Terokai terowong bijih timah di Sungai Lembing bersama anak-anak


Tak plan pun nak masuk lombong bijih timah ni. Niat di hati cuma nak daki Bukit Panorama. Tapi, alang-alang dah drive jauh 94 km dari Kemaman ni kan, apa salahnya pusing tengok kawasan seluruh Sungai Lembing. Mulanya anak-anak beriya nak pergi muzium. Bila tengok brosur macam banyak gambar dan penerangan je terus tak jadi. Pujuk anak-anak ke tempat lain. Itu yang akhirnya terjumpa terowong bijih timah ni. Terima kasih kepada makcik kedai makan 2 tahun lepas yang cadangkan ke sana. Dulu tak pergi sebab dah melencong ke Jambatan Gantung Kolong Pahat. Bukit Panorama, jambatan gantung dan lombong bijih timah ni semuanya berada di Sungai Lembing.



Selesaikan dulu objektif utama ke Sungai Lembing iaitu mendaki Bukit Panorama.

Selesai mendaki, kami bersarapan roti canai di food court yang berada bersebelahan dengan padang. Situ orang Melayu. Makanan halal. Kalau food court dekat dengan pasar pagi, itu kawasan kaum Cina. Status halal diragui. Kalau nak pergi pasar pagi sekadar nak cuci mata, silakan. Menarik jugak tu. 

On the way nak gerak ke lombong, kami nampak ada dua buah jip nak bawa students IPT pergi ke Air Terjun Pelangi. Fuh, itu pun salah satu impian jugak sebelum ni. Lek dulu sementara menunggu Niqrisa besar. 2, 3 bulan lagi. Eh! Tak sabor.

Disebabkan kami pergi hari Isnin, maka tak ramailah orang. Sesenang hati kami je nak parking kat mana pun. Tak mungkin la nak parking jauh kan. Mestilah betul-betul depan pintu masuk. Kenapa boleh ber holiday Isnin? Kebetulan negeri Terengganu cuti sempena Ulang tahun Yang di Pertuan Agong. Pahang pulak kerja macam biasa. Itu yang lengang je semua tempat termasuklah atas bukit tadi. 17 orang je kami jumpa sepanjang tempoh 1 jam 30 minit mendaki. Kah!

Berbalik cerita masuk lombong bijih timah. Tiket untuk dewasa RM15. Bagi kanak-kanak pula RM7.50. Terkejut jugaklah sebab terpaksa keluarkan duit RM45 untuk kami berempat (niat buat aktiviti bukit sebab nak jimat. Huhu) Bayi percuma. Kalau tau bayar cenggini mahal memang tak masuk. Tapi! Ada tapi. Petugas kaunter cakap, "Bayar untuk dewasa jela. Total RM30 jerr. Ahaks!

Masuklah kami dengan senang hati. Tiba-tiba dapat diskaun. Hehe Jalan sikit akan jumpa lokomotif (keretapi lombong) Ada petugas menunggu di situ minta tiket. Cuak jugak sebab kami cuma ada 2 tiket berbayar je sedangkan kami berlima. Petugas tu tak tanya pun. Ambil dan koyakkan sebagai bukti kami masuk secara sah. Petugas mengarah kami naik atas lokomotif. Pelik la kan. Nak bergambar ke? Tiba-tiba lokomotif ni dihidupkan enjin dan membawa kami memasuki ke dalam terowong sejauh 80 meter. Hidup lagi rupanya lokomotif ni.

Menaiki Lokomotif usia berkurun lamanya. Hidup lagi kau.

Pengalaman baru buat kami. Bercampur-aduk perasaan kami ketika dibawa dari tempat terang ke tempat gelap. Teruja, seronok, gembira, takut, seram, eh, semua ada la!

Dari tempat terang ke ruang suram dan sempit. Fuh, lain macam.

Tak sampai 3 minit, lokomotif berhenti untuk menurunkan kami. Suasana sejuk dan suram di dalam terowong seolah-olah kami berada di alam lain. Sunyi. Hanya kami berlima bersama petugas je yang ada di dalam terowong ni. Petugas tu memaklumkan lombong ni sesak hanya di hujung minggu sahaja. Sekali masuk sampai 40 orang. Siap ada yang pengsan sebab lemas, yang terjatuh ke parit dan tak dengar penerangan sebab terlalu ramai dalam satu masa. Di hari biasa, macam ni jela. Takde pengunjung pun. Kami ni kira bertuah sebab kami je pengunjung ketika itu. Seolah petugas tu diupah khas sebagai tour guide peribadi kami. Angkat kening skit.

Kamilah satu-satunya kumpulan pengunjung waktu itu.

Inilah parit pengunjung yang biasa jatuh akibat berhimpit terlalu ramai. Air ni dah tercemar. Ikan keli pun boleh mati.

Petugas tu fokus menerangkan tentang bijih timah ni kepada kami. Layan je setiap soalan yang kami tanya. Anak-anak pun bukan main menanya. Takde nak berebut soalan pun. Takyah nak angkat tangan bagai. Tanya je. Terus dapat jawapan. Hehe

Banyak paparan bacaan disediakan. 

Dalam ni sejuk. Ingatkan pasang aircond. Rupanya ada satu lubang yang dikorek sehingga ke atas bukit. Angin luar masuk melalui lubang dikorek tu. Dalam terowong ni sejauh 500 meter. Setiap meter perjalanan ada ditanda. Makin dalam, makin lemas dan panas. Ditambah dengan keadaan suram yang hanya ada bantuan lampu malap je. Yang ada penyakit lelah atau anxiety tak boleh ada ditempat sempit elok jangan masuk. Memang boleh pengsan.

Lubang angin yang ditebuk yang menyebabkan udara di dalam terowong ini sejuk. 

Banyak yang boleh dipelajari dalam ni. Macam mana rupa sebenar bijih timah mentah. Beza bijih timah dan emas di dinding batuan. Kaedah mengangkut bijih timah pun ada disertakan. Siap ada amali lagi. Tayangan video juga disertakan sekali dalam ni agar memudahkan pemahaman tentang penutupan lombong bijih timah. Taknak cerita sebab nak pembaca semua datang sendiri ke sini untuk rasai pelbagai perasaan dan pengalaman semasa kami mengunjungi tinggalan terowong bersejarah ini.

 Alatan yang memindahkan bijih timah.

Inilah cerita paling glemer di Sungai Lembing. Sejarah jutawan. Nak tau, datang sendiri.

Apa lagi? Set date la. Orang KL pun ramai yang datang ke lombong ni. Tak perlu risau boleh bosan. Sungai Lembing menjanjikan keseronokan pelbagai aktiviti. Kami pun rasa nak repeat lagi. Ada banyak lagi tempat belum dikunjungi lagi. Nanti kami dah pergi, kami akan kongsi. Selamat bercuti!

No comments:

Post a Comment