Jalan sangat jem masa tu. Dari Kota Bharu ke Tok Bali amik masa lebih kurang sejam.
This is Kelantan. Nak ikut ke tak nak, its up to you. Perintah Allah swt.
Harga yang sebagaimana tertera. Baju-baju ni kebanyakannya datang jauh dari luar negara. Siapa-siapa nak baju oversea murah-murah boleh la datang menyelam.
Terkejut juga bila tengok ramai rupanya yang membeli barangan bundle ni. Jangan kata lelaki sahaja yang gemar, di sini boleh dikatakan semua golongan dan tidak kira jantina. Beriya-iya memilih. Seronok melihat mereka.
Terdapat juga barangan terpakai lain. Sekali tengok macam baru.
Misi mencari perkataan TOYOTA telah bermula. Patut pakai mask sebab berhabuk.
Tak jumpa pada pakaian setelah dijajak banyak kedai. Tangan dan bahu pun dah lenguh membelek baju. Dari langit cerah sehingga gelap pun tak jumpa-jumpa. Cuba menyelam di bahagian topi pula. Akhirnya.... :')
Terus jadi model topi dan send gambar pada rakan. Ada siapa nak beli? Nak jual ni. Bukan nak pakai pun. Hahaha. So, kepada sesiapa di luar sana, singgah la di Pasar Malam Tok Bali!!!
No comments:
Post a Comment