Baby colic atau sawan tangis?


Sama je maksud tu. Apakah simptonnya? Mudah je. Bayi yang baru lahir menangis sehinggakan berjam-jam dalam sehari atau purata tiga hari. Sebelum ni kami langsung tak tahu. Kami dengan berlagaknya berasakan jaga bayi ni mudah. Umur bayi 0-3 bulan kerjanya tidur memanjang. Itu yang kami pelik bila mana orang cakap bayi mereka asyik menangis. Anak-anak kami 2 orang sebelum takde nak nangis sampai tahap tantrum. Nangis ek, ek jela. Tu pun sebab lapar susu, nak suruh tukar pampers, nak diangkat, nak tidur. Mudah la bagi kami.

Padahal sedang didukung ni. Patut sedap la kan bila dipeluk. Nangis jugak.

Tapi, sawan tangis ni bukan macam tu. Luar biasa pengalamannya. Sangat tensennnn!!!!! Bayi ketiga kami suka menangis. Apa yang dia nak pun kami tak dapat nak teka. Semua dah check. Asyik nak melekap je. Beza betul dengan abang dan kakaknya. Yang ni meraung sampai biru muka. Tangan menggigil, air mata keluar tak henti-henti. Bayangkan suaranya yang nyaring dan tajam menusuk ke telinga berlarutan sejam lebih. Berdengung jugak telinga. Suara bayi ni lain macam tau bila kita dengar.

Sebelum, semasa dan selepas mandi tak berhenti menangis. Patutnya, bila kena air ni bayi suka kan. Tapi Niqrisa ni tak.

 Semua ni kami rasai dalam tempoh berpantang. Kata orang, lepas habis tempoh 40 hari baik la bayi tu. Eh, tak! Tertanya-tanya juga kenapa menangis tak berhenti. Panik bila melihat sampai saat nafas ditahan sehingga muka kebiruan. Takut la ada sakit tapi tak pandai bagitahu. Cek dengan doktor, takde pun. Katanya normal. Tak normal bagi kami apabila terpaksa hadap macam ni. Jumpa dengan ustaz. Merapu weh… Dah macam penunggang agama pula. Air zafran yang dibawa dari Turki dan  telah dibacakan ayat 30 juzuk. Berbotol diberi kepada bayi. Kami cuba persoalkan. Diceliknya mata ustaz tu kepada kami. Macam tahu kami tidak setuju akan perbuatannya. Aduh… Dah macam air gula klinik kesihatan kami tengok. Manis dan likat. Sebotol disuruh bayi kami habiskan. Bayi sebelum ni sampai tersedak-sedak. Sempat juga aku tengok maknya pegang 3 botol. Gila. Gila-gila pun, melayang RM50. Haha… 1st and last. Kami nekad, hadap jela raungan bayi kami ni sehingga berhenti sendiri.

Pelbagai usaha dilakukan, tak menjadi. Penat mendengar orang cakap macam tu, macam ni, tak juga berhenti.

Eh, betul. Masuk je umur 2 bulan 3 minggu, bayi kami berhenti menangis yang berpanjangan. Dah boleh merenung, senyum dan banyak lagi respon lain. Sekarang dah boleh bertenang melihat keadaan sekeliling. Berakhir sudah stress kami menghadapi suara bayi yang nyaring dalam tempoh yang agak lama. Colic ni akan berakhir juga. Sebab menangis ni takde effect apa pun. Bayi bukan dalam keadaan sakit atau cedera. Dia hanya suka menangis. Kita jela perlu hadap bunyi bingit dan nyaring yang boleh menyebabkan tertekan.

Ni waktu usia 2 bulan lebih ketika melalui perjalanan jauh. Dah takde nak meraung sangat. Cebik comel je.

 Bahaya tau stress ni. Kalau ibu dalam pantang ni boleh bawa ke meroyan. Bapa yang tidak boleh sabar akan mengoyangkan bayi berulang kali supaya senyap. Semua akibat tu akan mencederakan bayi. Naunzubillah… Oleh itu, kerjasama antara pasangan sangat penting. Alhamdulillah… Kami dapat bersabar dan saling memahami.

 Apa-apa pun, our baby dah back to normal. Nak bawak jalan-jalan mudah. Nak uruskan dia pun senang. Kami sekarang fokus untuk membesarkannya sebaik mungkin. Jadi, buat ibu bapa semua yang mempunyai masalah seperti kami, satu je boleh cakap, sabar. Sawan tangis berhenti dengan sendirinya. Tak perlu rawatan. Tempoh berhenti macam-macam. Apa yang kami tahu, sehingga berusia 6 bulan. Mungkin tempoh itu merupakan tempoh tu untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Kalau pandai muhasabah diri la. Kalau tak, boleh jadi bala dalam hubungan. Tolong saling memahami!

Nangis nak susu je sekarang! Rumah dah tak bising macam sebelum ni. Selalu buat muka comel. 3 bulan 1 minggu.

No comments:

Post a Comment