Impian anak tercapai

Pernah dipost dalam blog.

Macam tak percaya. Mula-mula, saje je belek blog. Tengok balik tajuk lama-lama. Rasa berminat, klik dan baca balik. Sekali, terkeluar yang ni. Macam satu kebetulan. Atau doa yang telah dimakbulkan Allah? 

Di tahun 2017 ini, kami bercadang untuk ke China pada bulan Disember. Setelah 3 tahun berlalu, barulah hasrat anak akan tertunai. Itupun kami dah lupa yang dia pernah menyatakan hasrat ke China sebelum ini. Alhamdulillah. Masin mulut kau nak.

Segala persiapan telah diadakan. Hanya perlu pergi sahaja. Semoga Allah memberi kami kesihatan yang baik, dipermudahkan perjalanan dan segala urusan. 

Itinerary telah pun siap. Tiket kereta api pergi balik dari Beijing ke Hohhot (Inner Mongolia) dah pun dibeli. Hotel hanya ditempah tanpa membuat apa-apa bayaran. Pakaian dah pun dibeli baru. Kalau tak cukup akibat suhu, terpaksalah beli lagi di sana. Siap beli backpack baru lagi buat anak-anak. Mereka dipertanggungjawabkan untuk membawa sendiri beg pakaian masing-masing untuk tahun ini. Dan, mereka sanggup. Malah, mereka juga sangat gembira diberikan kepercayaan untuk menggalas barangan sendiri. Kata mereka, "Kami nampak macam backapcker,"

Untuk makluman, perbelanjaan kami ke China lebih tinggi berbanding dengan Jepun. Ini kerana, setelah dibuat penyelidikan, tempat yang kami akan kunjungi sangat jauh antara satu tempat ke satu tempat. Kami terpaksa mengeluarkan belanja yang lebih untuk kos pengangkutan. 

Kami akan terbang ke China tidak lama lagi. Kami amat berharap agar perjalanan kami yang telah dirancang akan berjalan dengan lancar. 9 hari berada di negara orang. Semoga kami pulang membawa segudang ilmu pengetahuan. Amin.

Permohonan Visa Ke China

Permohonan visa kami ke China telah pun berjaya! Wow, tahniah buat kami sekeluarga! Maka, akan terbanglah kami ke sana pada cuti sekolah bulan Disember nanti. Persoalannya, apa itu visa?

Kebiasaan kita tahu, kita memerlukan passport untuk ke luar negara. Passport merupakan pengenalan diri dari sesebuah negara. Tak ubah seperti kad pengenalan. Kulit buku passport bagi negara Malaysia adalah bewarna merah. Selain merah, ada juga kulit buku bewarna biru, hijau dan hitam. Warna tidak memberi apa-apa maksud istimewa. Setiap negara mempunyai pilihan sendiri untuk memilih.  Tanpa passport, kita tidak dibenarkan memasuki mana-mana negara. Pergi buat passport dulu baru boleh jalan-jalan!

Apa pula visa? Visa pula adalah kebenaran untuk memasuki negara tersebut. Bukan semua negara memerlukan visa. Contoh negara yang memerlukan visa iaitu China, India, Amerika, Rusia, Australia dan lain-lain. Harga visa tidak sama bagi setiap negara. Tempoh untuk menetap pun berbeza-beza. Jadi, sebelum ke sesebuah negara, kita perlu selidik dahulu sama ada visa diperlukan atau tidak. Jangan risau, Malaysia antara 10 negara mempunyai kuasa passport terhebat. Maksud hebat ialah banya negara yang tidak memerlukan visa. Antara negara bebas visa adalah Jepun, Indonesia, Mongolia, Negara-negara Eropah dan banyak lagi!

Cukuplah penerangan tentang perbezaan visa dan passport. Sekarang baru nak masuk cerita berkaitan tajuk di atas. Kami tempah dengan ajen untuk permohonan visa ni. Terpaksa kerana ada masalah. Kami telah memohon cuti pada bulan Ogos hari itu untuk ke Kuala Lumpur membuat visa. Ini kerana di semenanjung hanya ada di Kuala Lumpur dan Penang sahaja ada tempat buat visa ni.  Bukan di kedutaan China ya. Pergi dialamat,

Level 5 & 6, Hampshire Plaza Office, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur. 

Harga visa bagi ke China boleh tahan harganya. Bayaran permohonan visa telah meningkat bermula Julai 2017. 

Single Entry : RM104.20
Double Entry : RM124.20
Multiple Entries (6 bulan) : RM154.20
Multiple Entries (12 bulan) : RM194.20

Harga visa bagi ke China (Julai 2017)

Cara membuat permohonan visa.

1. Isi borang secara online. Atau muat turun dahulu dan kemudian isi.
2. Buat temujanji (kalau tak buat pun takpe. Pergi dan ambil nombor giliran)
3. Bawa dokumen sokongan :
  • Borang online yang telah dimuat turun.
  • Tempahan bilik penginapan.
  • Buku passport.
  • Tiket penerbangan.
  • 2 keping gambar ukuran yang dikehendaki.
  • Sijil kelahiran (Bagi kanak-kanak)

Ukuran saiz standard. Berlatar belakang warna putih.

Ini gambar passport yang kami punya.

Boleh diisi secara bertaip atau bertulis tangan. Lagi hebat, tulislah dalam tulisan Cina. Kalau boleh...

Walaupun kami tahu prosedur di atas, tapi kami tak lakukan sendiri permohonan tersebut kerana bila dibuat kira-kira kami banyak rugi masa dan wang. Kami tinggal jauh di Kemaman. Tempat permohonan visa ini terletak di Kuala Lumpur. Bila kira kos minyak, tol, makan dan penginapan, agak mahal. Lagipun, visa dapat diluluskan selepas 4 hari waktu bekerja. Takkan la kami nak tinggal di KL selama tempoh visa disiapkan. Boleh botak kepala. 

Untuk berjimat, kami mengupah ejen berlesen. Bayaran yang dikenakan sangat berpatutan. Harga upah sekepala adalah RM150. Kami empat sekeluarga bermakna RM600. Bagi kami, itu dah okey. Walaupun rugi kerana tidak mempunyai pengalaman memohon sendiri, tapi tak apalah. Duit tol minyak semua tu boleh digunakan di China nanti. Boleh shoping kan, kan, kan? 

Claim Insurans Flight


Naik flight nanti, jangan lupa untuk membeli insurans. Kenapa? Untuk melindungi sepanjang perjalanan. Pengalaman telah mengajar untuk mengatakan YA untuk membeli. Wajib.
Al-kisahnya, beg tarik mengalami kerosakan untuk sesi ketiga penerbangan ke SKM baru-baru ini. Beg hanya pecah di bahagian hadapan. Tak besar dan tak adalah sehingga tahap terburai isi dalam beg. Tapi, takkan lah kita nak hadap beg pecah akibat perbuatan orang lain kan. Jadi, dengan harga insurans AirAsia serendah RM23 pergi dan balik, maka, tuntutan boleh dibuat serta-merta. Hanya perlu buat laporan di bahagian bagasi di KLIA. Kemudian, kita perlu mengambil gambar dan memuat naik gambar kerosakan berkenaan sebagai bukti. Isikan sedikit maklumat dan hantar. Dalam tempoh 7-14 hari, jawapan akan diterima melalui e-mail.
Akhirnya, beg tarik kami telah diganti dengan wang ringgit. Banyak juga. Harga beg sebenar murah je. Jadi, jangan kemut nak mengeluarkan duit membeli insurans. Bukan sekadar melindungi beg, malah kita akan mendapat banyak keuntungan jika ada masalah lain seperti kelewatan waktu bertolak dan sebagainya. Tak rugi. Biarpun hanya 45 minit perjalanan, sila beli! Bina perjalanan dengan bijak.
Selamat bercuti ðŸ›©️
E-mail yang diterima daripada pihak insurans AirAsia.

Kesan kerosakan sebagaimana anak panah. Tak jelas kerana warna beg terlalu gelap. Sebenarnya retakannya besar juga. 

Cetak makluman insurans yang telah dibeli dan disimpan. Ini memudahkan kita membuat tuntutan terus secara online.