Mana kopi sedap di KB? KB Brewster ler

Wahai penggemar kopi sekalian yang berada di Kota Bharu. Nak rasa kopi hipster kaw lagi berbeza? Meh nok royat. Rasanya sangat umphh. Kami suka mencuba rasa di banyak tempat. Dan sini highly suggest. Kami promote free je tau. Takde bayaran pun. Ini disebabkan terlalu gemarkan kopi, jadi, hal baik perlu dikongsi bersama.




Ada satu kedai yang terletak di Jalan Abdul Kadir. Bersebelahan  betul-betul dengan Stesen Minyak Shell Paya. Sebelum ni dah pernah buat cubaan mencari cafe ni. Dua kali pusing tak jumpa. Silapnya, kami cari di Berek 12, jalan ke Kedai Maksu Nab Nasi Air. Memang tak jumpa la kan. Kalau anda dari Hospital Raja Zainab II, anda akan lalu depan kedai nasi air tu. Teruskan sehingga bertemu traffic light. Pandu lagi sampai la ternampak stesen minyak Shell. Toleh sebelah je, nampak la papan tanda kedai kopi. Situlah terletaknya Cafe KB Brewster. 

Buka aplikasi waze konpem jumpa.

1. Saiz kedai.

Kedai tak luas. Kecik comel je. Nak lepak? Tak sesuai. Minum dah blah jela. Sempit sebab ramai orang datang dalam satu masa. Kerusi meja disusun rapat. Tak selesa bagi kami. Kena jalan mengiring untuk elakkan daripada terkena kerusi pelanggan lain. Terkena kang tersedak pulak orang tu. Terdapat dua ruang iaitu ruang penghawa dingin dan ruang angin semulajadi. Makcik pakcik macam kami ni pilih aircond. Kelate panas beb.
Waktu ni tak ramai lagi. Selang beberapa minit lepas kami tangkap gambar ni, pelanggan dah mula beratur belakang kerusi kami. 

2. Minuman.

Ada macam-macam jenis kopi. Cappuccino, Latte, Espresso dan pelbagai pilihan lagi. Latte aje ada berapa jenis. Jenuh nak taip. Kami order Coffe Latte Caramel dan Coffe Hazelnut. Dua-dua kopi panas. Siap bentuk daun lagi. Dan rasanya of course la sedap kan. Kalau tak, tak promote pulak. Buih tu melekat kat atas bibir pun tak mau sapu lagi. Sayang. Haha Nufail minum Chocolate Shake. Sekali hirup je budak tu. Lemak berkrim katanya. Manis? Tak semanis di sesetengah kedai kopi lain. Just nice nak minum waktu tu. Naura order air jus. 
Nufail tak reti nak order minuman lain selain air cokelat.
3. Makanan.

Ada kek tau. Kami order kek Nutella Crepe kongsi empat orang. Besar sangat nak habiskan. Memang kek yang mempunyai rasa kelainan. Tak pernah makan sebelum ni, dan kek ni kami bagi 5 bintang. Memang ngam la makan bersama kopi. Ada juga makanan western lain seperti spagetti. Lain-lain makanan berat pun turut disediakan.
Kek Nutella Crepe. Layer crepe yang sedap tu. Jangan ditanya banyak mana kalori dah masuk dalam badan kami. Psst, tuan kedai boleh tak masukkan jumlah kalori untuk satu slice ni? Senang nak bajet. Hihi

4. Harga.

Secawan kopi RM7-8 secawan kalau tak silap. Takde resit la. Tak taulah kot kena mintak baru dapat kan. Mungkin juga langkah penjimatan kedai. Hihi Ditegaskan, berbaloi rasa yang sedap dengan harganya. Sebab, kalau kedai lain kuantiti sikit je. Yang ni banyak kali jugak bila hirup. Banyak dan murah sikit berbanding kedai lain yang kami pernah pergi sebelum ni. 

Tanda harga ada dipaparkan. Sila jegil mata luas-luas untuk lihat kat belakang anak-anak kami ni.

5. Pekerja.

Pekerja tak sure ramai ke tak. Tapi, kalau tengok pada sudut kecekapan mengemas tempat dan penghantaran pesanan, lambat daripada sepatutnya. Jadi, berkemungkinan mereka tak cukup tenaga kerja. Kalau beratur, laju je dapat. Yelah, beratur ikut turn, order dan bayar. Memang cepat la. Kami order daripada meja. Kena la tunggu.

6. Dekorasi.

Kami tak reti nak bagitau tema apa yang di touch up oleh cafe ni. Yang kami tau, up to date la. Dinding cafe dicat dengan beraninya menggunakan warna hitam dan putih krim.  Deko dalam ni lawa kalau nak amik gambar. Profil FB dah bertukar ya sebab datang cafe ni la. 

Hajat nak bergambar kat situ. Kebetulan pelanggan ni dah siap minum. Tapi segan la pulak sebab ramai orang yang memandang. 

CADANGAN KAMI AS PELANGGAN

Kebanyakan pelanggan beli untuk take away. Tapi tak perlu sampai kena luaskan kedai. Kami cadangkan, cukup buat satu kawasan asing untuk orang beratur bawak balik air. Khaskan tempat untuk pelanggan yang nak minum di kedai. Kaunter dan tempat minum sangat rapat. Jadi, kami minum bersebelahan dengan orang ramai duk beratur. Takde privasi nak menyembang. 

Kan best kalau ada drive through. Haha Jangan marah tuan kedai. Ini menunjukkan bahawasanya kopi tuan boleh dipasarkan lebih jauh. Kami doakan agar cafe ini terkenal di seluruh Kelantan. Malah, orang jauh pun akan berpusu nak datang rasa kopi KB Brewster. InsyaAllah, satu hari nanti. Keep it up!

No comments:

Post a Comment