AMALI Kemahiran Hidup Tingkatan 1 (TERAS)

Buat pertama kali tak masukkan video. Saje nak share prosedur pdp dalam kelas. Boleh jugak jadi bukti pengajaran :P
Lain kali nak cuba buat dalam bentuk video plak. Tapi hak ni, nak share yang pegun sahaja. Sebenarnya tak kisah macam mana bentuk pun, asalkan ada.

Tajuk : Pendawaian Plag 3 Pin 13 Ampere
Bab : Bab 3 Elektrik -Teras

Alatan : Pisau, Pena Ujian, Playar Muncung Tirus, Gunting
Bahan : Wayar 3 teras, Plag 3 pin


1. Sediakan alatan dan bahan.
2. Potong penebat luar wayar tiga teras sepanjang 4 cm dengan pisau lipat.
3. Buangkan penebat luar dan benang yang terdedah.
4. Buka penutup plag dan longgarkan skru tamatan. Kemudian, masukkan wayar 3 teras di dalam lubang tamatan. Ketatkan skru pengapit semula.
5. Potong teras jika terlalu panjang untuk mendapatkan pendawaian kemas.
6. Jalurkan penebat pada teras. Jalurkan dengan teliti supaya lembar wayar tidak terpotong.
7. Pintal dan lipatkan hujung teras yang telah dijalur.
8. Pasangkan teras pada tamatan mengikut kod warna seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut :

Tamatan hidup (L)

Wayar perang / merah
Tamatan neutral (N)

Wayar biru / hitam
Tamatan bumi (E)

Wayar hijau berjalur kuning

9. Tunjukkan plag tersebut kepada guru untuk diperiksa terlebih dahulu.


Update : 24 Mac 2015

No comments:

Post a Comment