Preview Amkov Camera - Cadangan untuk kamera pertama kanak-kanak

  
Memang dah lama berniat nak beri kamera kepada anak-anak. Banyak yang mereka akan dapat dengan mempunyai kamera di usia muda. Antaranya, mereka akan lebih fokus, menajamkan pemikiran, elakkan daripada membuang masa, jauhi permainan di gajet dan yang paling penting, menangkap gambar dapat menjadi sebahagian hobi mereka.

Cakap banyak tak guna. Teruskan kepada preview kamera brand Amkov ni. Waktu nak beli, ada 2 sahaja pilihan. Antara Amkov dan VTech. Kedua-duanya pilihan paling tinggi di kalangan ibu bapa. Yang membezakan adalah harga. Amkov jauh lebih murah. Jadi, bye-bye la VTech.

Rupa bentuk Amkov ni sangat menarik. Dengan pemegang yang sangat mesra kanak-kanak. Maklum la, tangan mereka tak mampu nak pegang dengan kuat lagi. Rekaan seperti menggenggam kedua belah tangan menjadikan pegangan makin kukuh.

Tengok saiz di tangan budak umur 8 tahun. Ok kan. Ngam-ngam je.

Butang tekan sangat besar dan icon yang jelas sangat mudah difahami oleh kanak-kanak. Tak sempat nak bagi taklimat cara penggunaan, terus pandai. Well done Naura. Dia pulak yang ajar kami... Oh, satu lagi. Ada bunyi semasa menekan mana-mana butang. Lebih kurang macam bunyi main game.

Skrin monitor bersaiz 2x2 inci sahaja. Namun, jelas memaparkan gambar sesudah ditangkap. Kualiti gambar tidaklah sehebat kamera DSLR. Jika kamera ini bertujuan langkah pertama pembelajaran bagi anak-anak, sangat disyorkan. Tak perlu la terlalu serius dengan kanak-kanak... Pandai tekan butang dan keluar imej pun dah kira cukup bagus.

Bukan setakat mengambil gambar, kamera ini juga boleh merakan video. Kualiti video lebih kurang pakai Sjcam 4000. Ok la kan.

Takde memory card, takyah berangan nak guna kamera. Memory card beli berasingan. Aksesori yang diberi hanyalah kabel charger (tanpa kepala) dan tali sangkut kamera sahaja (yang ni cun)
Boleh disimpulkan, kamera ni sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana mudah digunakan. Gambar yang diambil mempunyai pilihan efek. Susah nak jatuh sebab rekaannya mempunyai genggaman utuh.

Saiz video : 1080FHD
Resolusi imej : 5 Mega Pixels
Wifi : Ada

Jadi, ni antara contoh gambar yang diambil oleh Naura. Boleh tahan bagi kami. Biarkan dia terbiasa dengan gajet dahulu. Tangkap la dengan sesuka hati wahai Naura. Sampai masa, akan diajar dengan teknik yang betul. Kami pun bukan pandai sangat. Tapi, boleh la nak ajar sekadar keseimbangan dan sudut. Takde la sampai selfie je memanjang 50 keping.

 Macam ada efek cahaya keimanan pulak kat sebelah pipi kiri.

Tak fokus. Gelap. Kena ajar main editing pulak.

No comments:

Post a Comment