PHOTOBOOK

Sengaja caps lock tajuk. Betapa banyak masa diluang untuk design buku. Sebab itu jugalah kami sudah lama tidak update blog. Terus-terang kata, buat masa kini, kami amat sibuk menyiapkan tempahan yang tidak terkira banyaknya. Sehinggakan kami terpaksa menghentikan sementara tempahan yang dibuat oleh pelanggan kami dari serata negeri.

Alhamdulillah, rezeki kami mencurah-curah selepas kami upload gambar Photobook yang kami tempah daripada seorang hamba Allah. Rakan-rakan meminta kami untuk memulakan perkhidmatan menyediakan photobook ini walaupun tahu kami menempah daripada orang lain. Bagi membantu mereka, kami membuat pencarian sendiri bagaimana photobook ini dihasilkan. Dengan itu, tidak tahu daripada datangnya magik, bermula bulan Jun sehinggalah kini (bulan Julai), kami telah menyiapkankan photobook lebih 70 buah buku! (hampir 100 rasanya...)

Syukur kepadaMu ya Allah... Terima kasih dengan sokongan dan kepercayaan rakan semua kepada kami. Kami akan cuba sedaya mungkin membantu mengabadikan gambar terindah menjadi sebuah buku yang penuh dengan kenangan. Walaupun kami tahu photobook ini sohor hanya bermusim sahaja, kami akan cuba memenuhi permintaan rakan semua. 

Setakat ini, pelanggan akan repeat balik tempahan kerana percaya akan kemampuan kami menyusun gambar menjadi bermakna. Dan mereka juga tidak kisah jika photobook terpaksa dinaikkan harga. Maaf kepada semua jika harga tidak menentu dan akan sentiasa meningkat. Kerana harga bukan kami yang tentukan. 

Kepada sesiapa yang berminat, boleh pm kami di FB Messenger Nhazla Fikri atau Azizi Aziz. InsyaAllah, kami akan membantu mengabadikan kenangan indah anda!

**Terdapat pelbagai saiz dan ketebalan kulit buku. Hubungi kami untuk makluman lanjut. 

 Susunan yang tidak dijangkakan.

 Saiz 6x6 inci. Soft cover.

 Perbezaan antara 2 saiz.

Gambar anda mengembara ke dunia luar memang sangat menarik untuk dijadikan buku.