Berkongsi maklumat itu lebih baik

Aku suka post sesuatu perkara di media sosial. Fb, IG, WhatsApp, youtube atau blog. Twitter, Telegram dan Wechat takde...

Kebanyakan yang dikongsi berkisar mengenai diri sendiri. Ada hal keluarga, berniaga atau pengalaman yang terjadi pada aku. Tak kisahlah sama ada cerita suka atau duka, gambar atau bertaip, ada je. Niatnya satu, untuk berkongsi.
Kita ni kalau nak cari maklumat mesti akan google. Sebab itu aku wujudkan blog. Aku harap penulisan aku di sana akan membantu orang lain. Jika kita nak tahu resepi, terlalu banyak segala jenis resepi mudah yang lalu di wall. Betul-betul memudahkan aku. Hasil daripada seseorang yang tak lokek berkongsi ilmu. Nak lebih jelas akan sesuatu prosedur, aku taip je di youtube. Lagi senang dengan melihat satu persatu di video. Audio, video, tersangat la jelas.
Jadi, berkongsi di mana-mana media sosial ini banyak faedahnya jika niat kita untuk membantu orang lain. Bukan hanya nak like semata-mata. Nak glemer? Jauh sekali.
Pernah tak dengar suara macam ni. 'Dah lama aku tak up status. Buatpe nak tunjuk kat orang. Share ni orang tak tahu malu je.' Ini pandangan dia. Jadi, tolong jangan mengecam orang yang nak berkongsi sesuatu. Apa lagi cakap di belakang.

Kau nak tahu maklumat pun taip di google, search dan klik je. Kalau takde orang berkongsi maklumat, mana kita dapat semua ni?

Berlapang dada membaca status seseorang. Hal orang bercerita tentang masalah, promote diri sendiri, post gambar bercuti, berniaga kain, kongsi tips, share status orang lain, atau apa sahaja. Itu hak mereka. Lagipun, ada kelebihan juga buat kita satu hari nanti.

Tengah-tengah serabut, ada orang share doa. Buntu tak tahu nak buat insurans, kawan ada promote. Risau berat badan tak turun-turun, terbaca status kawan berjaya slim.

Raikan setiap yang dikongsi. Mereka ini sedang membantu sesuatu yang bermanfaat. Ambil yang baik-baik sahaja. Mereka juga dapat pahala tanpa sengaja. Bukankah lebih harmoni? Kalau yang tak elok, tegur secara elok. Bukan di public atau membawang di belakangnya. Kan tak pasal dapat dosa.

Sebab orang kita ni tak boleh lari daripada mengata orang. Konon dia tak macam tu, sesedap mulut kata itu ini. Kesian mereka. Takut-takut nak up status.

Aku sentiasa berpesan kepada pelajar, ada perkara manfaat, sebaiknya kongsilah. Tak kisah di medan sosial mana sekalipun. Kenapa sombong dengan ilmu? Sekali orang manfaatkan apa yang dikongsi, sampai bila-bila pahala kau akan mengalir.

'Cikgu, kita dah google la apa yang cikgu suruh. Yang ada cuma maklumat daripada Indonesia dan omputeh jela. Susah la nak buat report'

See? Ayuh rakyat Malaysia, ringan-ringankan lah jari untuk berkongsi. Memberi itu lebih baik dari menerima. Takmau jugak? Duk diam-diam tau.

**Gambar hiasan ini semasa ke Tokyo Disember 2017. Signboard di belakang merupakan info menunjukkan di mana gambar ini diambil Secara tak langsung, orang akan tahu di mana kami berada. Banyak cara nak sampaikan ilmu.

Tulen dari hati - Nhazla Fikri.

No comments:

Post a Comment