Kebiasaan kita lihat ramai yang ke luar negara dengan terbang bersama Airasia. AirAsia ni memang cukup terkenal dengan tambang murah. Itu yang menjadi pilihan bagi setiap pengembara tidak kira dalam atau ke luar negara. Untuk pengetahuan, AirAsia merupakan syarikat tambang murah dunia buat kali kesepuluh berturut-turut dalam Anugerah Skytrax Penerbangan Dunia 2018. Tak hairan ramai yang menjadi AirAsia sebagai pilihan pertama.
Tebus tiket di kaunter.
Sungguh tak sangka. Rupa-rupanya PAL ni bukan calang-calang flight. Masa nak naik kapal tu la baru tahu yang kami sebenarnya sedang naik flight yang bertaraf empat bintang. Terpampang logo empat bintang tu di pintu masuk kapal terbang. Wah, wah!Yang beli business class berada di hadapan. Tak banyak kerusi pun. Kami yang ekonomi ni berada di ruang 2/3 badan kapal. Gap pun pakai kain je. Ruang yang kami duduk boleh tahan luasnya. Nak betulkan kaki pun tak ganggu orang sebelah. Kaki boleh silang tau. Tak perlu nak duduk menyempit. Bantal dan selimut disediakan. Disebabkan tak sejuk, tak perlu mintak selimut. Bantal pun tak sempat nak guna buat tidur sebab perjalanan udara dari Kuala Lumpur ke Manila mengambil masa 2 jam setengah sahaja.
Perjalanan waktu pergi. Yang check in online sempit sikit berbanding yang waktu balik ke Kuala Lumpur.
Pandang member dia. Ruang lebih luas sewaktu pulang ke tanah air. Terima kasih petugas kaunter yang bantu kami aturkan di kerusi ni.
Satu cerita lagi. Waktu kat kaunter boarding, petugas scan semua tiket kami. Cuma yang tersangkut hanyalah Niqrisa kerana tak wujud dalam sistem imigresen. Kesilapan berlaku sewaktu kami di imigresen Malaysia. Petugas meringankan tulang membantu kami pergi ke imigresen sendiri tanpa adanya kami dan semuanya selesai dalam masa yang singkat. Huh, kalau tak jenuh jugak buat kami yang ada bayi ni kena pergi balik ke sana. Jauh tu...
Lorong untuk yang ada anak kecil, orang tua dan kurang upaya. Barisan sangat pendek. Itu yang jadi laju.
Nasi berlauk ikan. Sedap. Kena la dengan selera tekak Malaysia ni.
Budak-budak dengan senang hati memilih spagetti.
Takde monitor nak tengok cerita atau main game. Earphone takde pulak disediakan. Tak tau la kena minta baru dapat. Tapi nak cucuk kat mana? Tak jumpa pun tempat cucuk kat kerusi atau arm rest.
Layanan daripada staf PAL sangat memuaskan hati. Memang setaraf dengan empat bintang sebagaimana dinobatkan. Panggil je pramugari akan terus datang membantu. Yes, ma'am. What can I help you? Seronok kan bila tanya je, masalah selesai. Hehe Anak-anak pun takde rasa takut dengan staf. Walaupun bahasa itik ayam pun, staf sedia menghulurkan khidmatnya.
Dari segi entertain, bagi kami takde langsung bagi yang pergi bujang atau dengan kawan-kawan. Bagi yang pergi dengan keluarga, PAL ni okey. Adakah berbaloi empat bintang? Tak pun. Tiga bintang kami berikan. PAL ni baru sahaja naik taraf daripada tiga ke empat bintang. Jadi, takde la expect tinggi sangat. Dari keselesaan, yes, sangat selesa. Sebab mesra keluarga. Takde la kami kena sound sebab anak bising. Sebab dah dikumpulkan setempat kan. Apa-apa pun, kami lihat PAL amat memberi fokus kepada golongan penumpang yang kurang upaya dan keluarga yang mempunyai anak kecil. Kami berasa amat bersyukur kerana dipermudahkan dengan terbang bersama PAL.
Terima kasih atas pengalaman yang tidak disangka-sangka ini. Semoga maju jaya buat PAL untuk menjadi setaraf dengan syarikat lima bintang yang lain. Harap jugak buat kami dapat berpeluang naik flight lain dan boleh buat review macam ni lagi. Kalau dah rezeki, memang takkan salah alamat. InsyaAllah!
It's more fun in the Phillipines
No comments:
Post a Comment