Tokoh Guru Daerah Kemaman 2016

Acara setiap tahun telah berakhir. Sepanjang dua minggu kami menyiapkan tugasan bermula dengan menyediakan storyboard, shooting sehinggalah menyunting. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar mengikut jadual. Malah, kami dapat menyiapkan lebih awal. Mungkin disebabkan kami telah pun biasa dengan rutin kerja video begini sejak 2012 lagi.

Tokoh Guru kali ini merupakan mantan Pengarah JPN Terengganu, iaitu Encik Zakaria. Beliau telah pun menamatkan kerjaya tahun lepas. Tahniah diucapkan kepada beliau kerana terpilih menjadi Tokoh Guru Peringkat Daerah Kemaman 2016.

Rakaman di rumah tokoh guru. Kertas putih merupakan copy storyboard.

Suntingan dengan menggunakan dua monitor. Rasa puas melihatnya. Softwer editing merupakan Sony Vegas 13.0

Dengan berdurasikan 8.04 minit, dan bertemakan dokumentari, kami telah membawa kelainan dengan mengembalikan nostalgia lama beliau bersama rakan karib.


No comments:

Post a Comment