Muzium Terengganu

Cuti sekolah pertengahan tahun bagi 2016 ni kami mengunjungi Kuala Terengganu. Kebetulan ada kerja shooting kat SESMA, jadi kami mengambil kesempatan ini dengan mengunjungi tempat-tempat menarik di sana. Malam ada Pesta Peranakan di Kg. Cina. Tiada gambar? Ada sebenarnya. Belum proses lagi. Nanti akan cerita lain kali.

Buat pertama kali anak-anak melawat muzium. Tanya dulu sebelum pergi tau tak muzium tu tempat apa. Mereka jawab tau. Sampai sana terdiam kejap sebab mungkin mereka ingat tempat main kot. Haha...

Luasnya boleh tahan. Banyak jugak perkara yang boleh dilihat dan dipelajari. Datanglah beramai-ramai. Harga tiket bagi dewasa RM5 dan kanak-kanak adalah RM2 sahaja. Nak bagi makan pada ikan pun boleh dengan membeli dengan harga RM2 sebekas. Ikan pun bukan main jinak. Pantang lalu tepi bibir air terus berenang ke tepi kita. 

Takde sapa nak bergambar. Jadi terpaksa edit letak semula kami sekeluarga dalam ni. Sama tak?

Bagi makan pada ikan. Sebekas RM2.

Muzium Terengganu.

Frust sangat sebab pintu berkunci.

Naura yang kegirangan.

Anak kapal bersama kapten.

 Kaku Naura bila nak snap gambar dia.

 Ingat lagi dialog masa tu. "Kalau ok gambar ni, nak buat profil pic fb". Hehe

 Kapal putih. 

 Budak kacak.

 Sama-sama membuka pintu gelungsur yang ringan.

Nupe excited sangat.

 Terkedu mendengar bunyi ayam belanda.

 Dengan bangganya Nupe snap gambar ni.

 :) Love them all.

 Anak-beranak yang laju mencari air minuman.

 Sini ke bom keluar ibu?

 Meh saya cuba. Pow!

 Dahaga sangat.

 Nikmat minum di kala panas berjalan.

 Masjid?

 Masjid Kristal

Penat ye...

Tokoh Guru Daerah Kemaman 2016

Acara setiap tahun telah berakhir. Sepanjang dua minggu kami menyiapkan tugasan bermula dengan menyediakan storyboard, shooting sehinggalah menyunting. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar mengikut jadual. Malah, kami dapat menyiapkan lebih awal. Mungkin disebabkan kami telah pun biasa dengan rutin kerja video begini sejak 2012 lagi.

Tokoh Guru kali ini merupakan mantan Pengarah JPN Terengganu, iaitu Encik Zakaria. Beliau telah pun menamatkan kerjaya tahun lepas. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana terpilih menjadi Tokoh Guru Peringkat Daerah Kemaman 2016.

Rakaman di rumah tokoh guru. Kertas putih merupakan copy storyboard.

Suntingan dengan menggunakan dua monitor. Rasa puas melihatnya. Softwer editing merupakan Sony Vegas 13.0

Dengan berdurasikan 8.04 minit, dan bertemakan dokumentari, kami telah membawa kelainan dengan mengembalikan nostalgia lama beliau bersama rakan karib.


Photobook trend terkini

Asssalamualaikum!

Kami di sini dengan berbesar hati ingin memaklumkan kami ada menyediakan perkhidmatan PHOTOBOOK! Apa itu photobook? Mmm... Photobook merupakan trend terkini di mana gambar-gambar yang diambil akan diprint dalam bentuk buku. Pernah membelek majalah? Tidak kisahlah majalah apa sekalipun, Hijab, Nur atau Pa&Ma sekalipun, begitulah keadaannya yang dipanggil Photobook.

Setakat ini, kami telah menerima banyak tempahan samada Majlis Hari Lahir, Kelahiran Ahli baru dalam keluarga (Bayi), Perkahwinan dan juga Travel. Kami boleh menyediakan pelbagai jenis bentuk photobook yang diingini oleh pelanggan. Kalau hendak masukkan caption pun boleh.

* RM30 satu PHOTOBOOK
* 70 Keping (min 42, mak 70 keping)
* 42 muka surat (termasuk muka hadapan dan belakang)
* Soft cover.
* Saiz 6 x 6 inci.

(Jika berminat dengan saiz selain di atas dan hardcover, boleh terus pm kepada kami untuk detail)
Contact : Nhazla : 0129683725 atau Azizi : 0139320858 (whatsapp)

Muka hadapan

 Muka belakang

 Boleh letak caption.

Photogrid