Loteng Anak-anak

Loteng ni bermaksud satu ruang atas tanpa dinding. Ramai yang salah faham istilah loteng ni. Kata loteng, tapi bila tengok siap ada dinding antara dua bilik. Tambah lagi bilik air. Nak buat boleh bilik air dan tambahan lain, ruang tu perlu terbuka la. Contohnya, gunakan kabinet baju sebagai dinding untuk jadi dua ruang, atau boleh letak tirai/kain langsir. Nak toilet? Sediakan mangkuk tandas sebelah katil. Maka kekallah ia sebagai ruang loteng. Dalam lokap boleh la buat toilet sekali dalam bilik kan. Kalau rumah ni tak tergamak rasanya. 

Jadi, untuk tahun ketiga ini barulah kami dapat menyediakan loteng. Tujuan kami buat loteng ni untuk dijadikan bilik anak lelaki sulung kami. Ruang bawah kami jadikan bilik pakaian (tempat menjemur baju dan iron). Kami terfikir nak buat sebab siling bilik tengah terlalu tinggi dan rasa membazir.

Kami survey beberapa orang tukang. Pertama dengan tukang kayu (pekerja Indonesia dari tapak bina taman). Tengok contoh daripada jiran yang dah siap bina loteng dengan harga RM1500. So far okey. Lantai playwood dan tangga macam tangga belakang lori bomba. Dan kami memanggil tukang kayu. Tapi lambat sangat datang, kami panggil pula tukang lain. Dia bagitau kalau guna simen bata, RM5000. Tapi bahan kayu akan membazir. Kami rasa sayang sangat dengan duit. Cancel dengan dia dan cari tukang besi pula. Dia datang dan kami bagi design yang direka sendiri oleh kami. Dia bagitau harga dalam RM2800. Kami terus setuju. Deal bulan 10 datang hujung bulan 12. Haha...

Saiz bilik 10 x 10 kaki. Di sekeliling dipasang kerangka dan gunakan bolt nat supaya kukuh. 

Memasang kerangka tengah supaya tidak melendut. Kenapa nampak sebelah kanan lebih tinggi? Sila scroll bawah untuk mengetahui kenapa.

Lantai dipasang dengan menggunakan bahan papan lapis yang tebal. Selapis je. Kalau tak yakin boleh pakai dua keping. Ini maklumat daripada orang lain. Tak sure pula boleh pakai tak untuk dua keping.

Tangga dipasang kemudian. Curam sedikit dengan lapan anak tangga. Kotak dialas supaya lantai bawah tiada tompok hitam semasa welding. Kami dapat kesan kesilapan apabila susur tangan terlalu rendah. Sepatutnya susur tangan bermula di tangga kedua atau ketiga. Anak-anak kami dah beberapa kali terlanggar dan terhantuk kerana susur tangan bawah separas ketinggian kanak-kanak. Sangat bahaya. 

Pandangan daripada bawah. Di masa akan datang, kami akan tutup bahagian bawah ini untuk dijadikan stor. 

Terdapat lantai rehat sebelum membelok tangga kanan. Tak tahu lah istilah betul ke tak ni.

Besi yang meninggi di sebelah kanan tadi kami jadikan katil. Bawah boleh dijadikan tempat simpanan. Sama saiz dengan katil queen.

Pengadang besi yang simple sahaja. Yang penting kukuh. 

Pandangan daripada katil. Lampu tu akan dibuang kerana mengganggu laluan ke atas. Tangga tu sempit je. 

Akhirnya tingkap bahagian atas ni searas dengan kami. Kami akan tukar tingkap ni nanti kepada slide window. Keutamaan keselamatan apabila berlaku kebakaran.

Kami minta tambah lagi kerangka bersilang supaya tidak la seperti berjalan di atas tilam. Bila dah tambah, barulah yakin memijaknya. 

Buat masa ni, kami tidak bercadang jadikan bilik anak teruna sebab baru darjah dua. Lagipun bilik belum lengkap dengan plag, lampu dan perabot. Kami takkan letak perabot atas lantai. Semua akan dilekat di dinding. Cuma belum boleh buat lagi. Nak buat sendiri je. Kalau upah akan menggunakan modal yang besar. Buat sementara, ruang main jela dulu.

 Mural yang tak berapa menjadi. Gambar tu main lukis je. Nak kena touch up balik. Boloks!

Letak karpet Ikea dan aksesori yang ceria untuk menjadikan ruang menarik. Ruang bawah tak tunjuk pun sebab masih lagi bersepah. Lantai dan tangga dicat berlainan warna. Ikut hati nak pakai karpet macam karpet masjid. Tapi modal sangat besar. Hold dulu. Nanti ada rezeki baru upgrade. 

Lokasi di Kemaman, Terengganu.

UPDATE : ADA ENTRI BARU PERUBAHAN LOTENG YANG KAMI DAH LAKUKAN. KLIK LINK DI BAWAH UNTUK LIHAT

Loteng dijadikan bilik tidur

Selamat mendekorasi rumah!




Menyelam di Tok Bali

Tok Bali terletak di daerah Pasir Puteh Kelantan. Apa yang akan kita bayangkan adalah pantainya yang indah, kapal nelayan naikkan tangkapan ikan dan jambatannya yang tinggi. Terdapat satu lagi keistimewaannya di Tok Bali ini, ialah pasar malam hari Khamis. Kami ke sana dengan misi mencari barang bundle. Erti kata lain, menyelam. Tidak semestinya masuk air baru menyelam, dalam timbunan barangan bundle pun boleh. Bundle ni adalah barangan terpakai seperti pakaian, kasut, topi, handbeg dan lain-lain lagi. Jadi, target kami adalah barangan terpakai tertulis Toyota. Tak kisah apa, asalkan ada tulis Toyota, confirm kami akan beli. Kena ada objektif. Kalau main selam je, nanti akan lemas. Hihi

Jalan sangat jem masa tu. Dari Kota Bharu ke Tok Bali amik masa lebih kurang sejam.

This is Kelantan. Nak ikut ke tak nak, its up to you. Perintah Allah swt.

Harga yang sebagaimana tertera. Baju-baju ni kebanyakannya datang jauh dari luar negara. Siapa-siapa nak baju oversea murah-murah boleh la datang menyelam. 

Terkejut juga bila tengok ramai rupanya yang membeli barangan bundle ni. Jangan kata lelaki sahaja yang gemar, di sini boleh dikatakan semua golongan dan tidak kira jantina. Beriya-iya memilih. Seronok melihat mereka.

Terdapat juga barangan terpakai lain. Sekali tengok macam baru.

 Misi mencari perkataan TOYOTA telah bermula. Patut pakai mask sebab berhabuk.

 Tak jumpa pada pakaian setelah dijajak banyak kedai. Tangan dan bahu pun dah lenguh membelek baju. Dari langit cerah sehingga gelap pun tak jumpa-jumpa.  Cuba menyelam di bahagian topi pula. Akhirnya.... :')

Terus jadi model topi dan send gambar pada rakan. Ada siapa nak beli? Nak jual ni. Bukan nak pakai pun. Hahaha. So, kepada sesiapa di luar sana, singgah la di Pasar Malam Tok Bali!!!