Cara mudah membina itinerari

Ramai yang berkeinginan ke luar negara tetapi tersangkut dek tak tahu nak buat itinerari sendiri. Kalau ikut agensi pelancongan tu belakang kira ok. Senang je. Bayar dan ikut jela bendera tour guide duk kibar-kibar tu. Hihi. Tapi, itu bukan cara kami. Kami memilih untuk susah. Susah akan bertukar manis di akhir perjalanan. Tips ini sesuai untuk golongan yang inginkan cabaran. Tidak kisah untuk meluangkan masa dan tenaga menyelidik setiap perkara. Malah, makin banyak menggali pengetahuan, makin teruja. Coretan ini berdasarkan pengalaman kami sendiri. Lain orang, lain caranya. Dan ini adalah cara kami. Baca seterusnya. 

1. Book tiket
Beli dahulu tambang murah ke mana-mana. Kebiasaannya kami menempah berbulan awalnya bagi membolehkan persiapan dibuat dengan cermat dan teliti. Orang bekerja ni bukan boleh hadap setiap hari. Kadang-kadang seminggu sekali pun susah. Tu yang beli awal. Kalau sekadar pergi tak lama, dalam 4, 5 hari, kami just gamble jela.

Image result for book ticket flight
2. Baca tempat menarik daripada pelbagai sumber
Ini ramai yang malas nak buat. Sebab kena banyak buat pembacaan. Pembacaan ni merangkumi semua perkara seperti transportation, makanan, senarai tempat menarik dan pelbagai lagi. Kalau berjalan dengan keluarga lagilah banyak keutamaan perlu diketahui untuk menjaga keselamatan anak-anak.

Image result for read from media
3. Tonton channel di youtube
Ramai betul youtuber yang baik hati memberi info melalui video dengan membuka channel di youtube. Ini memberi gambaran sebenar keadaan di sana. Video lebih jelas berbanding gambar. Jangan lupa untuk baca sekali komen-komen di video berkenaan. Mungkin ada info yang berguna.
Image result for youtube travel channel
4. Berbincang dengan orang yang telah menjejakkan kaki di sana
Kalau anda berada di group travel, apa salahnya bertanya. Bukan tanya soalan yang terlalu umum. Soalan haruslah diperhalusi supaya orang yang ditanya tak menjawab panjang. Kalau sekadar soalan, sana apa best? Mana saya nak pergi? Sila buat research dulu ok. Dan lagi satu, jangan lupa untuk ucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi meluangkan masa menjawab soalan anda.

5. Cuba berinteraksi dengan orang tempatan
Yang ni mungkin ramai tak tahu dan jarang mencuba. Kalau kami, kami lebih suka menggunakan couchsurfing. Orang tempatan akan cuba menghubungi. Bukan kami. Hebat kan.

Image result for couchsurfing
6. Senaraikan tempat yang ingin tuju
Bila dah tahu tempat yang menarik, perkecilkan matlamat mengikut kesukaan sendiri. Bukan tengok orang lain pergi, anda pun wajib pergi. Fikir apa minat anda. Jika suka shopping, masukkan tempat membeli-belah banyak-banyak. Kalau nakkan aktiviti outdoor, carilah tempat berbukit atau pantai. Terpulang.

7. Book hotel
Hotel perlu berdekatan dengan senarai tempat yang bakal dikunjungi. Sebaiknya di tengah-tengah bandar bagi memudahkan kita mendapatkan makanan dan transport. Percayalah, anda akan jimat dengan banyak.

8. Fikirkan akan pengangkutan di sana
Bila hotel dah book, senanglah nak fikir kaedah pengangkutan yang diperlukan. Contohnya dari hotel nak ke muzium. Mungkin boleh naik teksi atau tren. Lihat cadangan pengangkutan di laman web Rome2rio. Di google map pun boleh. 
Image result for rome2rio logo
9. Cetak itinerari
Dah selesai buat jadual mengikut hari dan tarikh, apa lagi, cetak la. Jangan lupa simpan sekali di google drive. Hilang pun tak kisah sebab dah ada back up. Jangan internet pulak yang takde. Walaupun dah dicetak, sila hafal beberapa nama tempat agar anda tidak tidak dihantar balik ke Malaysia selepas di soal siasat di imigresen 😛
Sebenarnya, sama je anda membuat kertas kerja lawatan sambil belajar sewaktu di sekolah dulu. Kalau anda seorang guru lagilah kan. Pejam mata je buat. Risau tak jadi? Belum cuba belum tahu. Kot boleh cari makan pulak dengan merangka itinerari dan dijual kepada orang lain. Hihi. Selain itu, ini akan membuatkan anda lebih bersedia. Beza la ikut orang dan buat perjalanan sendiri. Kepuasan tu dirasakan umpph yang lain macam. Yakin akan diri dan cuba sedaya upaya mengikut plan yang telah dirangka. Selamat mencuba! Semoga perjalanan anda diberkati.

Never Stop Travel

Comments

Popular posts from this blog

Loteng Anak-anak

Road Trip Malaysia ke Koh Samui - Siri I

Pengalaman ke Beijing Disember 2017