket ekpres, maka sekali lagi kami akan menaiki tren tadi dengan tempat duduk nombor yang sama. Terasa sadis…

11 kaunter di bahagian kiri. Kami berada di kaunter pertama untuk pertukaran tren untuk esok. Beg putih tu bukan kami punya. 

Perut dah lapar, kami ke kafetaria dalam stesen. Bila masuk, kami ada sedikit was-was tentang status halalnya. Ini kerana keadaan kafetaria yang bercampur aduk dengan makanan tidak halal. Pelanggannya pula tidak menampakkan muslim. Kami keluar daripada kafetaria dan memandang keluar dan melihat ramai je orang Islam dalam stesen ni. Tapi tak nampak pun mereka sedang makan. Masing-masing duduk je di kerusi menunggu tren. Suami mula bertanyakan pada seorang pakcik yang kelihatan seorang tabligh di mana tempat makanan halal. Dia memberitahu dalam stesen ni terdapat keraguan dalam penyediaan makanan. Kalau mart tu boleh la sebab makanan di bungkus daripada kilang dan mempunyai tanda halal sah negara Thailand. Tapi takkan la kami nak makan roti dan biskut setelah hampir 20 jam tidak menjamah nasi. Tabligh tu menawarkan roti dan kerepek chips untuk kami untuk mengisi perut. Sempat la kami bersembang sekejap dengan lelaki yang berasal daripada Pattani dan bercakap dalam dialek Kelantan. Kami segan sebenarnya kerana telah makan bekal mereka anak beranak. Kami buat keputusan keluar daripada stesen.

Tabligh yang baik hati dengan memberi kerepek kepada anak-anak kami. Bergaduh pulak Naura dan Nufail berebut nak makan.

Kami tercari-cari di mana pintu sebenar sebagaimana kami telah lihat dalam google map. Macam tak sama je... Kami dah prepare awal-awal jarak perjalanan stesen Hua Lamphong ke Bangkok Centre Hotel hanyalah 230 m mengambil masa 3 minit sahaja. Tapi kami tak tau ke mana perlu dituju. Kami nampak kaunter pertanyaan di luar bangunan dan bertanyakan kepadanya di mana arah yang perlu kami tuju sambil menunjukkan peta yang kami telah print. Agak pelik bila bercakap dengannya kerana tanya lain, jawab lain. Kami tanya mana hotel berkenaan, dia cakap bajet berapa. Kami tanya pula arah hotel tu di mana, dia cakap sana takde hotel. Kami tunjuk map, dia cakap mana dapat map menipu ni, kami jawab google, dia cakap kena naik teksi. Last-last, kami pening. Kami beri laluan kepada pelancong dari negara Barat untuk bertanya. Sambil kami berbincang suami isteri, kami terdengar perbualan mereka. Macam kami tadi, berapa bajet? Jauh lagi. Kena naik teksi dan bla bla bla. Sama macam kami tadi. Orang putih tu minta dia alamatkan tempat dia nak tuju. Kami tengok dia tulis dalam tulisan Thai. Sah, bagi tanggapan kami, mereka dah kena auta. Kami batalkan niat untuk meneruskan pertanyaan dengan dia. 


Map ni la yang kami tunjukkan kepada yang berada di kaunter pertanyaan. 

Kami nampak satu laluan ke bawah tanah di sebelah kiri kaunter tersebut yang menunjukkan tren MRT (Metropolitan Rapid Transit). Lebih kurang dengan LRT Malaysia. Kami ke sana dan tengok map yang disediakan di board. Ada menunjukkan stesen perjalanan ke Bangkok Centre Hotel. Kami gamble turun ke bawah untuk bertanyakan pada kaunter tiket MRT. Untuk memasuki laluan bawah tanah, setiap orang kena scan macam dalam airport. Punya la security takut kami bawa bom. Beg pun kena cek. Walaupun kami dapat melepasi pintu, tapi perasaan  tidak selesa timbul bila kena periksa. Tiba di pertengahan jalan dan terus menuju ke kaunter untuk membeli tiket MRT ke hotel berkenaan. Rupanya, tak payah beli tiket sebab bawah tu ada banyak laluan exit. Kami masuk laluan 2, dan kami kena exit laluan 1 untuk ke hotel. Kami turut je apa yang dibertahu dan berjalan tak sampai seminit keluar ikut exit 1 dengan menaiki eskolator, dan kami nampak luarnya sama macam kami lihat dalam google map. Kami pandang belakang laluan MRT dan nampak Bangkok Centre Hotel di hadapan mata. Syukur alhamdulillah…. Allah swt permudahkan urusan kami setelah bersusah selama lebih 20 jam. Rasa nak cium tanah pun ada. Allah sahaja yang tau betapa gembiranya kami bila objektif nak sampai ke hotel akhirnya tercapai. Alhamdulillah...


Laluan MRT bawah tanah ini berada di perkarangan luar stesen.

Nasib baik terlihat papan lokasi map ni.

Keluar daripada Exit 1 kena pusing ke belakang baru nampak hotel. Kalau keluar melalui Exit 4 pun boleh. Lagi senang dan boleh terus nampak hotel ni. 


Entry yang cukup panjang untuk sampai ke Bangkok. Kami akan sambung lagi apabila kami sampai di pintu masuk Bangkok Centre Hotel nanti. Layanan yang kami terima jauh berbeza dengan apa yang kami telah lalui sebelum ini. Allah swt telah memberi kesenangan setelah apa yang telah kami hadapi. Betul la… Allah itu maha adil.

Di akhir catatan ini kami akan menyediakan videoklip Kembara Ke Bangkok.

Peringatan :
  • Buat research dulu keadaan atau tempat sebelum travel ke mana-mana supaya kita tidak lost.
  • Catat di dalam buku nota kecil sebab lebih senang untuk dirujuk. Ada orang lebih selesa save dalam note book atau handset je.
  • Tidak terburu-buru membuat keputusan. Bincang dengan pasangan dengan hati yang tenang.
Klik di sini untuk mengetahui sejarah pembinaan Stesen Keretapi Hua Lamphong Bangkok.

AMAZING THAILAND BEGINS WITH THE PEOPLE

Malaysia ke Bangkok dengan tren - Siri II


Cerita sambungan ni panjang sikit sebab menempuhi satu hari perjalanan dua negara serta inilah kali pertama kami melangkah keluar dari negara Malaysia. Kami berasa sangat teruja untuk berkongsi pengalaman walaupun kami bukanlah seorang pengarang yang baik. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca semua.


2 Disember 2015 (RABU)


Kami sedar sebelum Subuh lagi sebab susah nak lena dalam tren yang bergoyang-goyang. Tiada ruang khas untuk bersolat dan perlu dilaksanakan di atas katil sahaja. Anak-anak pun bangun awal siap explore lagi dalam tren. Sukanya mereka sebab semalam mereka tak sempat nikmati setiap inci dalam coach ni. Ada tangga naik ke upper bed, jadi mereka asyik turun naik tangga. Siap main rumah-rumah lagi. Sambil tu, kami isi perut dengan roti sebab untuk tiba di Padang Besar Perlis agak lewat iaitu pukul 10.15 pagi. Setiba kami di Stesen Padang Besar, tren akan berhenti untuk menukar kepala keretapi dan menurunkan penumpang untuk cop passport dan isi borang memasuki negara Thailand. Borang tu bewarna putih berdakwat biru dan perlu diisi dua keping. Sebelah-sebelah je borang tu. Nanti pihak kastam akan koyak apabila kita nak memasuki tren sekali lagi. Satu bahagian lagi perlu disimpan semasa nak masuk Malaysia balik. Jangan cari nahas hilangkannya. Semasa urusan cop passport, kami perlu beratur panjang. Kalau orang tua atau yang tidak berkemampuan, ada disediakan kerusi. Semasa urusan dilakukan, segala beg perlu dibawa bersama. Tapi kami tak bawa turun pun, tinggalkan aje dalam tren. Urusan tersebut selesai pukul 10.50 pagi. Kami dimaklumkan tren akan mula bergerak pukul 11.30 pagi nanti. Sempat la kami makan pagi di kafetaria yang berada di tingkat atas.

Beratur untuk cop passport. Anak-anak berehat di kerusi sambil makan roti yang belum habis dimakan atas tren tadi.

Borang yang perlu diisi untuk memasuki negara Thailand. Kami perlu mengisi empat borang kesemuanya.

Kami buat pertukaran duit dengan makcik comel yang sedia menunggu di tangga. Murah je makcik ni ambil upah. RM1000 bersamaan 8200 baht. Selesai sahaja pertukaran wang sebanyak RM1000, kami sambung balik niat kami ke bahagian atas untuk mengisi perut seisi sekeluarga. Pukul 11.30 pagi, tren siap sedia bergerak. Tren tersebut tukar kepala dengan negara Thai. Jadi, driver Thai la yang amik alih dua tarik coach dari Malaysia ke Hatyai.

Keadaan di imigresen. Makcik comel yang memakai baju pink sebelah Nufail. Ramah orangnya.

Bila dah naik tren, kami hairan sebab kenapa penumpang macam dah bertambah? Seolah-olah berebut katil pulak. Nasib baik kami tidak keluarkan beg dan masih kekal di katil asal. Rupa-rupanya, penumpang lain naik di stesen Padang Besar tadi nak ke Hatyai. Nombor tempat duduk ada, tapi bila naik tak ada pun disediakan tempat. Pada pandangan kami, mungkin Malaysia cuma ada dua coach, dan Padang Besar ke Hatyai jaraknya hanya 56.8 km, maka pihak KTM padatkan semua penumpang dalam dua coach ni sahaja. Kami ada empat katil, tapi guna dua sahaja untuk duduk. Kami berikan katil yang lebih tu kepada penumpang lain. Tak kisah, sebab tak mengambil masa yang lama pun. Tak sampai sejam perjalanan. Akhirnya, pukul 12.20 tengahari dah sampai ke platform di stesen Hatyai. Turun daripada tren, kami turut sahaja kaki melangkah sebagaimana penumpang lain. Sebenarnya kami masih lagi bingung. Penumpang Malaysia yang lain semua dah hilang daripada pandangan. Kami mula mendengar makluman daripada pembesar suara yang berbahasa Thailand. Sepatah pun kami tak faham. Anak-anak pun sudah mula bertanya bahasa apa yang mereka sedang dengar. Sambil jawab soalan mereka, kami tarik je tangan mereka ke dalam stesen. Kami tukarkan waktu kepada 11.20 pagi kerana waktu Thailand lambat satu jam daripada Malaysia. 


Inilah rupanya pandangan kami apabila kali pertama menjejakkan kaki di platform Hatyai.

Kami ke kaunter untuk membeli tiket tren ke Bangkok. Ada dua kaunter, iaitu Ticket For Travel Today (belian tiket semasa) dan Advance Booking Office (tiket tempahan online). Kami tak buat tempahan pun. Jadi kami ke kaunter Ticket For Travel Today. Bagi yang dah buat tempahan online, sila ke kaunter yang satu lagi. Urusan membeli tiket ni agak sukar bagi kami kerana penjaga kaunter langsung tidak dapat berbahasa Inggeris. Kami pun tak la lancar bercakap dalam Bahasa Inggeris ni, tapi boleh la kalau yang simple. Macam itik dan ayam bila berkomunikasi. Kata putus dapat dicapai dengan menunjuk-nunjuk pada komputer, kami membeli tiket sehala ke Bangkok dengan harga 605 baht (dewasa) 283 baht (kanak-kanak) untuk tren katil tanpa air-cond. Jumlah tiket pergi balik kami empat beranak ialah 1776 baht. Kami sengaja beli tiket yang kipas untuk merasai angin malam nanti. Tren berkenaan akan sampai pukul 3.30 petang. 

Gambar kiri : Tickets For Travel Today. Gambar kanan : Advance Booking Office.

Disebabkan ada lagi 3 jam sebelum tren sampai, kami pergi mandi dulu di bilik mandi awam dengan harga 10 baht. Kalau nak buang air, hanya 3 baht sahaja. Sementara suami dan anak lelaki sulung pergi mandi, aku sempat berbual dengan seorang perempuan dari Yala. Macam mana kami bersembang? Haha… Sama macam kat kaunter tadi. Aku cuba fokus pada percakapannya, tapi tak berjaya memahami isi ceritanya. Siap tunjuk-tunjuk handset lagi sambil bercerita. Selesai mandi, aku cuba bersalam dengannya, tapi dia buat tangan seolah sedang menyembah. Aku lupa yang itu tanda tangan mereka bila menyapa atau selamat tinggal. Tapi aku tetap hulurkan tangan bersalaman. Kami perasan, mereka sangat ramah dengan kanak-kanak. Menegur dan cuba menghiburkan anak-anak kami. 

Bergambar di dalam Hatyai Junction selepas selesai mandi di tandas awam.

Selesai mandi, kami nak keluar daripada stesen untuk mencari makanan tengahari. Beg 9 kg kami tinggalkan di tempat penyimpanan beg dengan bayaran 50 baht. Ketika kami melangkah keluar daripada stesen Keretapi Hatyai, berebut-rebut driver tuk-tuk menawarkan kenderaan mereka. Kami menolak dengan isyarat tangan dan senyuman. Maka, fahamlah mereka bahawa kami orang Malaysia. Mereka memujuk dari Bahasa Thai kepada bahasa Inggeris dengan kami. Pelik bila kami fikirkan, driver tuk-tuk lebih pandai berbahasa Inggeris berbanding yang bekerja di stesen Keretapi.

Daripada stesen, kami jalan terus sebanyak dua blok dan pusing ke kanan. Maka jumpalah kedai Muslim O-Cha. Mereka dapat berbahasa Melayu loghat Kelantan. Kami makan nasi putih + daging kari dua pinggan dan air milo ais dengan harga 220 baht. Ais kosong disediakan secara percuma. Sepinggan nasi berkongsi dengan anak. Kami takde selera sebab rasanya dah lain daripada masakan Malaysia dan sangat pedas. Di waktu yang sama kami juga masih lagi dapat rasakan seperti berada di dalam tren. Kepala kami masih terhuyung-hayang. Suami pun dah nampak bunga-bunga sakit badan dan nak demam. Selesai makan, kami terpaksa berjalan round bandar untuk biasakan diri dengan suasana. Kalau duduk je maknanya kami melayan mabuk tren. Nasib anak-anak tak meragam. Baik je menurut kami. Cuma mulut mereka tak habis-habis bertanyakan soalan.

Dua pinggan menu yang sama. Makan bersuap je dengan anak-anak.

Kami singgah di market berhawa dingin. Lega sebab cuacanya sangat panas. Kami beli makanan dan minuman untuk bekal kami atas tren nanti. Takde la kena pikir macam mana nak makan malam nanti. Air mineral murah je, hanya 6.5 baht untuk 700 ml. Biskut Oreo bekas kegemaran anak-anak dengan harga semurah 3.5 baht. Sesudah membeli, kami kembali ke Stesen Hatyai pukul 2.50 petang. Sememangnya, kita kena berada di stesen 30 minit sebelum ketibaan tren. Kami ke kaunter pertanyaan untuk kepastian waktu tren, namun beritanya sangat hampa kerana tren delay 2 jam. Kebetulan suami tidak sihat, kami tak bawa Panadol. Jadi, suami terpaksa mencari farmasi memandangkan mart tak ada jual sebarang ubatan. Farmasi berada dekat sahaja mengadap stesen keretapi seberang jalan.

Semasa menunggu, Naura, anak perempuan kami dah tertidur. Kesian pulak anak-anak terpaksa menunggu. Mereka tak sabar-sabar nak naik tren. Kami tanya lagi sekali di kaunter, makin kecewa bila diberitahu tren akan delay lagi 30 minit. Maknanya pukul 6 petang baru sampai yang sepatutnya pukul 3.30 petang tadi kami naik. Dari pagi hingga gelap kami menunggu. Naura pun dah mula sedar. Mereka dah bosan sehingga mula meragam. Kami faham sangat sebab tersangat penat bila kita berada dalam keadaan tertunggu-tunggu ni. Dah la kami banyak kali beralih tempat di stesen berkenaan. Anjing tak payah cakap la, memang banyak merayau-rayau. Air liur sedap je meleleh-leleh atas lantai. Siap buat muka manja lagi. Kalau di Malaysia dah lama dibaling barang. Ada juga anjing berbaju pink. Yang ni rasanya dibela kot.

Ni kawasan dalam stesen. Teduh sikit nak baring. Jangan duduk atas lantai. Banyak anjing berkeliaran. 

Disebabkan lama lagi tren nak sampai, sempat lagi kami makan malam di hadapan stesen keretapi. Ada deretan kedai makan dan kebanyakannya kedai muslim. Kami makan di kedai Dapor Muslim dihidangkan dengan nasi goreng ayam (goreng kicap tak bertumis) berharga 40 baht. Tanpa berlengah, kami balik semula ke stesen keretapi. Tapi malangnya, kami dimaklumkan delay lagi 10 minit. Stress tak payah cakap la. Anak-anak menungut cakap penat. Langit dah mula gelap. Waktu malam sangat cepat di Hatyai. Pukul 5.30 petang pun dah macam pukul 7 di Malaysia. Ada seorang warganegara Malaysia, namanya Merry. Dia sepatutnya naik tren ekspres. Kalau dah namanya ekpres patutnya cepat la kan. Tapi delay jugak 2 jam. Tunggu punya tunggu, tiba-tiba dengar announcement. Tak paham pun. Cuma pelik tengok semua yang berada di stesen mula berdiri tegak dan lagu mula kedengaran di corong pembesar jam 6 petang. Kami pun turut sama berdiri terpinga-pinga. Anak-anak pun terdiam. Rupa-rupanya kami diberitahu bahawa lagu tadi merupakan lagu kebangsaan mereka. Ia hanya dimainkan dua kali sehari. Rakyat Thai akan berdiri tegak apabila lagu dimainkan tidak kira di mana berada walaupun di dalam panggung wayang.

 Muka dah berkerak dah sebab seharian menunggu. Hari dah hampir malam.

Tak sampai 10 minit, dah meragam balik. Muka abah menunjukkan, what ever...

Akhirnya, kami menerima makluman tentang tren kami akan sampai tidak lami dan mengarahkan kami ke platform. Rasa semangat kembali semula dan tanpa berlengah kami terus ke platform bersama dengan penumpang lain. Di platform tiada kerusi untuk duduk, jadi kami berdiri selama 30 minit sebelum ketibaan tren. Tren sampai pukul 6.40 petang. Delay lagi rupanya 20 minit. Semangat kami makin merundum apabila kami melangkah naik ke tren dan mendapati keadaan tren yang sangat berbeza… Daif la bagi kami sebenarnya. Kipas satu sahaja di siling antara dua seat. Dinding tren cover dengan kayu, tingkap terbentang luas takde kekisi. Kebersihan sangat la kurang memuaskan. Bunyi luar sangat bising. Lebih-lebih lagi ketika melalui jambatan. Berbeza dengan tren KTM.

Kami pelik sebab katil takde pun. Yang ada kerusi duduk yang mengadap. Kami tak tanya pun bila nak sediakan katil. Kami tunggu sehingga pukul 7 malam setelah didatangi oleh attenden coach yang memakai mask membuka katil untuk penumpang. Dia ada alat berupa kunci dan membuka katil. Rupanya dua kerusi yang mengadap tula yang ditarik menjadi katil. Katil atas kami takde penumpang. Rupanya, anak-anak kecil tidak dibenarkan tidur bersendirian dan perlu ditemani ibu bapa. Kesimpulannya, anak-anak akan tidur bersama kami. Kecil je ruang untuk dua beranak… Terpaksa redha kerana ini adalah pilihan kami tadi. Suami tidur bersama Nufail, dan aku tidur bersama Naura. Tanpa berlengah, pukul 8.30 malam kami dah mula melabuhkan badan. Badan sangat penat, mental memang diuji sepenuhnya hari ini. Anak-anak pun baik je takde sebarang bantahan bila suruh tidur. Penat juga la tu. Pukul 9 malam, suami kejutkan aku minta Panadol. Suhu badan meningkat. Terpaksa menelan Panadol sekali lagi. Kesian pulak tidak sihat time macam ni. Tak macam semalam, tidur kami sangat lena untuk kali kedua berada dalam tren. Tren ni bergoyang lebih power berbanding KTM. Adakah kami tersalah membuat pilihan ketika membeli tiket? Berhuhu....

Nampak sama je dengan tren KTM. Yang berbeza ada kipas di tengah laluan dan tempat penyimpanan beg. 

Bersambung untuk Siri III dengan pengalaman berada di dalam Rapid Train yang memakan masa 19 jam perjalanan sejauh 940 km dan melalui 9 stesen besar di Thailand. 

Di akhir pengembaraan ini, kami akan menyediakan  videoklip Kembara Ke Bangkok. 

Tips untuk hari ini:


  • Sediakan buku kecil dan pen untuk anak-anak menulis untuk hilangkan bosan.
  • Pastikan sentiasa ada makanan untuk anak-anak dan air kerana Thailand sangat panas.
  • Bawa ubatan supaya tidak menyusahkan diri apabila berada di negara lain.
  • Bagi yang bertudung, pakai material yang tak mudah renyuk dan tidak menggunakan banyak pin.

Klik di sini untuk menempah tiket keretapi secara online dari Hatyai ke Bangkok http://www.thailandtrainticket.com/trainticket/index.asp      

AMAZING THAILAND BEGINS WITH THE PEOPLE