Review penerbangan Philippine Airlines


Kebiasaan kita lihat ramai yang ke luar negara dengan terbang bersama Airasia. AirAsia ni memang cukup terkenal dengan tambang murah. Itu yang menjadi pilihan bagi setiap pengembara tidak kira dalam atau ke luar negara. Untuk pengetahuan, AirAsia merupakan syarikat tambang murah dunia buat kali kesepuluh berturut-turut dalam Anugerah Skytrax Penerbangan Dunia 2018. Tak hairan ramai yang menjadi AirAsia sebagai pilihan pertama. 


Tebus tiket di kaunter.

Untuk bulan Disember 2018 baru-baru ini, kami diberi peluang merasai penerbangan lain iaitu Philippine Airlines (PAL). Ada install aplikasi di handset. Tapi tak pernah terasa nak beli pun. Bulan Julai cuba tengok dan tak sangka dapat harga berbaloi. Terus book harga tiket pergi dan balik berjumlah RM2400 untuk lima orang. Dapat luggage 30 kg free dan meals untuk setiap penumpang.
Sungguh tak sangka. Rupa-rupanya PAL ni bukan calang-calang flight. Masa nak naik kapal tu la baru tahu yang kami sebenarnya sedang naik flight yang bertaraf empat bintang. Terpampang logo empat bintang tu di pintu masuk kapal terbang. Wah, wah! 
Yang beli business class berada di hadapan. Tak banyak kerusi pun. Kami yang ekonomi ni berada di ruang 2/3 badan kapal. Gap pun pakai kain je. Ruang yang kami duduk boleh tahan luasnya. Nak betulkan kaki pun tak ganggu orang sebelah. Kaki boleh silang tau. Tak perlu nak duduk menyempit. Bantal dan selimut disediakan. Disebabkan tak sejuk, tak perlu mintak selimut. Bantal pun tak sempat nak guna buat tidur sebab perjalanan udara dari Kuala Lumpur ke Manila mengambil masa 2 jam setengah sahaja.

Perjalanan waktu pergi. Yang check in online sempit sikit berbanding yang waktu balik ke Kuala Lumpur.

Di hari terbang ke Manila, kami telah rebut awal-awal kerusi sebaris untuk kami sekeluarga. So, takde masalah apa-apa. Kali kedua nak balik, kami terlupa nak check in online. Memang masalah betul waktu tu sebab risau kami sekeluarga duduk terpisah. Menyesal tak sudah. Cadang nak raih simpati dengan penumpang lain untuk tukar suka sama suka nanti. Tak pun nak minta tolong pramugari tolong berbincang. Tapi lain pulak jadinya. Belum sempat nak jalankan pelan, petugas kaunter dah tolong aturkan untuk kami. Kami ditempatkan di belakang ruang penumpang business class. Ruang antara kerusi lebih luas berbanding sebelum ni. Waktu check in online takde pulak nombor kerusi ni untuk dijadikan pilihan. Kami agak, kerusi ni reserve untuk kes macam kami. Tak pun, memang untuk disediakan kepada  family yang ada bayi.  Bila lihat sekeliling kami, ramai member sebaya bayi kami. Tak heran la... Rezeki Niqrisa dapat tempat luas macam ni.

Pandang member dia. Ruang lebih luas sewaktu pulang ke tanah air. Terima kasih petugas kaunter yang bantu kami aturkan di kerusi ni.

Lupa nak cakap. Waktu nak beratur dapatkan tiket print di kaunter, yang kurang upaya dan ada anak kecil dikehendaki beratur di lorong yang disediakan khas. Lebih cepat dan memudahkan. Bye-bye kepada penumpang yang masih lama beratur. Terima kasih sekali lagi kepada Niqrisa kerana telah mempercepatkan urusan kami. Memang satu kelebihan pulak bila ada bayi ni. Haha

Satu cerita lagi. Waktu kat kaunter boarding, petugas scan semua tiket kami. Cuma yang tersangkut hanyalah Niqrisa kerana tak wujud dalam sistem imigresen. Kesilapan berlaku sewaktu kami di imigresen Malaysia. Petugas meringankan tulang membantu kami pergi ke imigresen sendiri tanpa adanya kami dan semuanya selesai dalam masa yang singkat. Huh, kalau tak jenuh jugak buat kami yang ada bayi ni kena pergi balik ke sana. Jauh tu...

Lorong untuk yang ada anak kecil, orang tua dan kurang upaya. Barisan sangat pendek. Itu yang jadi laju. 

Meals ada dua pilihan dalam satu masa. Nasi atau spagetti. Jika penerbangan dari Kuala Lumpur - Manila dan Manila - Kuala Luumpur, makanan adalah berstatus halal. Jika dari Manila ke negara lain, kami tidak pasti. Mungkin perlu request dengan email.

 Nasi berlauk ikan. Sedap. Kena la dengan selera tekak Malaysia ni.

Budak-budak dengan senang hati memilih spagetti. 

Air tu minta la apa-apa pun takde masalah. Nak banyak kali pun boleh. Minum air banyak tak larat nak ulang alik ke tandas jela. Tandas not bad. Cuma takde pili air. Terpaksa guna tisu. Macam mana cara nak guna, pandai-pandai la. Yang penting, tandas yang disediakan mesra untuk bayi.

Takde monitor nak tengok cerita atau main game. Earphone takde pulak disediakan. Tak tau la kena minta baru dapat. Tapi nak cucuk kat mana? Tak jumpa pun tempat cucuk kat kerusi atau arm rest.

Layanan daripada staf PAL sangat memuaskan hati. Memang setaraf dengan empat bintang sebagaimana dinobatkan. Panggil je pramugari akan terus datang membantu. Yes, ma'am. What can I help you? Seronok kan bila tanya je, masalah selesai. Hehe Anak-anak pun takde rasa takut dengan staf. Walaupun bahasa itik ayam pun, staf sedia menghulurkan khidmatnya.

Dari segi entertain, bagi kami takde langsung bagi yang pergi bujang atau dengan kawan-kawan. Bagi yang pergi dengan keluarga, PAL ni okey. Adakah berbaloi empat bintang? Tak pun. Tiga bintang kami berikan. PAL ni baru sahaja naik taraf  daripada tiga ke empat bintang. Jadi, takde la expect tinggi sangat. Dari keselesaan, yes, sangat selesa. Sebab mesra keluarga. Takde la kami kena sound sebab anak bising. Sebab dah dikumpulkan setempat kan. Apa-apa pun, kami lihat PAL amat memberi fokus kepada golongan penumpang yang kurang upaya dan keluarga yang mempunyai anak kecil. Kami berasa amat bersyukur kerana dipermudahkan dengan terbang bersama PAL.

Terima kasih atas pengalaman yang tidak disangka-sangka ini. Semoga maju jaya buat PAL untuk menjadi setaraf dengan syarikat lima bintang yang lain. Harap jugak buat kami dapat berpeluang naik flight lain dan boleh buat review macam ni lagi. Kalau dah rezeki, memang takkan salah alamat. InsyaAllah!

It's more fun in the Phillipines

Panduan travel bersama bayi - Khas buat kali pertama terbang jauh


Dilema bagi individu yang telah bergelar ibu bapa apabila minat terhadap mengembara masih tinggi tetapi mempunyai anak kecil. Lebih-lebih lagi yang berusia 2 tahun ke bawah. Takkan nak break kejap minat tu semata-mata nak tunggu besar kan. Rugi la sebab waktu tu kita dah pun bertambah umur. Masa depan bukan boleh dijangka. Kot sakit terbaring seksok kang menyesal pulak.
Tak kurang ada yang mengejek, "Buat rugi duit je bawak anak besar tu jalan jauh-jauh. Bukan dia ingat pun. Menyusahkan lagi ada la."
Derr... Dah nama pun anak kan. Takkan nak tinggal. Amanah besar Allah bagi. Nak tak nak, kena bawak. Memang la bayi takkan ingat semua perjalanan tu. Pengalaman tu sebenarnya bukan untuk bayi, tetapi kepada ibu bapa. Buat la photobook ke, video ke atau blog macam ni. Boleh la ceritakan balik kepada mereka bila dah besar nanti. Confirm mereka akan menghargai susah payah kita as parents tidak meninggalkan mereka sewaktu kecil. Perenggan ni kami tujukan kepada orang yang mengejek kami sebenarnya. Sorry!

Guna peluang ini sebanyak mungkin untuk menikmati waktu kecil mereka bersama-sama. Best buddy yang terbaik ketika travel adalah ahli keluarga sendiri. Masing-masing dah kenal peel kan. Dah boleh baca, dah boleh faham. Sekepala. Nak atur apa-apa pun mudah. Bincang di dapur sambil makan cekodok pun takde hal. Ini la sembang-sembang kami kalau duk berkumpul sekeluarga. 

Kebetulan, tahun ni kami dapat buddy travel yang baru. Namanya Niqrisa Auni. Baru je berumur 2 bulan 2 minggu sewaktu makan angin di Cameron Highlands. Setelah berjaya ke sana, kami cuba melangkah jauh ke Filipina selama sembilan hari. Dua kali berjaya. Yeay! Rata-rata kata susah nak urus. Yang tak tahan ada yang kata pasti kami akan serik balik nanti sebab bawak bayi. Hahaha Tak cuba tak tahu. Dah cuba baru tau. Macam nak repeat lagi ada la. Will never stop thinking travel la.

Ahli baru kami untuk tahun ini. Dalam perut ke Beijing dan Koh Samui. Luar perut pergi Filipina pulak dia ya. 

Di sini kami ingin berkongsi 12 panduan. Tak la mahir sangat pun. Lagipun ini merupakan kali pertama kami berlima terbang jauh. Sebelum ke sana, kami baca dahulu beberapa posting pengalaman travel bersama bayi. Persediaan itu penting. Setelah kami merasainya sendiri, giliran kami pula berkongsi pengalaman sebagai persediaan buat pasangan lain. Kami pun nak juga memudahkan urusan orang lain. InsyaAllah.

1. KESIHATAN
Beberapa hari sebelum berlepas, sila berjumpa doktor terlebih dahulu untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Kalau sihat, tidak bererti anda boleh terbang macam tu je. Dapatkan juga ubat keperluan daripada doktor untuk dibawa bersama ke sana nanti. Kebiasaan ubat yang perlu dibawa bersama seperti panadol, selesema, batuk, dan antibiotik. Jangan lupa cool fever, handyplus dan termometer. Ambil suntikan vaksin jika dirasakan perlu. Dapatkan nasihat daripada doktor anda. 

Related image
Sumber : World of Me. Pack dalam satu beg kecil. Takde la sampai tercari-cari sewaktu kecemasan kan. Jangan cuba nak selit kat celah-celah baju. Masalah!

2. INSURANS
Beli insurans perjalanan ke luar negara. Kami biasa membeli insurans AXA dengan pakej harga RM 146.25 untuk sekeluarga.  Beli online akan dapat diskaun. Incase ada berlaku apa-apa di negara yang dilawati seperti terpaksa dimasukkan ke hospital, beg rosak/hilang, delay flight atau kemalangan.

Image result for insuran travel
Setiap kali travel, memang wajib beli insurans. Ada banyak pilihan yang boleh diambil. Buat survey yang terbaik untuk keluarga anda. Ini salah satu yang boleh isi dan beli secara online : Insurans AXA

3. STROLLER ATAU BABY CARRIER
Ini adalah equipment yang membantu ibu bapa semasa travel. Lebih-lebih lagi kepada bilangan ahli keluarga kecil. Tak mampu nak bergilir pegang. Macam kami, abang kakak bukan boleh dukung lama pun. Jadi tak boleh nak harap sangat dukung lama-lama. Kalau dukung lama akan membuatkan kita guna tenaga yang lebih. Cepat penat, maka cepat la give up. Biarlah win-win situation bagi ibu bapa dan bayi. Buat pilihan antara stroller atau baby carrier.

Kami lebih prefer pakai baby carrier kerana tangan yang  free membolehkan kami pimpin tangan abang dan kakak. Tambahan, rasa lebih selamat bayi melekat di badan berbanding berjauhan dalam stroller. Travel kena bawa banyak beg. Stroller tak friendly buat kami. Berat dan besar. Nak naik turun tangga, leceh waktu angkut dalam transport pun satu hal. Baby carrier lebih menyenangkan buat kami. Keselesaan bergantung kepada badan masing-masing.

Waktu travel ni, semua barang perlu dikurang dan dikecilkan agar tidak membebankan. Banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu dibawa. Baby carrier menjadi pilihan setakat ini. Tidur pun bukan main lena dalam ni. 2 jam tu biasa. 

4. MAINAN
Bawa mainan satu dua dah la. Bukan satu beg. Bukan juga yang besar gedabak. Saiz comel-comel dah la. Sebagai ibu bapa, kita tahu mainan yang mana paling menarik perhatian bayi. Ini dapat mengelakkan bayi cepat rasa bosan. Biarkan bayi anda ralit dengan mainan kesukaannya.

Niqrisa suka sangat buku ni. Memang dia akan layan. Baru nak nangis pun boleh cancel bila dengar bunyi yang menjadi kebiasaan baginya.

5. SUSU & MAKANAN
Bagi bayi yang berusia bawah 6 bulan, tak perlu risau akan penyediaan makanan. Jika anda menyusu badan, bawalah pam. Kalau rasa pam menyusahkan, sediakan kain penutup dan baju menyusu. Jika bancuh susu formula, sediakan air panas sendiri (di Filipina kena bayar) dan pastikan bekalan susu tepung tu cukup. Susah pulak nak cari kat negara orang ni. Kena pulak anak jenis cerewet. Tak ke naya? Untuk bayi yang dah mula makan, sediakan makanan yang mudah. Blender? Silakan kalau tak membebankan. Kalau tak sanggup, bawa je mangkuk mash and serve. Senang basuh dan ringan. 

Image result for puree mesh bowl
Sumber Amazon : Bekas makanan ni merangkap sekali tempat lenyek makanan. Tak sampai 5 minit dah jadi puree makanan tu. Sesuai sangat buat travel.

6. PERSEDIAAN MENTAL DAN FIZIKAL
Ni persediaan buat ibu bapa. Buat kajian kepada diri sendiri. Contoh yang perlu dipersoalkan bagi mengetahui permasalahan yang mungkin timbul:

Masalah : Larat ke?
Penyelesaian : Beli kendongan atau bawak stroller. Berlatih dulu guna pakai equipment tersebut.

Masalah: Fit ke badan?
Penyelesaian : Workout dulu sebelum berjalan lebih jauh. Ini bagi menstabilkan stamina.

Masalah : Kalau bayi meragam tiba-tiba?
Penyelesaian : Bawa anak jalan dekat-dekat dulu. Ke taman sejam, ke mall selama empat jam atau pergi bercuti dekat-dekat. Biasakan dengan situasi sebagaimana nak travel. Alah bisa, tegal biasa.

Kekuatan fizikal dan mental yang tinggi sangat diperlukan. Beg-beg dibawa sangat berat dan banyak. Anak-anak besar pun ada pelbagai karenah yang harus diambil peduli. 

7. PAKAIAN BIAR SESUAI.
Pakaian bayi perlu selesa mengikut cuaca negara yang bakal dilawati. Jika ke tempat sejuk, pakailah pakaian tebal yang mampu menahan haba badan daripada keluar. Jika ke tempat panas, baju tak perlulah berlapis-lapis. Nak ber OOTD untuk bayi boleh, asalkan tidak merimaskan. Bagi pakaian ibu, pakailah yang ringkas. Yang tak mudah berkedut. Senang cerita, ironless. Jimat masa. Tudung pun biar yang mudah-mudah je.

Niqrisa kena pakai baju nipis je memandangkan sentiasa dipakai baby carrier. Yang ibu pula dari tudung sampai ke kaki, ironless.

8. PAMPERS DAN JUMLAH PAKAIAN.
Tersangat la penting. Takkan kat sana baru nak beli semua tu kan. Sedia awal-awal berapa jumlah pampers dan pakaian. Kalau boleh, pampers hanya sekadar topup bila tak cukup di sana. Untuk pakaian, bawa secukupnya. Kalau habis guna sehingga hari akhir, basuh jela. Jangan bawa banyak sebab nak mengangkut tu berat. Berat baju ni boleh tahan juga.

9. MOOD
Ada sebab bayi menangis. Antaranya masalah di pampers, sudah waktu bayi untuk tidur dan perut kena lapar. Atasi segala masalah bayi tu. Konpem perjalanan anda tidak akan diganggu dengan tangisan yang menggila. Takde siapa sanggup tahan dengan tangisan bayi. Nyaring!

Baby ni suka main. Hah, layan jela sembang dengan dia. Main ciku cak ke, sengeh-sengeh pun jadi la. Biar mood senantiasa ceria. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan takde lagi menangis, meraung. 

10. KELENGKAPAN BAYI
Beg persediaan semasa perlu dibawa ke mana-mana. Dalam beg tu mesti ada wipes, pampers, sepersalinan baju, tuala, plastik sampah, tisu, alas bayi, water spray dan apa yang dirasakan perlu. Sentiasa topup kelengkapan di dalam beg persediaan semasa ketika berjalan-jalan.

Bagpack kelabu tu sentiasa dibawa sewaktu keluar berjalan di siang hari. Dalam tu semua keperluan Niqrisa je. Tak campur pun dengan barangan lain sebab susah kalau nak cepat.

Krim ruam sapu ni sesuai sangat ke negara panas. Nampak merah je kat mana-mana celah, sapu ni je.

11. BERHENTI BILA DIRASAKAN PERLU
Tak usah nak kejar tempat tu. Perlu tahu akan kemampuan diri dan keluarga. Ini trip kita. Takde sangkut paut pun dengan orang lain. Follow your heart. Jalan-jalan santai bersama keluarga. Nikmati percutian tanpa rush. Kalau ikut yang pakej memang akan kelam kabut sebab nak ikut table kan. Elakkan ikut pakej. Buat sendiri lebih enjoy.

Dah penat, berhenti. Usah dikejar destinasi seterusnya. Santai-santai sudah la.

12. PASPORT
Bukan main lagi persediaan. Pasport baby pulak lupa. Mau kena tinggal. Hahahaa Buat la. Kejap je. Sejam lepas tu dah boleh amik. Susah ke buat pasport bayi? Klik link ni. Persediaan buat pasport Malaysia bagi bayi.

Enjoy moment sementara mereka masih kecil. Sebenarnya, makin besar, makin banyak ragamnya. Kecik-kecik lagi mudah nak atur. Cuma, persediaan tu yang paling penting. Mental dan fizikal perlu betul-betul sihat waktu travel jauh. Kalau tersinggung dengan anak, jangan marah. Nampak kita yang tak pandai nak handle. Budak-budak ni langsung tak tahu salah. Apatah lagi bayi kan. Kita as parents perlu kenali peel anak sendiri. Boleh tanya orang lain. Tapi situasi tak sama. Baca ni hanya sebagai persediaan. Nanti bila dah keluar bersama, hah, taulah bila berada di real situation. Cuma, bila dah ada pembacaan dan persediaan ni, minda dah set awal-awal AKU DAH GET READY nak hadap semua ni.

Waktu bersama dengan anak-anak bukan lama pun. Tup tup dah besar. Kejap je. Hargai mereka semasa masih diberi peluang. 

Macam mana nak tahu kalau tiada permulaan, kan. So, apa lagi? Tak kisah dalam atau luar negara, pergi la buat lawatan sambil belajar bawak anak-anak!!!

It's more fun in the Phillipines

Jejak ke Intramuros, Manila


Bawak anak-anak yang bersekolah rendah sangat sesuai la ke taman-taman. Antaranya ke Intramuros yang terletak di tengah bandaraya Manila. Biar budak-budak ni belajar dengan lebih dekat. Real depan mata ni beza dengan baca dalam google atau pembelajaran dalam kelas. Sambil jalan-jalan, boleh juga belajar menambah ilmu pengetahuan. Dah lama jugak teringin nak homeschooling anak-anak. Mampu buat sunguh-sungguh waktu travel je.

Berbalik tajuk di atas. Intramuros ni lebih dikenali sebagai bandar berdinding. Taman memang banyak la dalam Intramuros yang berkawasan seluas 0.67 km. Tempat ni merupakan tinggalan sejarah oleh penjajah-penjajah sebelum Filipina memperoleh kemerdekaan. Monumen seperti bangunan yang telah runtuh di Intramuros ini banyak dibaik pulih semula bertujuan sebagai tempat kajian, pendidikan dan pusat pelancongan. Lebih kurang macam kat Melaka. Cumanya sangat luas dan banyak boleh jejak.

Memang ramai pun pelancong luar negara ke sini. Mereka datang nak korek cerita. Termasuklah kami ni. Rugi sangat kalau tak pergi. Dalam jadual itinerari memang target nak ke sana je. Sampai sana rupa-rupanya banyak tempat dalam satu kawasan Intamuros ni. Antaranya ialah San Agustin Church, Rizaliana Furniture Hall, The Dungeons, Rajah Sulaiman Theater, Spanish Barrack Ruins, Casa Manila Museum dan Fort Santiago.

Selesai mencapai kata sepakat menggunakan khidmat beca dan pemandu pelancong. 

Tapi, yang peliknya, dalam jadual kami kenapa tulis Fort Santiago? Ke satu Intramuros ni Fort Santiago? Tengah pening-pening, kepala bingung, datang la mamat bertatu ni. Ingatkan nak scam kami. Rupanya dia adalah penarik beca kerajaan. Kerja sebagai tour guide. Ada lesen yang sah. Nama pun dah lupa. Dia tawarkan nak jadi tour guide untuk kami dengan membawa ke tempat menarik dalam Intramuros ni dengan menaiki beca.

Rimas jugak la kan sebab sebelum ni mana pakai guide bagai. Tapi, sebab panas dan tak tahu mana nak mula, kami setuju jela. Tawarannya adalah P350 selama 30 minit. Kena naik dua beca sebab kami berlima. Maka, jumlah 2 beca adalah P700. Bersamaan RM58.33. Mahal lagi beca di Melaka. Beca pun kosong takde hias dengan tema Doraemon, Hello Kitty ke apa. Cat hijau je di kerangka.

Sesi memperkenalkan diri. Siapa nama dia dah lupa dah. Yang tergantung kat leher tu adalah dokumen guide yang sah daripada kerajaan. 

Santai sangat sebab ada orang bawakkan. Dah macam orang kaya tunggu masa orang nak kikis duit pulak. Haha... Tak sampai 3 minit, tiba ke destinasi pertama. Kami tak sure nama bangunan ni. Lebih kurang pameran design rumah masa hadapan. Manila ni padat. Rakyatnya ramai miskin. Jadi, kerajaan punya alternatif mencipta rumah berkeluasan kecil di tempat yang padat. Rekaan punya la hebat. Tapi pelaksanaan entah bila. Guide beca tu yang cerita. Kami taknak lama. Kemudian sibuk penarik beca ni nak suruh kami bergambar. Layan. Tak pernah dapat gambar berlima. Ada la sebaris bersama.
Lokasi pertama kami. Akan diwujudkan tempat penginapan yang baru dan canggih untuk rakyatnya. Bila nak buat? Wallahualam... Di dalam ni siap ada rumah contoh. Boleh la nak panjat main dalam rumah tu. 

Tanpa berlengah, kami ke kapsul Memore Manila 1945. Ada tugu di satu taman. Tugu yang menceritakan kisah tentang penyeksaan rakyat Filipina semasa penjajahan zaman Jepun dulu. Guide beca kami ni cerita. Alah... Baca je pun yang ada kat papan cerita depan tugu tu. Sebelum beralih ke tempat lain, disuruh bergambar berllima lagi.

Lokasi kedua. Memore Manila. 

Lokasi ketiga adalah Gereja Manila Cathedral. First time kami attempt church. Berbelah bagi hati ni nak masuk taknak. Tengok sekeliling tengok ramai pelancong tak kira agama masuk. Katanya sini dah jadi macam muzium. Dengan kaki yang berat, masuklah jugak. Niat di hati, cuma nak tahu je. Kalau ikutkan, dalam gereja nak solat pun boleh kan. Tapi, ada berani ke? Kah! Gereja ni walaupun dijadikan muzium, masih berfungsi sebagai rumah ibadat penganut Kritian. Kebetulan waktu tu ada yang berdoa, berkahwin dan menderma. Boleh la tengok secara live. Selama ni tengok di tv je. Guide beca tu sungguh-sungguh cerita hal agama ni. Kami angguk je. Anak-anak sibuk bertanya semua hal mereka nampak dalam tu. Jenuh jugak la kami terangkan dari prospek agama Islam. Dua dalam satu. Guide tu cerita dalam English, kami translate Bahasa Melayu. Fuh, penat jadi cikgu kepada budak-budak ni. Banyak betul soalan.

Ni di luar gereja. Sama ramai je pelancong dengan penjual jalanan. Sibuk nak amik gambar kami berlima. 

Sebelum naik beca, disuruh bergambar. Haha... Kami ni dah macam pelancong mat salleh yang pakai baju Hawaii rasanya. Kemudian kami dibawa ke Fort Santiago. La... Ni la tempat yang kami nak pergi. Bukan yang dibawa sebelum-sebelum ni. Tiket masuk kena bayar sebanyak P75. Sama macam dalam itinerari kami. Dah kenapa kami pergi tempat-tempat tadi? Macam buang masa.

Fort Santiago ni jajahan oleh negara Sepanyol. Memang jelas kelihatan tinggalan mereka. Sangatlah besar nak berjalan dalam ni. Tapi, puas hati. Boleh tahu macam-macam cerita bersejarah. Memang sini tempat yang kami suka. Dengan bangunan tahun 1571 pun masih lagi tegak kukuh berdiri. Asalnya diperintah oleh Rajah Sulaiaman iaitu kerajaan Islam. Tapi, telah diusir keluar ke satu tempat lain. Nak tau cerita lagi, kena datang sini la. View nak amik gambar pun cantik. Seolah-olah berada di zaman 1500an.

Kawasan pemerintahan Rajah Sualaiman dulu ni. Kena usir oleh penjajah Sepanyol. Lawa kubu pun. 

Rimas betul tour guide ni. Sibuk nak amik gambar. Gaya bukan main lagi. Gambar biasa je. Tu kamera kami. Huhu

Kami berbincang sesama kami. Macam nak stop je guide beca tu ikut kami. Rimas pun ada. Sikit-sikit suruh diambil gambar. Lagipun ceritanya hanya yang ada di papan yang telah siap ada. Macam la kami tak reti baca kan. Dia macam nak cepat. Kami pula nak menikmati akan sesuatu tempat. Tapi, disebabkan sini panas dan luas, kami give up dan follow lagi trip mereka.

Tak payah guide pun takpe. Baca je. Merata-rata ada papan tanda yang menceritakan sejarah lama. 

Ada lagi 3 destinasi yang kami sendiri dah lupa. Tapi, disebabkan penat di Fort Santiago, kami takmau turun. Kalau turun pun, sekejap saje. Dalam 5 minit pun tak sampai. Sehinggalah sampai ke destinasi terakhir iaitu di pit stop waktu permulaan kami gerak. Lagi beberapa minit nak pukul 1. Disuruhnya kami tunggu di hadapan gereja tu untuk tempat terakhir kami lawati. Dan dia minta bayaran sebanyak P4200. Mau tak terkejut beruk kami waktu tu. Convert duit kita jadi RM350!!! Duit dalam dompet ada P2000 je...

We don't have enough money to pay you.
It's ok. Here is ATM machine.

Haha. Ko rasa? Dah berapa ramai dah terkena macam kami? ATM tu sebelah je dengan kami waktu tu dia yakin kami tak cukup duit. Dan kami macam lembu kena cucuk hidung sebab terpaksa cucuk semata-mata nak bayar upah naik beca. Soalannya, adakah salah dia? Tak. Sebab kami yang ralit dengan masa!!! Ketika tu, ada jugak rasa marah. Nak je kaw-kaw bagi. Tapi, bila fikir balik, kan ke dia ada bagitau waktu awal-awal deal.

P350 for 30 minutes ride, ma'am. 

Ma'am la sangat. Aduh, terngiang-ngiang ayat dia tadi. Kalau ye pun, nape tak bagitau kami yang masa dah time??? Di Fort Santiago tadi memang dah beriya-iya kami bincang taknak pakai dah guide ni. Tapi kenapa la mulut ni susah betul nak cakap TAKNAK DAH. Nak argue memang tak guna. Dia memang tour guide beca berlesen. Kenyang la ko ya... Nak amik gambar dengan beca pun tak sempat. Laju korang menghilang.

Warna hitam putih ni menunjukkan perasaan kami waktu ini. Eh, tiba-tiba pulak boleh wujud ATM ni.

Selepas apa yang terjadi, kami saling sengeh dan menggelengkan kepala je. Nasib baik kami ni jenis spend duit untuk kes macam ni. Nak beringat, akhirnya terkena juga. Mahal betul kenangan ni. Siap kena bayar harga tak masuk akal semata-mata nak naik beca. Oh, beca Melaka. Tiba-tiba we miss you. Hahaha.

Back to reality. Wujudkan semula warna. Takpe la. Anggap sahaja ini pengajaran. Tobat takmau pakai guide lepas ni. Bukan wajib pun!

Di sini, kami nak berpesan. Ke Intramuros, sila jalan kaki je. Semua tempat tu dekat yang amat. Kalau penat sangat, di situ ada perkhidmatan naik kuda. Malu? Boleh je naik beca. Bayar pengangkutan je. Bukan tour guide tu. Kalau nak sangat tau cerita sana, baca jela. Berlambak papan tanda menceritakan sejarah lepas. Guide tu pun baca je situ sambil tunjuk-tunjuk. Setakat nak ada gambar berlima, pakai monopod atau tripod pun boleh. Dah la rimas dengan adanya dia mengikut dan sentiasa nak cepat. Nak duduk lama di satu-satu tempat memang tak boleh. So, say no to tour guide after this.

It's more fun in the Philippines

Slogan pelancongan Filipina yang tak berapa nak fun untuk kali ini. Kah!