Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Kemaman 2015

Selesai sudah mempersembahkan video tokoh guru bagi tahun ni.... Fiuh... Boleh tarik nafas lega. Semasa ditayangkan di hadapan beribu-ribu orang penonton,. Tak lupa juga undangan terhormat Dato' Sri Shaberi Chik juga antara penonton pada waktu tu.

Rasa berdebar-debar, tambah risau video tak memuaskan. Tangan tak payah cakap. Sejuk macam air batu. Kebetulan jugak, Tokoh Guru ni merupakan suami kepada Pengetua SMK Banggol. Memang berkait. Tapi, dengan video yang berdurasi 5.19 minit, ianya mendapat sambutan. Ucapan tahniah daripada rakan-rakan kami terima.

Terima kasih. Satu penghargaan apabila mendapat respon positif daripada orang lain. Walaupun ianya tidak sehebat sebagaimana produksi luar, namun kami amat gembira kerana orang lain gembira. Kegembiraan orang lain, kepuasan kami.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang menyediakan video ini. Semoga Allah memurahkan rezeki ke atas orang-orang yang telah membantu kami.

Tokoh Guru Kemaman : Hj. Mohd Deris Bin Che Man
Lagu : Arrieatty OST (by cover)

Menggunakan sepenuhnya equipment RalitMedia. Slider. Canon 500D, Canon 70D, Lens, 50mm.



Full Tokoh Guru 2015 from RalitMedia on Vimeo.

No comments:

Post a Comment