Kembara ke Filipina

Filipina bukan pilihan destinasi ramai orang Malaysia. Bahkan, kebanyakannya tiada langsung dalam bucket list travel. Termasuklah kami juga. Tak pernah terfikir pun nak menjejakkan kaki ke sana. Tapi, tak ada salah pun terbang ke Filipina. Nak kenal tempat orang ni, tak kisah negara mana-mana pun. Nawaitu seorang pengembara ni satu je. Nak merasai pengalaman berada di tempat orang. 9 hari berada di Filipina, tidak mengecewakan. Ada perkara yang boleh dikongsi. Menarik atau tidak, sila ikuti pembacaan seterusnya.

Semasa berada di sana, kami tak tahu nak catat apa. Lebih kurang macam Malaysia. Cuaca, kotaraya, pasaraya, bangunan, suhu dan raut wajah macam kita-kita je. Ada cerita bab muka ni. Diorang mati-mati ingat kami ni Philipphino. Haha. Sebab tu la dibantainya sembang dalam bahasa Tagalog. Yang tak tahan, boleh orang sana bagitau yang muka Malaysia sepatutnya muka macam Pak Arab. Pak Arab kau. Marah mak nenek kami kalau tahu. Hihi

Pernah tengok tak videoklip oleh Drew Brinsky mengenai Manila? Bukan nak kata 100% betul. Tetapi pointnya lebih kurang sama dengan apa yang kami lihat di sana. Itu di Manila. Kalau di Cebu tak ada beza sangat bagi kami disebabkan hanya sempat dirasai beberapa hari. Dan ini yang dilihat daripada sudut mata kami sendiri.

1. Bandar kotor, tapi rakyatnya berhati bersih.
Deretan bangunan kedai yang kusam. 

Walaupun begitu keadaan bandarnya, hati rakyatnya tidak kotor. Setakat berada di sana, kami tidak berasa asing pun. Terasa seperti berada di Malaysia. Langsung tak takut. Selamat untuk berjalan ke mana-mana pun. Nampak bertatu, tapi jiwanya selembut tisu. Rakyatnya ramah dan baik hati. Usah segan untuk bertanya. Mereka sedia membantu.

Tempat menakutkan tetapi tidak seperti digambarkan. Scary? Ya. Pada mulanya kami ada juga berasa takut nak lalu di lorong-lorong atau di kaki lima di sana. Bawa anak-anak kecil kot. Kalau dilihat memang ramai gelandangan, rakyat yang macam tidak terurus kehidupannya serta peminta sedekah. Tapi, tak ada apa pun... Bukan atas nasib baik, bukan nak berlagak. Cuma mereka memang tak akan mengapa-apakan kita.

Nak dijadikan cerita, kami naik grab nak ke Masjed Sitti Mariam. Diver ni bawak sebagaimana dalam map dan tiba di hadapan kedai jual air tapis.

"Is this the correct place, sir?"
"We've never been here before...."

Tau driver ni buat apa? Tolong kami sehingga jumpa masjid tu. Ditanya olehnya penduduk kawasan di mana masjid. Sempat bantu kami sepatutnya dia tak boleh membuang masa. Kalau ikutkan, takut jugak tengok pada tatu di lengan, leher berantai perak. Don't judge book by cover. Bukan sekali kami dibantu oleh rakyat di sana. Berkali-kali.
Satu-satunya masjid yang sempat kami ziarah. Di situ ada masjid, di situ juga ada makanan halal.

Sekali lagi ditegaskan, bukan disebabkan kami pelancong luar. Mereka langsung tak tahu. Muka kami kan sama seperti rakyat Filipina. Jadi, mereka bukan tahu pun kami di Malaysia. Satu lagi, tak ada langsung diskriminasi agama.

Pernah bertanyakan petugas airport bilik menyusu. Kami tak dibenarkan masuk disebabkan belum lagi boarding time. Kami diberi bilik pekerja untuk keselesaan kami. Daripada dalam boleh dengar petugas tu membebel kepada rakannya akan ketidak pekaan pengurusan airport akan pengunjung perempuan beragama Islam yang ingin menjaga aurat. Terharu sekejap. Hihi.

2. Rakyat nampak miskin sebenarnya bahagia.

Tahukah anda, Filipina merupakan negara ketiga bahagia di dunia berdasarkan kajian US-Gallup International. Haah. Muka tak ketat. Senyum sokmo. Namun, di satu sudut hati, kami ada berasa sedih.

Gelandangan yang tidur di taman, 5 keluarga membina kehidupan di tengah pembahagi jalan raya, sampah sarap di merata yang boleh mengundang penyakit dan rakyat yang miskin ramai meminta wang tak kira di mana untuk menyara hidup. Waktu hujan pula dibukakan payung untuk melindungi anak-anak kecil daripada basah. Seorang bapa makan berhidang bersama keluarga beralaskan kotak di kaki lima. Di waktu siang kelihatan ramai rakyat yang tiada rumah berada di celah-celah pokok untuk berlindung. Kami tak sampai hati nak tangkap gambar. Kami tak pasti kajian bagaimana yang dilakukan sehinggakan Filipina merupakan negara ketiga paling bahagia di dunia.
Gambar tidak fokus kepada keluarga yang daif. Mereka berumah di sini. Bra spender tu biasa je dilihat tergantung di pokok bunga. 

Bagi kajian sektor pekerjaan di Asia Tenggara pula, 73% rakyatnya gembira dengan pekerjaan yang dilakukan. Sebab tula perkhidmatan yang diterima terbaik. Jadi bell boy pun happy je. Jaga kaunter, senyum. Lipat baju, mengangguk bahagia. Sekali lagi ditegaskan, bukan sebab kami ni tourist ok. Kami perhatikan pekerja-pekerja di sana melayan semua orang sama je. Senyum tu, alahai... Maneh! Ayat yang suka sangat dengar, "Yes, ma'am. Hello sir." Suka mengucap selamat kepada sesiapa yang dijumpai. Setiap pekerjaan dilakukan sehabis baik. Di hotel, di airport, di pasaraya, di jalanan, mana-mana la. Yang ni, thumbs up!

3. Nampak kekampungan di media massa, hakikatnya bandar sibuk.

Kalau diberi peluang untuk memandu di sana, tobat kami taknak. Sangat mengerikan. Jemm mereka ni kami surrender...  Seolah-olah peraturan dicipta untuk dilanggar. Walau begitu keadaan jem, tak pernah sekali pun kami lihat pelanggaran. Kira cekap jugak la kan. Hon tu saling bersahutan di atas jalan raya. Motosikal tak banyak kelihatan. Yang nampak kereta, jeepney, teksi dan tycicle. Orang pun sibuk atas jalan tau. Nak lintas la, jual air mineral dan kacang, basuh tingkap kereta, busking pun hadoo. Naik dan lompat tukar jeepney tu biasa. Gerun kalau dilihat.
Pemandangan dari dalam grab. Ngeri walaupun hanya penumpang. Cari jugak gambar yang jalannya sedang sibuk. Tak jumpa la.

Nak jimat, naik jeepney. 10 peso sekali naik. Satu jalan je. Nak ke tempat lain, turun dan naik ke jeepney lain pulak. Bayar sekali lagi sebanyak 10 peso. Kalau jauh, banyak la kena lompat. Nak lagi murah? Tricyle la jawabnya. Kenderaan motosikal beroda tiga. Untuk keselesaan, sila dapatkan grab atau teksi.
 Jeepney ni kalau malam lagi cantik. Dah macam disko.

Ni antara tricycle yang ok la. Ada yang tinggal rangka pun boleh lagi bawak penumpang.

4. Nampak tak ada apa-apa, sebenarnya sesuai dijadikan destinasi.
Filipina ni ada beribu pulau. Banyak tarikan sebenarnya. Pilih je nak ke mana. Yang penting, sila sedia tambang sebab semuanya jauh-jauh. 

Banyak tempat sebenarnya nak tuju. Tapi banyak betul kekangan. Panjang berjela list kami ni. Nak ke Catmen, Cebu untuk mandi air panas pun ada. Konon nak menuju le Manila Bay tengok sunset, dua kali pergi, dua kali jugak matahari terbenam sebelum kami sampai. Haha. Target nak ke Island Hopping la, Galeri Gitar Robinson la, yada, yada... Haduh, masa sungguh mencemburui kami.

Nak diingatkan. Tempat nak ke sesebuah tempat paling dekat 2 jam dalam google map. Tak tepat pun. Kena bajet sejam lewat daripada cadangan. Sebab jem tu la. Lagi satu, memang tempatnya jauh-jauh. Target satu dua tempat dah la dalam satu hari. Nak berenang dengan ikan paus di Oslob? Jauhnya 3 jam di selatan. Nak ke Kawasan Fills? Perlu hiking sejam dahulu. Pendek kata, perlu pandai manage masa. Kami pun terlepas satu tempat iaitu Safari Park di Carmen.

Nak mandi laut? Banyak betul laut sini. Satu negara Filipina ni di kelilingi pantai. Dah pulau kan. Pilih je. Kami ke Pulau Cebu. Menginap di Vista Mar, Lapu-lapu. Hotel yang agak tersembunyi dan mempunyai pantai private. Kebanyakan penginap adalah pengunjung luar negara. Nak naik bot ke pulau-pulau pun boleh ditempah dengan pihak hotel. Tapi kami tidak. Lebih berminat untuk menggembirakan hati anak-anak dengan bersantai sahaja di hotel. Makan, rehat, makan angin tepi pantai, terjun kolam, tidur. Duk ulang-ulang perkara sama tiga hari sampaikan malas sangat nak keluar ke Mactan City.
Pusat peranginan Vista Mar yang mengadap Pulau Olango.

5. Mall bukan sekadar mall
Center SM Asia Mall. Segalanya bagi rakyat Filipina. 

Kami banyak masuk mall. Sejuk dan banyak butik boleh masuk. Bukan shopping pun. Cuci mata. Lagipun, dalam mall la banyak jumpa makanan halal. Kat luar nak cari kedai ke kedai jenuh jugak. Mall bagi mereka ni adalah segala-galanya. Tak pernah tak ramai. Kami pun pelik, kenapa orang sentiasa ramai tak kira mall mana pun kami pergi.

Setiap kali masuk mall, setiap seorang akan diperiksa badan dan beg. Body scanner pun ada. Ini bagi mengelakkan orang membawa senjata berbahaya. Dalam mall seperti SM Asia mall ni ada keluar masuk dalam tu. Banyak wing. Masuk wing north, kena check. Keluar dan masuk semula wing south, check lagi. Bertabah la sesiapa yang bawak beg macam kami. Kena ada beg la sebab nak bawa pasport, barang baby dan gajet. Memang agak leceh. Tapi, untuk keselematan, reda jela.

Butik tersohor bagi kami seperti Columbus, Dorothy Perkins, Lacoste dan macam-macam lagi la ada di sana. Nak kata murah sangat tu tak la. Tapi, beza jugak harganya bila kami bandingkan. Jika sesiapa peminat barangan butik, datang la ke mall. Sedia duit jela. Kami ni tau sebab kami beli jugak 2 3 barang kat sana. Barangan yang biasa beli di Malaysia. Contohnya handbeg Kipling. Corak sama. Di Filipina 30% less. Malaysia 10% less. Terangkat jugak la kening ni tengok harga. Sama jugak beg Deuter. Ada beza. Banyak tulis bab ni, kang ramai tau kami shopping apa kat sana. Haha
Tak beli pun. Tengok je. Tapi harga berbeza. Meh datang bagi yang gila shopping.

Untuk dapatkan souvenir made Philippines, dicadangkan masuk Kultura dan Islands Souvenirs. Barangan nak bawak balik tu lebih bermutu dan berkualiti berbanding di gerai-gerai. Percayalah, memang tak akan cukup masa nak ronda dalam setiap mall. Besar sangat. Boleh sesat!
Hasil seni sangat baik berbanding kios yang ada. Sangat suggest ke sini untuk membawa ole-ole kepada yang diingati.

6. Suka berhibur. Berjoget dan menyanyi tu pemandangan biasa. Tak kisah di mana pun. Kebanyakannya pelajar. Orang tua pun ada. Tapi lebih kepada penyanyi jalanan. Yang buat charity pun ada jugak.

7. Berbahasa tagalog tapi boleh sangat berbahasa Inggeris. Tak usah risau akan bercakap itik ayam. Guna sahaja easy English. InsyaAllah masing-masing akan sampai maksud. Permulaan percakapan mereka adalah Tagalog. Tapi bila kami jawab "pardon" atau "sorry, we don't understand." Automatik mereka akan tukar bahasa.

8. Cenderahati mahal la... Nak bawak balik keychain dan fridemagnet je pun. Haru dalam dompet. Cepat betul surut duit. Macam cekik pelancong pun ada. Mentang-mentang la ramai orang asing masuk Filipina sekarang. Lebih kurang RM10 sekeping tau. Maaf la kawan yang tak dapat ya. Kena catu. Huhu

9. Makanan halal banyak. Kena pandai cari. Dunia dah moden kan. Search je. Follow google map dan jangan membantah. Hehe.
Pergi masjid kan. Jumpa la kedai makanan halal. Siapa budak kiri tu?

10. Semua airport kami pergi berdekatan dengan bandar. Jika anda bekeluarga bersama anak kecil, anda akan dapat layanan khas sperti orang tua dan kurang upaya. Ada lorong khas. Kalau penumpang muda belia lagi bujang ni, maaf la. Terpaksa beratur panjang di lorong biasa.

11. Restoren makanan segera Jollibee terlalu banyak cawangan. Jauh lagi laris berbanding McDonald dan KFC. Boleh dikatakan setiap jalan mesti ada satu kedai Jollibee ni.
Ni bukan restoren. Cuma amik banting je tampal kat kedai runcit. Tula rupa Jollibee. Masuk la mana-mana lorong pun, percayalah, anda akan jumpa Jollibee ni.

12. Banyak tinggalan sejarah yang boleh dipelajari di sini. Filipina merupakan bekas jajahan tiga negara besar iaitu Sepanyol, Amerika Syarikat dan Jepun. Jadi, banyak tempat tinggalan sejarah yang boleh dilawati lagi dipelajari.
Fort St. Diego di Intramuros. Sehari tak cukup duk sini. 

Cukup 12 perkara kami ceritakan tentang Filipina. Lima senarai pertama sahaja kami perincikan. Lima lagi sampingan. Tak pecah tiga cerita lagi tu. Kami pergi Manila, Cebu City dan Pulau Mactan. Sembilan hari berada di sana macam tak puas. Nak pergi lagi, rasa sayang sebab ada beratus lagi negara kan. Kami cuma boleh galakkan orang kita pergi je untuk rasai seperti kami.

Jangan ditanya apa yang menarik di sana. Menarik bagi setiap orang tidak sama. Kami hanya ingin melihat realiti, bukan fantasi.

It's more fun in the Philippines

Banding harga sebelum nak park kereta ke KLIA


Kami ni dari negeri yang agak jauh nak ke airport KLIA/KLIA2. Nak pergi dengan bas memang tak mungkin la sebab kena berangkut ramai. Option sebelum ni dengan laluan udara dari KB-KL. Tapi, penat la sebab kena drive dulu Kemaman - KB. Kemudian naik flight KB ke KL pulakkan. Pastu berkejar nak naik flight ke tempat lain lagi. Rugi duit, masa dan tenaga. Tahun ni, kami terus drive ke KL dan park kereta ke sana.

Mesti yang baca ni sedang banding harga kan. Nak murah dan tak merumitkan. Di sini diberi beberapa pilihan siap dengan harga untuk bantu sesiapa yang dari jauh dan nak park kereta dengan selamat di sana.

1. KLIA

Minimum parking perlu 4 hari sebanyak RM144 dengan tambahan hari seterusnya RM15 sehari. Contoh park untuk 10 hari.

144 (4 hari) + 15 (6 hari) = RM234

2. KLIA2

Hari pertama, kedua dan ketiga RM46. Hari keempat dan seterusnya RM20 sahaja. Katakan park 10 hari.

46 (3 hari) + 20 (7 hari) = 138 + 140 = RM278

3. Park n Ride Putrajaya Sentral

Parking bertingkat. Kalau takde nasib, berpanas la tanpa bayaran. Kalau rezeki dapat berbumbung, kiraan bayaran ada di link ni //  Kalkulator kiraan parking. 

4. Park n Ride Salak Tinggi

Keadaan parking sama di atas. Lagi dekat dengan KLIA/KLIA2 berbanding Putrajaya. Kira bayaran di link ni. Tak sama dengan kalkulator di atas. // Kalkulator kiraan parking.

5. Gelanggang Hotel

Yang ni pakej sekali dengan penginapan. Jika niat nak bermalam, agak ok la kan. Hotel (RM209) + Parking (RM10 sehari)+ Transport pergi free (balik tak). Kalau 9 hari, RM359. Balik kena naik Grab la jawabnya...

6. Tumpang rumah member. 

Free je. Balik dari jalan-jalan, sila bagi cenderahati. Haha. Tapi, jangan lupa isikan minyak dan tol kawan tu tau. Kiraan tu sila masukkan dengan perbelanjaan sendiri. Bukan duit poket rumah kawan tu. Banyak cantik dah guna ruang rumah letak kereta. Minyak dan tol pun nak member bayarkan. Isk..Isk...

Ini pengalaman kami yang parking di Park n Ride Putrajaya Sentral. Kami menginap satu malam di Cyberjaya yang jarak 6 km. Bila ada anak kecil ni, kena santai je. Tak boleh rush atas jalan dan terus menapak nak naik flight. Penginapan sebuah studio berharga RM135. Siap dapur, katil untuk 5 orang dan wifi. Kolam renang pun ada. Cantik. Makan angin di Malaysia dulu sebelum keluar negara. Bawah tu ada kedai makan lagi.

Facilities ok bagi yang nak stay satu malam sebelum ke airport.

Dah bab penginapan. Esok pagi pukul 8 lebih, kami menuju ke Park n Ride tu. Susah cari parking. Sebab orang dah masuk kerja. Puas la tawaf dengan kereta dalam tu. Nak jugak yang berbumbung sebab nak tinggal lama. Lagipun rasa lebih selamat. Bukan kereta kami je, kereta lain pun jenuh duk pusing. Rezeki anak, jumpa jugak. Takde la sampai 30 minit mencari. Ok la kan.

Parking leklok, jangan sampai mengganggu laluan kereta lain. Ada ternampak beberapa kereta yang tayarnya dah kena clamp. Sebelum tinggalkan kereta, sila ambil gambar di tiang berdekatan. Di situ ada nombor parking yang akan memudahkan kita mencari apabila balik nanti. Boleh tahan nak cari kalau lupa tempat parking.

Tolong snap dulu gambar berdekatan tiang supaya anda tidak keruan mencari kereta balik nanti.

Cari lift dan sila ke tingkat 1. Terus melintas jalan ke stesen ERL untuk naik KLIA Transit. Sebelah je. Nak option lain, bas, teksi pun ada. Tapi, kami pilih KLIA Transit la. Ni jadual harga tiket tren ke sana.

Jadual harga tiket KLIA Transit

Beli tiket di kaunter dulu ya. 

Dua stesen je dah sampai KLIA. Tak duduk pun takpe. Haha. Balik daripada Filipina selama 9 hari, kami dikenakan bayaran sebanyak RM42. Boleh tahan murah. Bayar guna Touch n Go je. Tak perlu ke kaunter pun. Kami keluar pada pukul 4 petang. Lambat sebab cari kereta tak jumpa. Lupa yang kami pernah snap gambar dulu sebelum ni. Jangan jadi macam kami tau. Haha. Sekali lagi kami ke tempat penginapan di Cyberjaya. Kat situ ada dobi nak basuh baju seberat 14kg!

Selamat membuat pemilihan yang murah, tepat dan selamat. Happy hoilday!