Toyota Mega Gathering (TMG) merupakan satu perjumpaan secara besar-besaran di sebuah kawasan lapang yang datangnya daripada tiap pelusuk negeri. Siapa mereka ni? Semestinya peminat kereta jenis Toyota. Kami daripada Ganu Toyota Owner Club (GTOC) turut sama memeriahkan perjumpaan tahun 2016 yang berlangsung di Port Dickson. Buat kali kedua kami dapat menyertainya perjumpaan tersebut.
Apa yang mengejutkan ialah, perjalanan kami adalah 18 jam. Ye... L.A.P.A.N.B.E.L.A.S.J.A.M. Wow! Wow! Dan wow lagi! Hahahaha
Kami bergerak keluar daripada rumah pukul 8.30 pagi dan tiba di Stesen Minyak Shell Chendor 15 minit kemudian. Tunggu yang lain tidak sampai-sampai akhirnya kami buat keputusan makan dulu lepas perut ni dah keluarkan rembesan asid amino. Bersama dengan rakan GTOC lain, makan sebentar di Cherating. Pertemuan kedua adalah di exit highway Gambang. Sempat makan tengahari walaupun perut masih padat dengan makan pagi pukul 9 tadi.
Pukul 1.30 tengahari ada meting perjalanan dan selepas itu masing-masing tahu tugas serta posisi masing-masing. Namun begitu, kami sempat mencari masjid untuk solat Jumaat . Tapi, tak tahu kat mana. Yelah, masing-masing bukannya asal Kuantan. Mana nak jumpa last-last minit macam ni. So, kami pun teruskan perjalanan untuk ke PD (at least niat nak solat Jumaat ada kan. Apakan daya, tak jumpa).
Berhenti seketika di Stesen Minyak Petronas Muazam Shah untuk pelbagai urusan. Lebih 30 minit menunggu, kami mula bergerak. Langit memang dah gelap tanda nak hujan. Pandang depan jaan, satu barisan kereta yang sangat panjang seolah-olah tidak nampak rompang antara kereta. Kereta langsung tidak bergerak. Hujan pun dah mulai turun dengan lebat. Keputusan dibuat dan kami berpusing semula ke Kuantan. Dengarnya, jalan di hadapan sedang dibaiki.
Kami lalu sekali lagi food court makan tengahari tadi buat kali kedua dan berhenti rehat di RnR Gambang pada pukul 5.30 petang. Waktu inilah kami mengambil kesempatan untuk solat dan makan malam. Tepat pukul 8 malam kami bergerak beramai-ramai menuju destinasi yang amat jelas iaitu di Port Dickson.
Kali ini, perjalanan sangat lancar. Masing-masing walaupun telah berjam-jam memandu tapi masih bersemangat dan tiada tanda-tanda mengantuk. Keluhan manja sahaja yang kedengaran. Haha.. Dengan pemanduan yang berhemah dan sangat berdisiplin yang diberikan oleh ahli GTOC, maka sampailah ke destinasi yang dinanti-nanti, iaitu satu kawasan homestay yang memuatkan seluruh penumpang 20 buah kereta yang baru tiba. Tengok jam, dah pukul 1 pagi. Tidur? Tak... Jamah dulu ayam BBQ yang telah lama menanti.
So, itulah pengalaman berkonvoi pertama kali dengan sejumlah 20 buah kereta Toyota jenis Corolla dan Vios. Tidak dilupa juga dengan kehadiran dua orang ahli KBAE yang turut sama bersama dengan GTOC sepanjang perjalanan.
[TMG] [300516] [SABTU] [PD] [GTOC]
Gambar kami yang pertama dimuat naik dalam fb sebelum memulakan perjalanan.
Makan di Cherating bersama ahli termuda GTOC.
Banyak urusan perlu diselesaikan di Petronas Muazam Shah. (King Holden Nova dan GT AE 111)
Berhenti rehat di RnR Gambang untuk solat dan makan malam. Waktu memang dah betul-betul senja.
Kereta biru baik dalam barisan. (ACH - Presiden GTOC)
Makan pagi di homestay pada 30 Mei 2016. ( Deck dan Ja mengira keuntungan)
Masing-masing mencuci kereta sehingga berkilat. (Dlm gambar Qu Putih bukan nama sebenar)
Ini lagi bagus KERJASAMA.
Bergambar di pintu masuk homestay sebelum ke tempat berkumpul.
Kami telah berada di perkarangan TMG. Beratur untuk gambar di red carpet.( Pok WEL - KING 3S Sprinter GT AE111)
Gambar kenang-kenangan bersama ahli GTOC.
18 buah kereta kesemuanya.
No comments:
Post a Comment