Apa yang kami lalui, perlu dicoretkan di sini. Setiap perkongsian ini dan diamalkan oleh orang lain akan dihitung sebagai amal jariah kami. Maka tidak akan putus pahala kami selagi ada yang mengamalkannya. “Kami tak sempat untuk bosan kerana dunia ini terlalu indah”
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Raya Aidilfitri 2015 from RalitMedia on Vimeo.
Tak lama lagi nak raya. Kami tak pernah sekali pun balik ke kampung dalam bulan Ramadhan ni. Oleh itu, kami sangat rindu dengan suasana Kota Bharu. Semua hal berkaitan sana terbayang-bayang, dari kuih-muih, tudung murah, jalan raya dalam bandar dan sehinggalah waktu berbuka di rumah. Seronok bila fikirkan keluarga. Memang tak sabar rasanya nak pulang beraya. Kami satu kampung, lagi la bersemangat nak balik jumpa bak, umi, ayoh, mok, adik-beradik dan anak-anak saudara. Huhu... rindu yang amat.... Nak jumpa mereka....
Nak rasa makanan bulan puasa... Ikan bakar, kuih jala emas, buah tanjung, nasi kerabu, sarang, ayam percik... Kecur dalam mulut. Sabar... Lagi 10 hari nak beraya. Jadi, mulai tarikh ini, bermulalah pencarian Malam Lailatulqadar. Malam seribu bulan. Malam yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Biasanya pada malam-malam terakhir begini dikenali sebagai Malam Tujuh Likur. Setiap rumah akan memasang pelita dan lampu kelip-kelip menandakan bulan puasa ini akan berakhir dan tidak lama lagi akan menyambut kemenangan.
Mood raya bermula sekarang. Hehe Dalam kepala asyik berputar lagu-lagu raya sahaja. Minta maaf la semua. Hati ini dah lama pulang ke kampung. Jasad sahaja di sini. Huhu..
Selamat Menjalani ibadah puasa di Bulan Ramadhan. Walaupun harinya telah menghilang pergi, namun ibadah jangan ditolak tepi.
Wassalam w.b.t
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment