DIY Pemasangan Kabinet Giant

Sudah menjadi trend kabinet dipasang di dinding rumah. Memaksimumkan penggunaan ruang rumah yang selama ini hanya dihiasi dengan bingkai gambar dan almari yang ditolak rapat di tepi dinidng. Sayang kan. Jadi, apa kata kita diy (do it yourself) pemasangan kabinet di rumah. Sangat disarankan kepada pemilik sendiri sahaja kerana jika tebuk di rumah yang disewa pasti dapatkan kebenaran dahulu. Berlubang rumah orang tu nanti. Tak pasal-pasal sebelum keluar rumah akan ditolak deposit dua bulan. Kihkihkih

Baik, pertama sekali, beli la kabinet yang murah dan ringan seperti particle board. Boleh didapati di kedai perabot atau pasaraya besar seperti Giant dan Tesco. Kami beli di Giant sahaja dengan harga RM89.99. Bersaiz 33 x 35 x 18 inci. Pastikan anda ukur dahulu ruang yang hendak dipasang kabinet sebelum membeli agar melancarkan kerja. Gambar tidak banyak. Tapi kami akan terangkan langkah yang mudah difahami. 
  1.  Buka kotak dan pasang mengikut gambarajah yang diberi. 
  2. Ukur dan tanda pada dinding yang hendak ditebuk. Gunakan pembaris dan alat penimbang air supaya garisan tidak senget. Tak mungkin kita nak kabinet kita nampak jatuhkan.
  3. Kemudian tanda menggunakan pensel. Bila dah siap nanti, kita boleh padam menggunakan pemadam nanti.
  4. Tebuk menggunakan drill. Pakai gogle bagi mengelakkan habuk masuk mata. Keselamatan perlu diutamakan. 
  5. Seterusnya kami sertakan gambar. 
 Kami dapat breket ni daripada pekerja yang pasang kabinet dapur di rumah kami sebelum ni. Breket ini dipasang di bahagian dalam kabinet bagi meyakinkan kami agar lebih kukuh melekat di dinding. 

Bawah kabinet ni kami pasangkan breket bentuk L supaya kabinet tidak tergantung macam tu je. Sekurang-kurangnya, kabinet melekat utuh tanpa kerisauan. 

Kami pasang dua breket L di bawah kabinet. Kecil je breket tu. Jika anda tidak suka melihat breket tu nampak di bawah kabinet, anda boleh pusing breket tu berada di belakang kabinet. Tapi susahlah sikit sebab kena ukur, tanda dan turunkan balik kabinet tu. Tebuk dan sangkut balik kabinet serta skrukan bahagian dalam dengan cermat. Kami buat macam ni pun dah calar sikit pada kabinet baru ni. Sayang... Nak touch up pun tak boleh dah. Huhu... 

Memerlukan kerjasama yang baik daripada suami isteri untuk sangkut kabinet. Boleh tahan beratnya walaupun dah cari yang paling ringan.

Daun pintu dipasang dengan mudahnya. Senang la sebab memang lubang daun pintu memang dah ada pun.

Penyidai tu memang dah ada sebelum ni. Ruang atas tu kosong. Kebetulan kami takde tempat nak simpan jaket. Dinding di bahagian sinilah mangsanya. Hehe

Banyak penyidai sebenarnya... Ini adalah bilik menjemur pakaian. Tempat simpan baju pun ye jugak. Tudung pun macam dah tetap kat situ. Senang, semua perkara berkaitan dengan pakaian semuanya ada di sini. Bermula daripada sidai, jemur, lipat, simpan dan menggosok. Lengkap satu bilik. 

Pandangan daripada loteng. Ruang yang sangat simple tapi menjadikan barangan nampak kemas tersusun. Papan penggosok baju pun kami sangkut. Plag pun dah ada siap-siap. Lampu sengaja dipasang di situ supaya pencahayaan terus ke papan semasa kerja menggosok pakaian.


Loteng di bahagian atas ruang menjemur pakaian. http://ralitmedia.blogspot.my/2016/01/loteng-anak-anak.html 

Kami hanya menyediakan bila ada keperluan sahaja. Kabinet ni dipasang pun disebabkan kami terbeli banyak jaket. Jadi takde tempat penyimpanan. Nak letak di penyidai, rimas mata memandang. Kami terfikir tentang wall cabinet ni. 

Rumah kami tidak semewah orang lain. Tidak mampu nak sedia barangan yang tinggi harganya. Yang penting bersih dan kemas. Kami juga lebih suka perkataan diy tu. Ada kepuasan bila dapat siapkannya. Yang pasti, yang banyak puas hati adalah isteri kerana suami yang terpaksa perah tenaga lebih. 

Sekian :)


No comments:

Post a Comment