Langkah 1 - Kami Videographer

JEMPUTAN PENYERTAAN PERTANDINGAN PENGHASILAN DILEM PENDEK/ANIMASI SEMPENA "SABAH SCREEN FEST"

Sukacita dimaklumkan, SMK Banggol dengan gembiranya untuk menyahut cabaran dalam menghasilkan filem pendek yang akan disediakan oleh Pengawas Media seramai lapan orang. Mereka tanpa berasa ragu-ragu dan sangat teruja apabila menerima surat jemputan tersebut. Bukan hadiah yang mereka kejarkan. Mereka ingin mempelajari bagaimana filem dihasilkan. Kami dengan senang hati akan membantu setakat yang termampu kepada pelajar-pelajar berkenaan untuk menghasilkan video.


Surat ini sebenarnya daripada PKG Binjai dan dipanjangkan kepada SMK Banggol. Klik

Pengawas Media dilantik pada awal tahun 2015 di SMK Banggol bagi membantu sekolah daam penyediaan Dokumentasi yang bermutu. Tugas yang perlu dilakukan oleh PM (Pengawas Media) adalah mengambil gambar bagi setiap program yang diadakan di sekolah. Buat pertama kalinya, mereka menerima tugasan menyediakan video dan rata-rata mereka langsung tiada pengalaman mengenainya. Selaku guru pembimbing, saya mengarahkan mereka untuk menyediakan cerita pendek lagi ringkas. Saya menerima tiga olahan cerita yang berbeza dan telah membuat keputusan. Namun cerita perlu diubah untuk memudahkan penggambaran dilakukan. Akhirnya final cerita telah disiapkan. 

Takpe ke letak sinopsis di sini? 

Storyboard

Sebelum menyediakan storyboard, perlu difikirkan filem ini merupakan genre apa. Humor, sedih atau aksi. Dan, bagaimana scene ini bermula. Di mana tempat yang perlu digunakan? Pelbagai soalan inilah yang akan mengolah jalan cerita. Perlu kuat berimaginasi dalam menghasilkan filem yang tidak puas ditonton. Pastikan setiap scene tidak berulang supaya tidak bosan.

Ini merupakan storyboard dan akan dihasilkan dalam filem pendek tersebut. Ada kotak yang mengandungi situasi yang berlaku pada scene berkenaan. Nombor (1) dimasukkan bagi menyatakan scene ke berapa. Musik berada di bawah kotak lukisan dan sebelah kanan merupakan Action. Musik maksudnya segala bunyi ingin dimasukkan seperti dialog dan bunyi latar belakang perlu dinyatakan. Bahagian Action pula menyenaraikan apa yang perlu dilakonkan oleh pelakon tersebut. 

Mengapa perlu storyboard? Sebab storyboard ini bagaikan pengarah yang akan mengarahkan apa yang krew pembikinan akan lakukan. Ia menjelaskan dan akan membantu melancarkan penggambaran serta mudah difahami oleh semua krew. Lukisan tak perlu detail. Sekadar sketch pun takpe. Asal dapat difahami. Dalam satu muka surat kertas A4 boleh memuatkan tiga scene. Kertas pun dapat dijimatkan. 

Setakat ini sahaja. Selepas ini akan ada kemajuan lain. Buat apa ye? Tunggu :) 

Berkelah di Air Terjun Chemerung, Dungun, Terengganu


Nak dijadikan cerita, kami bersiap-siap nak berkelah di Jeram Tanduk, Air Putih Kemaman. Bila dah masuk lorong ke jeram, frustnya tak payah cakap. Jalan tak berturap! Tak mungkin kami teruskan perjalanan. 10 km lagi ke hadapan... Tang tu jugak kami decide nak ke tempat lain. Takkan la nak pusing balik kan. Hampir 20 km dah perjalanan kami tadi. Segala persiapan dah siap. Last-last, balik ke planning asal, Chemerung. Hmm, memang pilihan pertama adalah yang terbaik.

Air Terjun Chemerung ni merupakan tempat perkhelahan atau tempat berkelah yang sangat popular. Pengunjung dari negeri jiran iaitu Kelantan dan Pahang pun turut sama berkunjung ke sini bagi menikmati cuti bersama keluarga. Perjalanan rumah kami di Kemaman ke Bandar Al-Muktafi Bilal Syah aka Durian Emas, lebih kurang 70 km. Dari lorong masuk ke dalam pulak 45 km. Semuanya 100 km jarak perjalanan. Waktu yang dibuka untuk para pengunjung adalah 8.00 pagi hingga 5.00 petang sahaja. Malam konpem tutup. Di sana disediakan tandas, medan selera, kedai runcit, tapak perkhemahan, mandi kolam kanak-kanak dan tempat membakar ayam. Chemerung merupakan pilihan pengunjung sebab hutannya masih terpelihara dan kemudahan yang sangat memudahkan. Bayaran tiket dikenakan sebanyak RM2 bagi dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak. Kebersihannya sangat baik. 

Hari ni hari sambutan Merdeka. 31 Ogos 2015, cuti umum. Ingatkan takde orang nak ke sana. Mana taknya, jalan lengang je tak selisih dengan kereta. Sampai saje di pintu masuk, dah beratur (Kereta yang beratur). Nasib kami baik, walaupun nampak full, tapi boleh jugak parking. Turun je terus dari kereta kami terus setting SJCam pada monopod. So, bermulah rakaman percutian kami!

 
Picnic Chemerong Merdeka 2015 from nhazla fikri on Vimeo.
Song by : Regina Spektor - Us (Cover) by Daniela Andrade

Ini merupakan cubaan pertama kali menggunakan SJCam bersama-sama selepas Kelah di Kenyir. Menggunakan SJCam sepenuhnya. Best sebab boleh selam air macam tu sahaja :)