Tenangnya di Jeram Tanduk Kemaman

Tak perasan rupa-rupanya yang tengah-tengah minggu bekerja ni ada cuti umum. Kami takde plan apa-apa pun cuti Hari Wesak ni. Suami kata nak keluar hilangkan tekanan kerja. Dah lama tak merasa celup kaki dalam air sejuk. Tapi bila tanya nak ke mana, tak pasti... Susah...

Esok pagi bangun bersiap di dapur. Bukan untuk makan pagi. Tapi sebagai bekal makan di tempat perkelahan nanti. Ke mana? Belum decide lagi. Haha...

Masing-masing kemaskan barang seperti baju mandi dan peralatan lain untuk dibawa bersama. Kami bertolak pukul 8 pagi dan bersarapan di kawasan Binjai sahaja. Di kedai makan itulah kami buat keputusan untuk ke Jeram Tanduk. Dulu sampai di pekan Ayer Putih sahaja. Tapi tidak kesampaian memandangkan jalan tidak bertar. Hari ni nekad akan redah juga walaupun off road sepanjang 10 km.

Jalan off road

Daripada Binjai ke Ayer Putih tidak jauh pun. Lebih kurang 25 km sahaja. Hendak masuk ke jeram tula yang leceh kerana jalan berbatu sahaja. Takpe. Kami tetap redah walaupun terhengguk-hengguk dengan keadaan jalan. Kadar kelajuan hanyalah 15km/jam. Go Citra go!

Kami berhenti di kilometer 3 apabila mula ragu-ragu dengan jalan semakin tidak rata. Risau dengan batu yang tinggi di tengah jalan, kami membenarkan dua buah kereta untuk jalan dahulu. Kereta 4x4 pasti lepas. Kereta Kancil dengan tanpa redah terus meluncur laju. Alahai... Bukan tinggi pun batu tu. Bukan apa, pernah mengalami peristiwa kereta terpaksa diangkat 4 lelaki sado akibat batu terlekat di tengah kereta. Hehe..

Sepanjang jalan tidak bertembung dengan kenderaan daripada arah bertentangan. Kali ni terlihat motosikal berhenti di tengah jalan seolah menunggu sesuatu. Kereta kami perlahan je. Bila perhatikan lelaki bermotor tu barulah kami perasaan. Ular senduk lebih kurang 3 kaki panjang sedang melintas. Lelaki tu diam dan tidak berganjak memberi laluan kepada ular tersebut. Tergamam kami. Sehinggakan shutter kamera pun lupa untuk tekan.
Laluan masuk penuh semak samun.

Sampai sudah kami di Jeram Tanduk. Di kawasan parking sudah tersedia dengan 2 buah kereta yang melalui kami sebentar tadi. Kami adalah pengunjung ke tiga. Risau juga. Sekejap sahaja perasaan tersebut. Apabila masuk ke dalam dan kami mendapati tempat ini sangat cantik! Hanya kami sahaja di jeram tersebut. Pengunjung kereta Kancil dan 4x4 berkemungkinan mandi di tingkat atas.
Kereta 4x4 sangat sesuai masuk ke tempat sebegini. 

Seronok sungguh. Seolah jeram ini milik kami sekeluarga sahaja. Pada awal masuk off road tadi, anak-anak gelabah juga. Siap bagitahu ada perasaan lain macam lagi. Bila dah terjun dalam air, semua dah lupa. Gembira bukan kepalang boleh bermain tanpa manusia lain berada di sekeliling.
 Jambatan menghubungkan ke jeram

 Membesar sihat semut di dalam hutan

Kami perlu mendaki untuk ke jeram 

Kami mandi, menikmati alam,berspa kaki dengan ikan kecil, menguji telefon bimbil dicelup di dalam air, makan bekal, bagi makan ikan dan mengambil gambar. Seronok kerana tiada gangguan. Kami tidak perlu berkongsi dengan sesiapa.

Kami sempat berpesan kepada anak-anak tidak membuang sampah merata-rata. Sayanglah dengan alam hutan yang masih terjaga. Namun, ada juga manusia yang tidak bertanggungjawab telah meninggalkan sampah dan tidak dibawa pulang. Bagi pendapat kami, pengunjung mungkin membungkus sampah. Tetapi dibiarkan di situ dan mengharapkan pekerja datang membersih. Mana ada penjaga wahai rakyat jelata. Pandai bawa ke jeram, pandai-pandailah bawa pulang semula. Sayang kerana sampah sudah bersepah...
Pengunjung mungkin sudah mengikat sampah di dalam plastik. Tetapi tidak dibawa turun. Kemungkinan haiwan hutan telah membuat sepah. Haiwan memang takde akal. Dah manusia...? 

Tersalah hiking sehingga ke aras yang tidak mampu lagi naik. Terpaksa turun semula. 

Satu lagi kami pesan kepada anak-anak, tolong jangan bermain di lopak air yang bertakung di batu. Lopak air tu tidak mengalir dan hanya bertakung sahaja. Kemungkinan menjadi tempat haiwan minum air atau membersih diri. Kami risau akan air kencing tikus yang boleh membawa maut. Minta simpang la...
Perlu berjaga-jaga dengan lopak air. 

Berbalik kepada keindahan jeram ini, memang tidak dinafikan. Tidak ramai pengunjung yang bertandang. Sehingga ke waktu petang, tidak sampai pun 10 buah kenderaan yang masuk mandi-manda di sini. Jika anda ingin merasa tenang dan jauh daripada kesibukan rutin seharian, datanglah ke Jeram Tanduk. Dekat sahaja dari Pekan Binjai. Lebih kurang 35 km sahaja. Jalan off road tu sekejap sahaja. Sempat anda menikmati suasana sepanjang memandu masuk ke kawasan jeram. Anda pasti tidak akan bosan!

Gambar-gambar yang sempat ditangkap apabila berada di sana. Gajet yang digunakan adalah Hp Sony Experia XZ dan Mirrorless Olympus Om-d e-M10 Mark II

  Mirrorless Olympus.



 Kelebihan menggunakan Hp Sony Experia XZ. Dapat dimasukkan ke dalam air.

Jelas kelihatan walaupun menggunakan Hp. 

Tokoh Guru Daerah Kemaman 2017



Baru-baru ini, semua guru daerah Kemaman dijemput menghadiri majlis sambutan di Sekolah Imtiaz terletak di Kijal, Terengganu. Untuk tahun ini, majlis ini disambut dengan meriah dengan kehadiran Dato' Sri Ahmad Shabery Chik, iaitu Menteri Pertanian Malaysia. Kami dihidangkan dengan lebih 30 gerai makanan dan semuanya adalah percuma.

Kami dihadiahi dengan sepasang kain bagi setiap guru daerah Kemaman. Berbezanya tahun ini, staf sekolah juga dijemput bersama dan hadiah juga dberi sama rata dengan guru.

Apa yang penting, kami turut terlibat menyediakan video Tokoh Guru Kemaman 2017. Tahniah diucapkan kepada Pn. Hajah Rabiah binti Samad. Beliau adalah mantan pegawa PPD sejak 5 tahun lepas. 

Kami sertakan video tokoh guru yang disunting dengan menggunakan software Sony Vegas 10.0. Terima kasih kepada semua pihak yang membantu menyiapkan video ini. 

Kami sentiasa terlibat dengan pembikinan video tokoh guru ini semenjak dari 2012 lagi. 


Buat apa susah iri hati. Bersyukurlah

Aku ada perasaan iri hati bila mana tengok orang di sekeliling. Kawan aku kaya. Mempunyai perniagaan sendiri. Banyak aset telah disimpan. Ada juga yang berumah besar dan berkereta mewah. Set persalinan yang mahal-mahal.
Tiba-tiba aku terfikir, adakah kaya yang diperoleh hanya dengan sekali petik? Jatuh bangun orang itu aku tidak tahu. Berapa kerugian yang dilalui. Berapa banyak masa bersama keluarga telah yang diabaikan demi mencari harta. Air mata yang mengalir di ceruk gelap tidak pernah aku intai.
Adakah orang yang berumah besar dalam keadaan bahagia? Jika hubungan kekeluargaan dingin, adakah rumah besar itu kekal luas pada pandangan kita? Tidak. Pasti akan terasa sempit. Sesak untuk bernafas dalam setiap saat. Rumah yang dihiasi lampu di seluruh sudut pun pasti akan berasa kelam dan suram...
Jika berkereta mewah, pasti bayaran bulanan juga besar. Pepatah orang tua-tua, sebesar mana periuk nasi, sebesar itu jugalah keraknya. Berkereta besar mungkin bersebab. Dah aku kenapa?
Mengapa dia boleh berpakaian sentiasa mahal? Itu adalah kepuasan individu. Aku bukan sebagaimana mereka. Mengapa perlu tiru orang lain? Aku ada gaya aku sendiri. Mahal tidak semestinya menunjukkan itu adalah personaliti aku.
Gambar yang upload di FB dan Ig semuanya sempurna. Masalah mereka adakah kita pernah ambil tahu? Adakah kita pernah berada di dalam kasut mereka? Mungkin juga mereka juga sedang iri hati dengan kehidupan orang lain.
Aku diberi kesihatan yang baik, cukup makan dan pakai. Anak-anak aku ceria. Rumah aku muat untuk kami empat beranak. Aku ada masa bersama keluarga. Untuk apa aku perlu iri hati? Apa yang penting adalah kebahagiaan. Jaga hubungan dengan suami, ibu, ayah, anak-anak, adik-beradik dan orang sekeliling. Perlu sentiasa berlapang dada.
Jangan sentiasa pandang ke atas. Sesekali lihatlah juga ke bawah. Yang masih menyewa rumah, hanya mempunyai motor, anak-anak sentiasa ulang-alik ke hospital, pakaian lusuh tidak pernah berganti. Allahu...
Alhamdulillah... Aku bersyukur ya Allah.... 

Jiran oh Jiran



Agak berkecil hati dengan kau jiran.
Masa mula-mula masuk rumah ni dahulu, aku pasang corong asap dapur. Mak kau merintih nak juga. Mengharap simpati dapat murah lagi daripada upah aku pasang. Patut siapkan rumah aku dulu, sibuk siapkan yang rumah kau pula. Muka corong tu betul-betul hadap ke rumah aku. Bila kau masak, masuk asap tu ke dalam rumah. Ok, takpe.
Kami pasangkan pengadang kekisi belakang rumah sebagai keselamatan. Eh, kau pasang juga ya jiran. Tapi kenapa besi kau melekat di kekisi aku? Ada kau tanya dulu tak jiran? Takpe, jiran begini perlu hidup melekat.
Aku yang duduk dulu siang malam bersama 4 beranak. Kau sesedap suruh anak-beranak berangkut mak bapak siapkan rumah kau. Kau sekeluarga sesedap rasa tidur di rumah orang tua sehinggalah rumah kau siap sepenuhnya. Hujung minggu patutnya tenang, diganggu dengan bunyi kelentong-kelentang. Malam-malam hari masih sibuk menebuk dinding. Takpe, kita berjiran.
Sedang elok kita bersembang depan tangga, konon nak bersapa jiran tetangga, tiba-tiba kau masuk rumah kuncikan pagar. Katanya taknak anak-anak bahaya main di luar. Kemudian dengan muka toyo kau masuk menyibukkan diri. Anak-anak kau dan aku dibiarkan berpisah antara pintu pagar. Takpe, aku paham kau sibuk.
Yang parking ikut suka hati depan rumah lagi kau tak pernah kisah. Rumah aku ada tiang api jiran. Nak keluar bukan main susah. Tambah lagi kau parking umpama kancilmu bersaiz innova. Takpe, tak kisahlah. Dalam hati Allah sahaja yang tau.
Kau pernah masuk ke hospital akibat denggi. Habis kawasan kejiranan ni kena sembur. Baliknya kau daripada hospital, kau pandang sinis kepada kami. Sambil tu sempat kau toleh ke pasu. Ya, aku tau rumah aku banyak pasu, masalahnya kawasan kita bersih daripada nyamuk aedes. Mana kau kutip kalau bukan rumah pertama kau... Selama ni kau tidur di rumah orang tua. Dah kena macam ni baru sibuk nak balik membersih kawasan sekeliling rumah.
Jiran kau yang sebenar adalah rumah mak ayah kau. Bukan di taman kita duduk sama-sama. Kau wujud jarang-jarang sekali. Tapi sekali wujud, amat menyakitkan hati. Walaupun kecil, tapi ada terdetik rasa terkilan. Bangun pagi tengok ada tape terikat. Kau tak tanya pun. Bukan susah kalau mulakan soalan, "Nak pasang jaring ni, boleh tak ikat tape kat sini?" Kan ada komunikasi di situ. Ada antaranya tape yang kau ikat tu terjelir ke arah rumah aku...
Kita hidup berjiran. Sedinding, setaman. Kenapa keputusanmu diambil sangat mudah ya wahai jiran. Banyak lagi, tapi kutahan sahaja jiran. Remeh bagi kamu, besar erti aku. Jika kau terasa hati, bagitahu sahaja. Tak menjadi kudis pun bagi aku. Malah, akan aku perbetulkan lagi. Ohoii, jiran... Bacalah. Aku tak mampu bagitahu depan-depan. 4 tahun aku pendam. Hari ni sangat terkilan..
Sabda Rasulullah s.a.w. “Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah ia menghormati tetangganya.” Dan di dalam riwayat lain disebutkan, “Hendaklah ia berbuat baik terhadap tetangganya.” (متفق علية )

D.I.Y MAP

Sangat suka dengan map. Beberapa kali juga semak harga. Memang mahal. Lebih-lebih lagi yang bersaiz besar. Kami ingat nak map untuk ditampal di dinding dan senang untuk rujuk. Tapi, bila tengok harga map membuatkan kami batalkan hasrat.

Kami ambil inisiatif dengan mencari sendiri map laminet yang dijual di Popular dengan harga RM60+. Tapi tak cantik bila tampal macam tu sahaja di dinding. Nampak terlalu ringkas dan tidak boleh ditebuk dengan pin. Pin tu bertujuan menunjukkan destinasi negara yang telah kami jejak dan pin itu juga akan menunjukkan ke negara mana yang akan kami pergi selepas ini. Bucketlist la kononnya. 

Jadi, kami nak gunakan bahan yang murah sahaja. Kebetulan beli tv baru bersaiz 43 inci. Ngam-ngam dengan saiz map kami. Kami akan sediakan proses penyediaan agar semua orang boleh memiliki map mewah di dinding. Hihi

1. Sediakan alatan dan bahan sebagaimana gambar di atas.

2. Potong ikut saiz map. Ni kami buat 2 lapis. Salotap agar melekat kuat dua keping kotak ni.

3. Wallah! Kemas dan kukuh map ni berdiri.

4. Ketebalan berganda-ganda apabila dua keping kotak disatukan Di setiap bucu ditampal dengan double site tape.

5. Tampal macam tu je di dinding mengikut ketinggian yang diingini. Siap!