Baby colic atau sawan tangis?


Sama je maksud tu. Apakah simptonnya? Mudah je. Bayi yang baru lahir menangis sehinggakan berjam-jam dalam sehari atau purata tiga hari. Sebelum ni kami langsung tak tahu. Kami dengan berlagaknya berasakan jaga bayi ni mudah. Umur bayi 0-3 bulan kerjanya tidur memanjang. Itu yang kami pelik bila mana orang cakap bayi mereka asyik menangis. Anak-anak kami 2 orang sebelum takde nak nangis sampai tahap tantrum. Nangis ek, ek jela. Tu pun sebab lapar susu, nak suruh tukar pampers, nak diangkat, nak tidur. Mudah la bagi kami.

Padahal sedang didukung ni. Patut sedap la kan bila dipeluk. Nangis jugak.

Tapi, sawan tangis ni bukan macam tu. Luar biasa pengalamannya. Sangat tensennnn!!!!! Bayi ketiga kami suka menangis. Apa yang dia nak pun kami tak dapat nak teka. Semua dah check. Asyik nak melekap je. Beza betul dengan abang dan kakaknya. Yang ni meraung sampai biru muka. Tangan menggigil, air mata keluar tak henti-henti. Bayangkan suaranya yang nyaring dan tajam menusuk ke telinga berlarutan sejam lebih. Berdengung jugak telinga. Suara bayi ni lain macam tau bila kita dengar.

Sebelum, semasa dan selepas mandi tak berhenti menangis. Patutnya, bila kena air ni bayi suka kan. Tapi Niqrisa ni tak.

 Semua ni kami rasai dalam tempoh berpantang. Kata orang, lepas habis tempoh 40 hari baik la bayi tu. Eh, tak! Tertanya-tanya juga kenapa menangis tak berhenti. Panik bila melihat sampai saat nafas ditahan sehingga muka kebiruan. Takut la ada sakit tapi tak pandai bagitahu. Cek dengan doktor, takde pun. Katanya normal. Tak normal bagi kami apabila terpaksa hadap macam ni. Jumpa dengan ustaz. Merapu weh… Dah macam penunggang agama pula. Air zafran yang dibawa dari Turki dan  telah dibacakan ayat 30 juzuk. Berbotol diberi kepada bayi. Kami cuba persoalkan. Diceliknya mata ustaz tu kepada kami. Macam tahu kami tidak setuju akan perbuatannya. Aduh… Dah macam air gula klinik kesihatan kami tengok. Manis dan likat. Sebotol disuruh bayi kami habiskan. Bayi sebelum ni sampai tersedak-sedak. Sempat juga aku tengok maknya pegang 3 botol. Gila. Gila-gila pun, melayang RM50. Haha… 1st and last. Kami nekad, hadap jela raungan bayi kami ni sehingga berhenti sendiri.

Pelbagai usaha dilakukan, tak menjadi. Penat mendengar orang cakap macam tu, macam ni, tak juga berhenti.

Eh, betul. Masuk je umur 2 bulan 3 minggu, bayi kami berhenti menangis yang berpanjangan. Dah boleh merenung, senyum dan banyak lagi respon lain. Sekarang dah boleh bertenang melihat keadaan sekeliling. Berakhir sudah stress kami menghadapi suara bayi yang nyaring dalam tempoh yang agak lama. Colic ni akan berakhir juga. Sebab menangis ni takde effect apa pun. Bayi bukan dalam keadaan sakit atau cedera. Dia hanya suka menangis. Kita jela perlu hadap bunyi bingit dan nyaring yang boleh menyebabkan tertekan.

Ni waktu usia 2 bulan lebih ketika melalui perjalanan jauh. Dah takde nak meraung sangat. Cebik comel je.

 Bahaya tau stress ni. Kalau ibu dalam pantang ni boleh bawa ke meroyan. Bapa yang tidak boleh sabar akan mengoyangkan bayi berulang kali supaya senyap. Semua akibat tu akan mencederakan bayi. Naunzubillah… Oleh itu, kerjasama antara pasangan sangat penting. Alhamdulillah… Kami dapat bersabar dan saling memahami.

 Apa-apa pun, our baby dah back to normal. Nak bawak jalan-jalan mudah. Nak uruskan dia pun senang. Kami sekarang fokus untuk membesarkannya sebaik mungkin. Jadi, buat ibu bapa semua yang mempunyai masalah seperti kami, satu je boleh cakap, sabar. Sawan tangis berhenti dengan sendirinya. Tak perlu rawatan. Tempoh berhenti macam-macam. Apa yang kami tahu, sehingga berusia 6 bulan. Mungkin tempoh itu merupakan tempoh tu untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Kalau pandai muhasabah diri la. Kalau tak, boleh jadi bala dalam hubungan. Tolong saling memahami!

Nangis nak susu je sekarang! Rumah dah tak bising macam sebelum ni. Selalu buat muka comel. 3 bulan 1 minggu.

Kerja bukan impian

Percaya atau tidak, 85% antara kita ni bekerja bukan dengan minat. Beruntunglah awak-awak yang mana minatnya dibayar. Esok datang kerja dengan penuh keseronokan. Semangat berkobar-kobar nak siapkan kerja semalam. Walaupun kerjanya penat dan sukar, atas dasar minat, maka hari-harinya penuh cabaran yang mengujakan. Lelah nafas yang dihembus terasa puas. Senyum tak mungkin kelat. Senyum bagaikan menyahut cabaran tak sabar untuk selesaikan.

Pernah terbaca, jika di tempat kerja kau tak mampu nak senyum, carilah kerja yang boleh memberi senyuman.

Namun, akibat keperluan dan desakan hidup, kita main cekup je apa sahaja kerja yang ada di depan mata. Janji poket terisi duit. Kerjalah apa sahaja asalkan keperluan rumah dipenuhi. Anak-anak juga tidak terabai.Ada juga yang dipaksa bekerja disebabkan ingin menunaikan cita-cita ibu bapa. Impian ibu bapa tidak tercapai, maka dipaksanya anak-anak. Desakan hidup juga menjadi penyebab.

"Hidup kita sekeluarga susah selama ini. Besar nanti jadi doktor. Gaji mahal."
"Ayah dah tak lama. Uruskan perniagaan keluarga kita."

Maka, ramailah pekerja yang monyok melunaskan kerja sehari-hari. Datang dengan tidak bersemangat, kerja ala kadar, janji ada apa yang diarahkan. Jiwa tersekat. Hati meronta. Kes sakit mental dah makin menular di negara kita. Kebanyakannya daripada tekanan semasa bekerja. Kes begini akan membawa masalah sehingga ke tempat kerja juga. Sesebuah jabatan tidak akan menjadi kuat dengan adanya pekerja yang hilang semangat begini.   

Tanya pada hati, adakah ini yang kita mahu? Hidup kerana kerja? Atau sebaliknya. KERJA UNTUK HIDUP? Manakah yang sepatutnya untuk hidup ini? Cuba bayangkan 20 tahun dari sekarang. Masih sihatkah kita? Sedang melakukan kerja yang sama? Adakah anda sedang tersenyum atau sedang berduka? 

Tepuk dada, tanya selera. 

Pengajian di MPT 2004-2006. Masuk dengan bukan pilihan hati. Dan sungguh tidak sangka kerjaya guru bukan seperti yang dijangka.


Ada baik juga masuk maktab. Di sini kami berjodoh

Berkongsi maklumat itu lebih baik

Aku suka post sesuatu perkara di media sosial. Fb, IG, WhatsApp, youtube atau blog. Twitter, Telegram dan Wechat takde...

Kebanyakan yang dikongsi berkisar mengenai diri sendiri. Ada hal keluarga, berniaga atau pengalaman yang terjadi pada aku. Tak kisahlah sama ada cerita suka atau duka, gambar atau bertaip, ada je. Niatnya satu, untuk berkongsi.
Kita ni kalau nak cari maklumat mesti akan google. Sebab itu aku wujudkan blog. Aku harap penulisan aku di sana akan membantu orang lain. Jika kita nak tahu resepi, terlalu banyak segala jenis resepi mudah yang lalu di wall. Betul-betul memudahkan aku. Hasil daripada seseorang yang tak lokek berkongsi ilmu. Nak lebih jelas akan sesuatu prosedur, aku taip je di youtube. Lagi senang dengan melihat satu persatu di video. Audio, video, tersangat la jelas.
Jadi, berkongsi di mana-mana media sosial ini banyak faedahnya jika niat kita untuk membantu orang lain. Bukan hanya nak like semata-mata. Nak glemer? Jauh sekali.
Pernah tak dengar suara macam ni. 'Dah lama aku tak up status. Buatpe nak tunjuk kat orang. Share ni orang tak tahu malu je.' Ini pandangan dia. Jadi, tolong jangan mengecam orang yang nak berkongsi sesuatu. Apa lagi cakap di belakang.

Kau nak tahu maklumat pun taip di google, search dan klik je. Kalau takde orang berkongsi maklumat, mana kita dapat semua ni?

Berlapang dada membaca status seseorang. Hal orang bercerita tentang masalah, promote diri sendiri, post gambar bercuti, berniaga kain, kongsi tips, share status orang lain, atau apa sahaja. Itu hak mereka. Lagipun, ada kelebihan juga buat kita satu hari nanti.

Tengah-tengah serabut, ada orang share doa. Buntu tak tahu nak buat insurans, kawan ada promote. Risau berat badan tak turun-turun, terbaca status kawan berjaya slim.

Raikan setiap yang dikongsi. Mereka ini sedang membantu sesuatu yang bermanfaat. Ambil yang baik-baik sahaja. Mereka juga dapat pahala tanpa sengaja. Bukankah lebih harmoni? Kalau yang tak elok, tegur secara elok. Bukan di public atau membawang di belakangnya. Kan tak pasal dapat dosa.

Sebab orang kita ni tak boleh lari daripada mengata orang. Konon dia tak macam tu, sesedap mulut kata itu ini. Kesian mereka. Takut-takut nak up status.

Aku sentiasa berpesan kepada pelajar, ada perkara manfaat, sebaiknya kongsilah. Tak kisah di medan sosial mana sekalipun. Kenapa sombong dengan ilmu? Sekali orang manfaatkan apa yang dikongsi, sampai bila-bila pahala kau akan mengalir.

'Cikgu, kita dah google la apa yang cikgu suruh. Yang ada cuma maklumat daripada Indonesia dan omputeh jela. Susah la nak buat report'

See? Ayuh rakyat Malaysia, ringan-ringankan lah jari untuk berkongsi. Memberi itu lebih baik dari menerima. Takmau jugak? Duk diam-diam tau.

**Gambar hiasan ini semasa ke Tokyo Disember 2017. Signboard di belakang merupakan info menunjukkan di mana gambar ini diambil Secara tak langsung, orang akan tahu di mana kami berada. Banyak cara nak sampaikan ilmu.

Tulen dari hati - Nhazla Fikri.

Baby carrier - Guna kendong bayi lebih mudah berbanding baby stroller


Mengikut pengalaman kami bersama abang dan kakak, baby carrier dan baby stroller bagaikan takde fungsi. Baby stroller buat isi barang belian di pasaraya. Baby carrier pula hanya sebagai aksesori di bahu. Last skali, bayi hanya dipangku. Lengan jadi lengu. Stroller duk sepi belakang pintu. Carrier pun ntah ghaib ke mana. Sepanjang 8 tahun ketiadaan bayi, kami melihat trend ibu bapa kini menggunakan kemudahan baby carrier dan stroller semakin meningkat dan menjadi kemestian. Tak kurang juga nampak sebahagian fesyen kepada ibu bapa pula.

Oleh itu, sebelum lahirnya Niqrisa, kami membuat survey dulu tentang kedua-duanya. Ada yang ditanya di Facebook, baca blog, bukak youtube dan paling mudah tanya mak-mak muda. Kedua-dua ada pro dan kontra. Susah juga nak memilih.

Akhirnya, keputusan dibuat berdasarkan keperluan paling mustahak bagi kami. Ini kriteria yang diperlukan sebelum membeli :
  • Sesuai dibawa ketika travel/backpack (PALING UTAMA)
  • Mudah dimasukkan ke dalam kargo flight
  • Bayi akan duduk lama/diam
  • Mesra pengguna
  • Menjaga struktur badan ibu bapa dan bayi
Kalau ditanya dari sudut bajet, kami tak kisah. Kami hanya berpegang dengan pepatah, "Alah membeli, menang memakai."

Survey punya survey, baby carrier lah yang paling bertepatan dengan kriteria yang diperlukan. Itu belum lagi penyelesaian buat kami. Masalah seterusnya ialah mencari brand baby carrier yang terbaik buat kami dan bayi.

Part ni agak pening kepala. Sampai nak muntah bila buat survey. Bab ni memerlukan banyak pembacaan dan perbincangan. Jangan terlalu gopoh membeli. Membeli tanpa ilmu umpama mencari permata di dalam lumpur. Kami sedang mempertaruhkan keselamatan bayi dan duit yang akan dilaburkan.

Kami baru tahu yang baby carrier ni ada pelbagai jenis. Setahu kami sebelum ni yang bawah RM100 tu je. Sebelum ni beli yang berharga RM30. Tidak support tulang belakang si pemakai dan bayi langsung. Bahu pun cepat sakit. Kalau diperhatikan, banyak dijual di pasaraya dan butik-butik pakaian bayi.

Kami lebih berminat dengan design seperti beg. Apa yang penting mempunyai ciri seperti kain yang lembut. Dan kami menemui SSC (Soft Structure Carrier). Mudah untuk dipakai dan dibawa. Lagipun, boleh dipakai seawal baru lahir sehinggalah usia 2 tahun. Lama tu. Kalau nak lagi lama sehingga 4 tahun pun ada. Harga pun boleh tahan. Kebanyakannya brand oversea seperti Tula, Lennylamb, Kinderpack, Madame Googoo, Boba, Soul dan banyak lagi. Yang local pun ada juga. Antara yang popular ialah Tugeda, Jumpsac dan Snuggbaby. Semua brand berkenaan mempunyai ciri ergonomik.
Ada juga baby carrier yang claimed ergonomik tapi sebenarnya tidak. Sila buat pembacaan lebih lagi. Jangan cepat membuat keputusan. Kalau was-was, sewa dulu pun boleh. Ramai yang buat sewaan seperti di page FB Kendongku. 
Image result for jenis baby carrier
Jenis-jenis baby carrier. Kami berminat dengan SSC (Soft Structure Carrier)

Related image
SSC perlulah dalam kedudukan yang ergonomik bagi bayi untuk menyokong tulang paha.

Related image
Kami taknak jadi ibu bapa yang tidak berpengetahuan sehinggakan menyeksakan bayi. Lihat kedudukan kaki pun dah nampak tak selesa. 

Image result for hipseat carrier tidak baik
Kedudukan seperti C menjaga tulang belakang bayi. Ramai yang beli jenis hipseat. Tolong jangan mempertaruhkan keselamatan bayi anda. 

Image result for ergonomic carrier
Kedudukan tulang belakang bayi mengikut umur. Pastikan juga carrier yang dibeli support tulang belakang si pemakai. Tidak berasa berat dan selesa.

Image result for hipseat carrier tidak baik
Kami tak cadangkan Hipseat. Bukan jenis ergonomik.

Setelah membuat penyelidikan yang lama dan banyak, kami membuat keputusan untuk membeli SSC Soul Anoona buatan negara India. Design menarik. Warna yang memikat. Tempoh pemakaian bermula dari newborn sehingga 18 bulan. Baca feedback pun tiptop. Lagipun, kalau nak jual preloved pun masih ada harga. Sila bukak page FB Babywearing Malaysia, sangat seronok melihat mak-mak berkongsi pengalaman. Mereka berpengatahuan mengenai carrier dan nampak lebih terbuka. 

Ingatkan nak beli kat website Soul. Tapi mahal la pulak dengan kos penghantaran. Diizinkan Allah, kami terjumpa hamba Allah ni dealer di Malaysia. Dijual online di page FB Babywearing Royanness. Harga boleh tahan. Waktu beli Julai 2018 RM660 termasuk harga pos. Seminggu je dah sampai ke rumah. Excited betul time unboxing SSC. Hihi...


Tengok youtube ni yang buat jatuh hati dengan Soul.

Tapi, tapi dan tapi. Bukan boleh terus pakaikan pun. Berat bayi wajib mencapai 3.5 kg baru boleh nak gendong. Berat Niqrisa waktu SSC tu sampai baru 3.1 kg. Bila berat dah capai, masalah taknak duduk dalam tu pulak. Menangis dan menggelepar tak berhenti-henti. Waktu tu rasa macam membazirnya... Bila baca status FB Asmah Abd Rahman dan Deq Da mengenai pemakaian SSC kepada bayi, barulah belajar kaedahnya macam mana. Ini cara kami sebelum membiasakan Niqrisa dengan SSC.
  • Bayi akan menangis dahulu ketika dipakaikan. Normal.
  • Pakaikan SSC setiap hari pada bayi. Cuba dulu dengan tempoh 5 minit pusing dalam rumah. Kalau dah ok, cuba bawa keluar rumah pula. 
  • Pastikan bayi dalam keadaan kenyang, pampers kering dan mood baik. 
  • Keadaan sekeliling yang tidak terlalu bising untuk elakkan bayi rimas. 
  • Enjut-enjut sikit badan supaya bayi berasa seperti di dalam buai.
Setelah sebulan berlatih, akhirnya bayi kami yang berusia hampir 3 bulan dapat tidur lena dalam SSC selama 1 jam! Macam tak percaya. Rasa berbaloi sangat membeli. Selama tempoh Niqrisa tidur, tangan bebas, tidak berat menggendong dan mudah untuk akses. Tak terasa pun beban membawa bayi sebab support di bahu dan pinggang. Niqrisa melekat elok di badan. Betul-betul kemas. Niqrisa berada kemas seolah dipeluk. Bunyi degupan jantung ibu membuatkan Niqrisa berasa tenang. 

Terfikir juga rugi sebelum ni kami tidak didedahkan dengan baby carrier jenis SSC daripada abang dan kakak lagi. Rugi betul beli baby stroller. Dah la mahal, besar, berat dan tidak mesra bayi pulak tu. Macam mana nak mesra, bayi usia bawah setahun memang nak melekat je dengan ibu. Baby carrier memberi win-win situation buat ibu dan bayi. 

Diharap ramai lagi mak-mak di luar sana terbuka untuk menerima baby carrier menjadi sebahagian dalam kehidupan mereka anak-beranak. Pemakaian baby carrier ni seolah trend baru. Bukan apa, baby carrier ni memang wujud sejak zaman hitam putih lagi. Dulu mereka balut pakai kain sarung je. Sekarang lebih praktikal dengan reka bentuk dan teknologi terkini. Buat pilihan yang terbaik untuk memberi keselesaan kita bersama.

Jika anda lebih bersetuju dengan stroller berbanding carrier, berikan sebab kenapa. Berkongsi idea, cadangan dan pandangan ni dapat membuka minda buat kita semua. Jadilah ibu yang bijak buat anak-anak anda.

Lebih selesa dengan baby carrier brand Soul Anoona. Lagipun nampak lebih bergaya kan. Hihi ❤️

Better late than never

Kalau nak fit, nak stamina, nak body shape, kena la melalui proses yang menyakitkan. Beauty is pain. Huhuhhu... Seksa dan azab jugak la bila kena buat balik diet kalori. Rehat selama setahun sebab pregnant dan berpantang. Selama ni bantai je makan apa, sedap je duk rilek. Hambik. Sekarang nak mulakan balik memang berat sangat. 

Berat dah bertambah sekilo daripada awal mengandung. So, kena buat defisit kalori. Kalau ikutkan intake kalori sebenarnya 1800 kalori. Tapi, sebab nak kurangkan berat, maka kena makan 1530 kalori/sehari. 

Kalau nak makan lebih, sila buat senaman. Jumlah akan ditambah dalam kalori. Bolehlah nak makan banyak daripada biasakan. Itu reward selepas bersusah payah buat senaman. Jangan tak makan pulak. Rugi. Lagipun, jangan terlalu lama buat defisit kalori ni. Nanti badan akan terima signal badan hanya terima sebanyak itu sahaja. Tak ke rugi. Hilang nikmat oi tak boleh makan.

Kenapa nak fit sangat ni? Biasa la lepas bersalin badan akan mengembang. Takmau. Memang tak gemar tengok badan mencacak naik. Tak kisah macam mana situasi kita pun, badan perlu fit. Ini sebabnya :
  • Bila mana suka berjalan, badan mesti tough dengan situasi berjalan beribu langkah sehari.
  • Larat nak mengusung beg berkilo-kilo.
  • Nanti larat nak bawak baby.
  • Nafas tak mudah semput.
  • Biar sihat sepanjang masa. InsyaAllah.
  • Good looking bila posing amik gambar untuk post di IG atau Facebook. Haha

Pertama kali fast walking selepas bersalin. Tak sah kalau tak snap gambar acah-acah candid sebelum gerak. Haha

Guna aplikasi My Nutrition Day II : Menu makanan di Malaysia

Walau ada banyak kekangan seperti ketiadaan masa atau tak larat, kena juga buat senaman sekurang-kurangnya 15 minit sehari. Ini akan membantu badan dalam keadaan sihat. Jaga makan untuk mengekalkan jumlah kalori secukupnya. Tak boleh kurang, tak boleh juga lebih. 

Good luck untuk diri sendiri!

Travelog Koh Samui Thailand



Pergi bulan Mac 2018, tapi siap videolog ni bulan September. Makan masa 5 bulan jugak nak siap. Bukan mudah... Semuanya disebabkan kekangan masa dan kesihatan yang tidak diizinkan. Sekarang pun dah ada baby. Bertambah seorang lagi ahli backpackers family travel. Seronoknya. Semakin meriah perjalanan kami di kemudian hari.

Shoot tak banyak. Mungkin sebab road trip ni lebih memenatkan. Nampak je boleh duduk, santai-santai, drive slow... Tapi, mental boleh tahan rasa penat. Kalau sebelum ni travel orang lain yang driver. Berjam-jam pun takde masalah. Ni kita yang drive dan kena hadap sampai 8 9 jam. Memang lesulah badan dan mental ni. 

Walaupun penat, semuanya berbaloi. Teruja nak tengok tempat orang tu yang menggantikan segala penat lelah. Tempat cantik. Orangnya awesome. Makanan heaven. Eh, boleh kata semua tip top. Nak jugak? Kenalah pergi sendiri. Sebelum tu, tengok dulu videolog ni. Konpem hati merintih mau jejak kaki ke Thailand. 

Tekan HD untuk paparan yang menarik dan jelas.
Shoot by GoPro Black Hero 5 
Olympus OMD EM 10 M II
Experia XZ
Edited : Vegas Pro 10
Background Song : Ride by Twenty One - Pilot Alex Aiono cover 
AMAZING THAILAND