Apa yang kami lalui, perlu dicoretkan di sini. Setiap perkongsian ini dan diamalkan oleh orang lain akan dihitung sebagai amal jariah kami. Maka tidak akan putus pahala kami selagi ada yang mengamalkannya. “Kami tak sempat untuk bosan kerana dunia ini terlalu indah”
Tamat Pra Persekolahan
Naura Auni binti Norazizi. Kamu dah besar! Tahun depan masuk darjah satu. Kamu akan menghadapi cabaran yang sebenar di dunia pendidikan. Mujurlah dah pandai 3M. Semuanya hasil usaha guru Tadika Ilmuan Inovatif. Tak ternilai harganya atas didikan yang diberikan oleh mereka. Mereka sabar melayan karenah puteri sulung kami ini. Naura ni suka mengarah dan merajuk hinggakan terbawa-bawa ke sekolah. Namun cikgunya hanya senyum bercerita keletah Naura. Terima kasih cikgu. Tiga tahun Naura berada di tadika ini. Tadika ini merupakan rumah kedua baginya. Rakan-rakan bagaikan adik-beradik. Tiap kali nak jemput Naura balik, jawapan sama,
"Saya tak nak balik lagi.... Saya nak main sampai pukul 5..."
Bermakna Naura sangat gembira bersama guru dan kawan. Dan bukan bermakna tak suka berada di rumah okey... Haha... Dia dah biasa dan bosan menjadi bongsu di rumah. Di rumah dibuli abangnya, Nufail. Itu barulah adik-beradik yang sebenar. Hihi...
Kami cukup seronok dengan majlis tamat pra sekolah ini. Sangat ringkas dan bermakna. Beriya Naura menyolek muka. Sapu-sapu lipstik, bedak. Makin comel dan bulat.
Permintaan Naura di majlis berkenaan, "Tolong amik video saya." Baiklah cik puan besar :P
==Canon DSLR 70D==50mm==Sony Experia XZ==
Naura2 from RalitMedia on Vimeo.
Hari Keluarga KBAE 2016
Jumpa juga akhirnya apabila walaupun dah tersilap parking Hari Keluarga kumpulan lain. Haha... Lega dan syok melihat kereta Toyota parking sebaris di hadapan challet. WCT kami pun tidak ketinggalan masuk barisan.
Acara santai telah bermula dengan anak-anak mandi mula mandi kolam. Termasuklah Nufail dan Naura yang turut tidak ketinggalan menukar pakaian mandi dan terus terjun ke dalam kolam. Kebush! Kami juga turut tidak ketinggalan merasai ketenangan pantai yang mengadap challet kami menginap. Cantik...
Terposing di kawasan pantai.
Ramai pulak chef kambing petang tu.
Abaikan nasi tumpah. Dibenarkan untuk terliur.
Pelbagai juadah dinikmati. Cuma yang pegang lighter tu je takde dalam menu.
Ahli keluarga perlu memakai baju rasmi biru.
Tiga ketul je sosej?
Mana cukup banyak tu je sosej. Kita tambah lagi. Kambing plok terr
Berselera semua makan.
"Nupe nak abih doh?"
"Hmm...." Mungkin itulah perbualan mereka.
Pandangan daripada meja makan kami. Terpampang bukan main lagi mengiklankan minyak hitam Speed Master. Terbaik punya.
Percutian yang ringkas tapi bermakna. Seronok dapat berkumpul. Aktiviti yang sangat longgar dapat menghilangkan stress bekerja. Mereka yang hadir sebenarnya datang dari segenap penjuru Kelantan. Kami ni kebetulan pulang ke kampung sempena cuti Deepavali. Kalau ikutkan, kami la paling jauh. Luar Kelantan kan :P.
Pape pun, hujung minggu kami tidak membosankan. Anak-anak sangat gembira kerana dapat berendam selama 3 jam lebih dalam kolam. Esoknya mereka cakap tak nak balik... -_-' Sudah....
Pape pun, hujung minggu kami tidak membosankan. Anak-anak sangat gembira kerana dapat berendam selama 3 jam lebih dalam kolam. Esoknya mereka cakap tak nak balik... -_-' Sudah....
Subscribe to:
Posts (Atom)