Raya Eid @2015

Berhabuk blog ni. Dah lama tak bukak dan tak update new news. Baru ada kesempatan membuka laptop. Ni pun didesak oleh keluarga suruh cepat-cepat memuatnaik gambar raya pada 27hb Julai hari tu. Mereka tak sabar nak tengok gambar. Kami tak pakai enset. Pakai dslr. So, nak pindah gambar tu amik masa sikit la.

First, bila dah transfer, tak tau nak pilih yang mana. Tengok banyak yang blur. Kitorang tak pandai mengambil gambar. Apatah lagi nak edit. Sangat............ Fail. Tak kisah la. Bukan buat bisnes pun. Just simpanan sendiri sahaja. Sikit pun tak melibatkan duit sesapa. Bagi kami, dah terlampau cantik dah tu. Hahahaha

Tema warna raya kami tahun ni adalah Turquoise dan kuning. Sangat menyela kata orang Kelantan. Kain sari yang 6 meter. Dapatlah kami 2 beranak dua pasang. Abah dan Nufail beli sedondon. Nasib la tahun ni dapat warna sama. Inilah pertama-tama kalinya exactly same color. YEAH!!!!

Tempat yang sama bergambar, namun posisi berbeza. Posing pun dah lain. Dan ada antaranya tak masuk gambar.

 Atas 2015, bawah 2014


Sangat suka gambar ni....  Swit

Sedang tuning ukulele Pani

Ada orang tak sihat.... Siapa?

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Raya Aidilfitri 2015 from RalitMedia on Vimeo.

Tak lama lagi nak raya. Kami tak pernah sekali pun balik ke kampung dalam bulan Ramadhan ni. Oleh itu, kami sangat rindu dengan suasana Kota Bharu. Semua hal berkaitan sana terbayang-bayang, dari kuih-muih, tudung murah, jalan raya dalam bandar dan sehinggalah waktu berbuka di rumah. Seronok bila fikirkan keluarga. Memang tak sabar rasanya nak pulang beraya. Kami satu kampung, lagi la bersemangat nak balik jumpa bak, umi, ayoh, mok, adik-beradik dan anak-anak saudara. Huhu... rindu yang amat.... Nak jumpa mereka....

Nak rasa makanan bulan puasa... Ikan bakar, kuih jala emas, buah tanjung, nasi kerabu, sarang, ayam percik... Kecur dalam mulut. Sabar... Lagi 10 hari nak beraya. Jadi, mulai tarikh ini, bermulalah pencarian Malam Lailatulqadar. Malam seribu bulan. Malam yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Biasanya pada malam-malam terakhir begini dikenali sebagai Malam Tujuh Likur. Setiap rumah akan memasang pelita dan lampu kelip-kelip menandakan bulan puasa ini akan berakhir dan tidak lama lagi akan menyambut kemenangan.

Mood raya bermula sekarang. Hehe Dalam kepala asyik berputar lagu-lagu raya sahaja. Minta maaf la semua. Hati ini dah lama pulang ke kampung. Jasad sahaja di sini. Huhu..

Selamat Menjalani ibadah puasa di Bulan Ramadhan. Walaupun harinya telah menghilang pergi, namun ibadah jangan ditolak tepi.

Wassalam w.b.t

Pra Raya

Hajat nak buat satu video sebelum raya. Ala-ala iklan la kononnya. Banyak kekurangan dalam pembikinan kali ni. Puasa... Jadi semuanya nak cepat. Ada video yang diambil tak abis bercakap la... Ada jugak yang suara je tapi gambar takde. Yang tengok kamera tak payah cakap la. Budak-budak baru nak up. Hahaha...

Okey, di sini ingin kami kongsikan perkara yang boleh dibaiki dalam suntingan. Kami menggunakan software editing Sony Vegas Pro. Masalah yang kami hadapi adalah gambar ada, tapi suara takde, Nasib baik la scene ni take action banyak kali. Kami amik gambar dan suara di fail yang berlainan. 


Semuanya ada 4 layer. Mutekan pada suara yang rosak dan block image pada layer yang kita tak nak. Nak suara je kan. Jadi boleh lihat sebagaimana di atas untuk rujukan. Kalau nak tengok yang final, tungguuu.... minggu raya :D

Selamat mencuba!