Catatan kami di musim sejuk di Tokyo, Jepun pada Disember 2016. Bagi yang berminat untuk menerokai bandaraya utama Jepun ini, kami menyajikan intipati maklumat yang bermanfaat bagi pembaca semua. Catatan ini amat bersesuaian kepada yang berkeluarga.
Hallup! Ops sorry. Arigato minna san! Kami memilih Jepun sebagai destinasi percutian cuti sekolah bagi tahun 2016. Macam mana terpikir nak ke negara matahari terbit ni? Bermulanya al kisah selepas pulang daripada Bangkok tahun lepas, kami berbincang. Panasnya Thailand ni. Macam lebih kurang cuaca Malaysia. Apa kata kita beralih angin merasa tempat sejuk pula? Elok sangat la dengan cuti sekolah bulan Disember. Kebanyakkan negara empat musim dah masuk winter.
Bagi yang belum mengikuti perjalanan kami ke Bangkok sebelum ini, sila klik-
Kami gunakan kotak kasut sebagai tabung travel. Tulis goal kami untuk tahun 2016. Semua perlu menabung bagi memenuhkan duit dalam kotak tu. Nufail sangat teruja bila kami tulis Salji. Balik sekolah, dia akan masukkan duit lebihan belanja. Tak banyak pun bahagian dia. Kami yang bertungkus-lumus menyimpan. Haha... Pada mulanya kami sisihkan duit RM5. Tak jadi. Sebab kami lupa nak masukkan. Kemudian kami nekad berniaga. Perkhidmatan Photobook dijalankan. Duit cepat terkumpul. Tapi banyak juga susutnya sebab ada beberapa situasi membuatkan kami mengambilnya... Biasalah, pasang surutnya tetap ada. Untuk dua bulan terakhir, kami istiqamah dan berjaya mengumpul duit yang diperlukan. Terus slow buat Photobook.
Inilah strategi kami selama setahun. Balik dari Bangkok terus buat kotak travel. Kalau ikut plan asal, Umi dan Cik Su nak ikut. Ntah macam mana boleh tak jadi.
Kawan mesej dan bagitau Vietnam Airlines buat promosi pada bulan Mei. Kami grab terus tiket untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak. Harga dewasa RM7++ dan kanak-kanak RM5++. Total semuanya RM2700 pergi balik lebih kurang. Perlu transit di Vietnam untuk 7 jam. Tak jadi hal. Asalkan dapat sampai ke negara yang tak pernah jejak. Kami fly dari Kota Bharu ke KLIA2 pada 7hb Dis. Pada hari yang sama juga kami fly ke airport Ho Chi Minh, Vietnam dengan penerbangan memakan masa hampir 2 jam. Memandangkan flight seterusnya pada pukul 6.45 pagi, 8hb, maka kami tidur di airport.
Airport sini tak jumpa makanan halal. Tempat solat pun takde. Kami solat di penjuru ruang sahaja. Kami dah bawa siap-siap bekalan seperti Megi Cawan dan Milo 3 in 1 untuk breakfast. Dalam flight pun breakfast sekali lagi dan disediakan pada pukul 8 pagi. Bagus VA ni. Tiket murah, seat luas berbanding AA. Free 30 kg luggage dan makan disediakan sebanyak dua kali.
Kalau dah penat, tidur di kerusi airport ni pun dapat memberikan kami tidur dengan nyenyak. Silap, yang nyenyak hanyalah anak-anak. Kami Tidur duduk je.
Tak perasan kan solat kawasan tu.
Kami amik seat ekonomi. Kebanyakan penumpang dah ramai orang Jepun. Mereka amat pentingkan kebersihan. Ramai pakai mask muka bagi mengelakkan dapat penyakit.
Ni makan malam sebenarnya. Yang breakfast tak snap. Boleh email siap-siap nak makanan Halal.
Selama 6 jam terbang di langit biru, kami tiba di Narita Airport pada pukul 2.30 petang waktu Jepun. Beza dengan waktu Malaysia lebih kurang 2 jam. Pukul 4.28 dah maghrib. Waktu siang pendek. Malam panjang waktunya. Rugi datang time winter ni. Malam dah tak keluar jalan-jalan sebab suhu jatuh ke 4°celsius. Siang boleh tahan lagi sebab bawah 10°celsius je... Je okey...
Ni flight ketiga kami terbang dalam tempoh 2 hari. KB - KLIA - Ho Chi Minh - Narita. Fuhh... Jauh perjalanan, luas pandangan.
Ingatkan sejuk. Panas rupanya dalam airport ni. Siap boleh pakai blaus tu je. Sweater tu menyamar. Semua tempat urus niaga memang ada heater. Keluar je daripada bangunan, sejuk yang amat.
Pocket wifi kena amik. Walaupun ada yang kata, "Alah, free wifi bersepah kat Jepun."
Senang cakap bagi yang solo travel... Kalau yang pergi bekeluarga, sebaiknya amiklah. Tapi, terpulang kepada masing-masing. Kami dah buat kesilapan sebab lupa nak amik pocket wifi tu di KLIA semalam. Harga sewa RM13 sehari dengan Travel Recommend. Tapi, benda dah jadi kan. Terpaksalah sewa lain di airport Narita. Mujur kami dah active credit card sehari sebelum. Telecomm Square tu tak nak cash. Bayar swap kad kredit dengan harga RM265 selama 7 hari (disertakan dengan insuran cover) Beza RM154 dengan yang Malaysia. Tapi, yang bestnya, boleh guna 10 devices, unlimited, laju dan 4Glte.
Kedai ni di base floor. Banyak pilihan kedai jika nak dibandingkan harga sewa. Makan masa jugalah nak amik yang mana. Lagi lama kita sewa, lagi murah harganya.
Pocket wifi ni disediakan beg. Bateri tahan 9 jam. Kecil je dan boleh dimuatkan dalam poket seluar. No wonder la nama macam tu kan.
Kenapa kami berkeras nak guna juga Pocket Wifi? Kelebihan kami senaraikan di bawah :-
- Mudah nak cari tempat guna google map
- Senang cari makanan halal menggunakan Halal Gourmet App
- Ada masalah boleh terus berhubung dengan kawan
- Sebab iti berterabur, jadi kami akan rujuk di FB Road To Japan sebagai panduan
- Dapat update gambar FB dan Whatsapp. Haha
Kami menyewa satu apartment di Ikebukuro, Tokyo. Tempahan menggunakan Airbnb selama 6 hari 5 malam dengan bayaran RM1320 keseluruhannya. Tak besar pun. Tapi lengkap dengan dapur, mesin basuh, bath tub, tempat tidur cukup pun muat untuk 4 orang. Katil super single 1, katil lipat, kerusi katil dan tilam. Tempah awal bagi mengelakkan daripada ketiadaan tempat tinggal. Sebelum ni kami book di Komae dengan harga RM440 selama 5 hari. Masalahnya di transportation. Terlalu mahal bila kami buat kira-kira. Staylah di kawasan yang berdekatan dengan pengangkutan awam seperti trem, tren dan bas. Tempat yang dituju juga tidak jauh. Tiket juga tidak mahal. Kami banyak gunakan tren sebagai penghubung kami ke tempat yang akan di cover.
Kami menyewa di tingkat 3. Bayangkan menaiki tangga dengan menggalas beg 70L+10L dan tambah lagi 28L kat depan. Nak bernafas pun susah. Hari pertama je. Hari kedua dan seterusnya lenggang-kangkung.
Pemandangan pada pukul 9 pagi di beranda rumah. Cahaya menyilau seolah panas macam Malaysia. Sebenarnya, sejuk berangin ni. Menggigil kami ketika menjemur kain kat luar. Hari-hari basuh baju.
Chef tetap di rumah. Makan pagi dan malam serahkan kepada Abah. Terbaik la dapur ni digunakan sepenuhnya. Abah pun terbaik juga.
Ruang ngam-ngam untuk kami sekeluarga. Kalau 4 orang dewasa, rasanya sesak juga. Cukup keperluan asas. Tv pun ada. Pocket wifi pun owner rumah bagi. Tapi kami tak guna pun sebab limit 2Gb seminggu. Aircond pun ada sama. Tak mungkin kami pakai. Malam pun berlapis-lapis pakai baju. Takde pemanas dalam rumah...
Ramai juga tanya, tak susah ke nak makan kat sana? Kami masak untuk jimatkan belanja makan. Masak menu mudah je. Goreng telur, roti bakar dan rebus megi. Nasi boleh dibeli di Lawson, 7E atau Family Mart dengan harga 380 yen. Pek nasi tu dipanaskan dalam microwave selama 2 minit. Bawa la juga serunding. Nak lagi sedap, bawa la makanan keluaran Brahim. Kami suggest Nasi Lemak. Tumis yang lebih boleh simpan dalam peti dan dimakan berulang kali. Tengahari kami beli Onigiri, Ramen, Udon, Tenpayaki, Melon Pan, Taiyaki dan banyak lagi!!! Cuba la. Rugi bila ke sana tapi menolak makanan Jepun. Senang nak cari makanan halal. Kami hafal berbulan lamanya tau. Kalau malas masak dan nak jimat, beli je Onigiri di kedai runcit yang dinyatakan tadi dengan harga 100yen je. Anak-anak kami tak cerewet bab makan. Yang mereka nak, cumalah air cokelat dan susu. Senang. Vending Machine pun banyak.
Kami tunjuk muka budak-budak la nampak suci je semasa makan. Gambar kami tolak tepi la sebab buruk sangat rupanya.
Logo Halal terpampang. Ada juga kedai yang takde pun tanda halal macam ni. Kena check dalam FB Halal in Japan.
Tak cukup gambar makanan ni. Kami beli je terus makan. Kami makan ketika betul-betul lapar. Tengok baulu Jepun bentuk ikan, dah terngap di bahagian muka. Sorry.
Nak mudah kira, kami genapkan.
100 yen bersamaan RM4
1000 yen bersamaan RM40
Bila dah tukar duit, jangan sesekali kita bandingkan dengan RM. Memang akan terasa mahalnya. Contohnya beli Ramen dengan harga 1200 yen. Jika didarab 4 akan jadi RM48. Mahalnya! Sebenarnya tak pun bila kita dah ada siap-siap duit yen di tangan. Kami berbekalkan 50,000 yen (bersamaan RM2000) untuk berbelanja sana. Flight pergi balik dan apartment tidak termasuk. Di hari ke 5, kami hanya guna 30,000 yen sahaja. Berbaki lagi 20,000 yen. Kita perlu pandai bajet makan dan duit tiket tren dalam sehari.
Ni tukaran yang kami buat di sebelah kedai Azam Photo Kota Bharu. Bawa duit 2 gulung. Gemuk-gemuk lagi berjumlah RM2000 yang dikumpulkan selama setahun dengan susah payahnya. Bila tukar dapat 5 keping je. Gembira ke sedih tak tahulah.
Banyakkan study dahulu tren di Tokyo. Kami penonton setia channel Only in Japan saluran di youtube.com. Kami juga banyak buat rujukan di Group FB Road To Japan (RTJ) dan membuat penyelidikan di page utama tren di Jepun. Antaranya ialah:-
Google Maps
Sumber internet. Tokyo train map Yamanote line. Save la kat dalam phone. Senang nak rujuk. Dan, kalau terlepas stesen pun takpe sebab tren ni looping balik.
Sumber internet. Jika anda mampu, sila hafal Tokyo Subway ni. Memang power la. Kami pun ada rujuk dengan pegawai di stesen. Bi hancus. Ada yang kami tanya,"Should I need to buy my daughter a ticket too? She's 6 years old." Kami pun hancus jugak Bi. Tapi lantak la. Asalkan maksud sampai. Dia jawab,"Ticketto, ticketto." Okey, kiranya free la kot.
Nak murah, boleh beli pass. Pasmo, Suica, Tokyo Metro Pass atau Jr Line Pass. Budak berumur 6 tahun ke bawah adalah percuma. Bagi berumur 7 hingga 12 tahun, tiketnya separuh harga. Kami banyak menggunakan JR Yamanote Line kerana loop line around Tokyo City je. Pastikan dulu tempat yang hendak dituju, barulah rujuk peta tren. Susah ke? Senang jika study map. Harga untuk dewasa hanyalah 170 yen sehala. Bagi nak menaiki bas ke Kawaguchiko Lake, naik di Shinjuku Terminal Bus Express berhampiran dengan JR Shinjuku Station. Tiket boleh dibeli di kaunter, walk in atau online. Tiket bagi dewasa 1750 yen. Bagi kanak-kanak pula 880 yen.
Penerangan ada gambar sebelah kiri. Full in Japan. Tapi nak mudah, tengok kat mesin. Jangan lupa tekan English. Keluarlah tiket sebesar gambar kanan. Harga 170 yen. Yang nombor bawah tu untuk harga budak 80 yen.
Kami guna Tokyo Metro pass untuk satu hari berharga 600 yen. Budak separuh harga. Bawah 6 tahun percuma. Kami jimat banyak disebabkan Naura tak cukup umur. Bagi yang ada anak kecil belum bersekolah, keluar la. Banyak kelebihannya. Kami jumpa ramai yang datang tanpa tour guide dengan anak kecil.
Ni tiket bas. Naik bas nak ke Kawaguchiko Station dan memakan masa selama 2 jam. Kalau tidur, tak dapatlah lihat pemandangan sepanjang perjalanan.
Ni la stesen yang berada di hadapan Shinjuku Terminal Bus Express. Nak jadikan cerita, kami ingat nak tengok je terminal ni untuk memudahkan kami membeli tiket keesokan hari. Sampai dah malam. Tapi tak jumpa terminal ni. Tanya orang, mereka tak paham. Ada yang siap bawa kami sehingga ke tempat. Kami nak terminal, bukan bus stop. Berpusing-pusing kami di tempat yang sama. Tanya driver bus bandar, pun tak membantu. Dia bagi phone suruh cakap ngan sapa ntah. Pun tak paham jugak. Last skali, ditunjuknya kami bus stop yang sama kami pergi sebelum ni. Gambaran terminal memang kami dah jelas. Tempatnya takde. Last skali pakai google maps. Yes! Jumpa... Pentingkan pocket wifi... Tapi, nape berjam-jam cari sebelum ni tak jumpa? Hmmm....
Macam mana nak tau tempat menarik kat sana? Ini memang part susah. Sebab, terlalu banyak tempat menarik yang kami nak tuju. Tapi, perlu ingat dengan tujuan kita. Kami pergi bersama anak-anak yang berumur 6 dan 8 tahun. So, tempat kami pergi perlu bersesuaian dengan aktiviti melibatkan kanak-kanak. Kami hanya boleh cover 2, 3 tempat sahaja untuk sehari. Susah nak bergerak jauh bila anak-anak sebesar ni. Mereka akan mengeluh penat, merengek sakit kaki, merayu suruh berhenti... Dugaan banyak. Patut boleh gerak pukul 7 pagi, tapi terpaksa gerak pukul 10 tau. Yelah, budak-budak kan. Walaupun subuh seawal pukul 5. Kami gerak hampir ke tengahari juga. Ingat, 11.33 am tu dah Zohor.
Hari pertama (8.12.16)
Narita Airport, Ikekubukuro (Rumah)
Hari kedua (9.12.16)
Ameyayokocho, Sensoji Temple Asakusa,
Hari ketiga (10.12.16)
Shibuya Crossing, Takeshita Street, Book Off Akihabara, Shinjuku Station
Hari keempat (11.12.16)
Kawaguchiko Lake
Hari kelima (12.12.16)
Gundam dan Toyota Web di Ginza, Masjid Camii
Hari keenam (13.12.16)
Ueno Park, Narita Airport
Hari pertama : Mencari apartmen di Ikekubukoro sangat mencabar. Memang bingung bila melihat semua tempat hanya dengan tulisan jepun. Tren berlapis-lapis. Nasib baik kami dah catat di buku nota kecil. Senang buat rujukan tentang laluan tren ni.
Hari kedua : Ameyayokocho ni seperti Jalan Chow Kit. Sesiapa nak membeli-belah, boleh la datang ke sini. Kami window shopping je. Nak rasa kebab sebagaimana Zizan makan di Jejak Jepun tu, datang la sini.
Hari kedua : Senso-Ji Temple ni terletak di Asakusa. Tempat wajib lawati bila ke Tokyo. Kalau bernasib baik, ada upacara perkahwinan kat sini. Ramai tourist berlainan negara yang kami jumpa.
Hari ketiga : Gambar atas - Shibuya Crossing (Pejalan kaki paling sibuk di dunia)
Gambar tengah - Takeshita Street (Dunia fesyen Jepun)
Gambar bawah - Book Off Akihabara (Pelbagai barangan dijual)
Hari keempat : Kawaguchiko Lake berada di kaki bukit Gunung Fuji. Tasik ini terlalu indah dengan pemandangan alam semulajadi. Snap la gambar macm mana pun. Sangat cantik. Berjalan kaki keliling tasik pun tak terasa penatnya sebab terlalu ralit.
Hari kelima : Tugu Gundam terletak di Ginza dan akan diruntuhkan pada bulan Mac 2017. Kalau datang malam, Gundam akan adakan persembahan lampu.
Hari kelima : Toyota Web di Ginza.
Hari kelima : Masjid Camii merupakan bangunan yang dibina dengan senibina dari Turki. Kami berasa sangat gembira melihat ada beberapa rakyat Jepun yang bersungguh-sungguh ingin mempelajari Islam.
Apa yang kelakar, kami lupa tarikh nak balik. Berjalan sehingga lupa hari. Marahnya kami kepada Nufail sebab dia tertinggal beg di Masjid Camii. Dia mula tersedar sewaktu kami berjalan kaki ke Sakura House (kedai makanan halal). Jalan punya la jauh. Dalam keadaan lapar lagi. Sejuk ditiup angin malam. Bercampur lagi dengan penat. Marahnya!!! Pusing balik amik beg terus balik ke Ikekubukuro. Sampai kat rumah pun tak nak layan dia. Nufail pun senyap seribu bahasa sebab tau salah dia. Time masak megi, kami bincang nak ke mana lagi esok. Bincang punya bincang, Nufail bersuara.
Ibu, hari ni Isnin ke?
Tak, Ahad la. (acuh tak acuh jawab)
Nape jam saya ni ada Mo (Monday)
Eh, abah punya pun Monday jugak la! (sambil belek-belek G-Shock baru beli tadi. Sempat. Haha)
Alamak, esok dah Selasa la jawabnya. Kena balik Malaysia dah pun. Nasib baik Allah bagi kekuatan kepada Nufail untuk bersuara. Kalau tak, kami akan lagha dan terus berpoya-poya lagi di Tokyo sehinggalah kami akan tersedar yang kami terpaksa beli tiket lain balik ke Malaysia. Alhamdulillah. Marahkan anak pelupa. Tapi, kami laki bini lagi teruk. Terus lupa tarikh balik. Sesungguhnya, kesilapan itu daripada kami sendiri....
Sadis bila tau kebenaran yang esok nak balik. Lupa diri betul la. Nasib baik Nufail bantu kami memperingatkan tarikh dan hari dengan bertanyakan maksud 'Mo' di jam. Terima kasih... Syukur ya Allah! Alhamdulillah.
Selesai makan kami pun berkemas dengan sadisnya... Terasa dah rindu dengan Jepun. Belum puas ronda. Sebab terlalu banyak yang kami belum terokai. Negara paling selamat kami rasa buat sesiapa pertama kali yang ingin keluar tanpa menggunakan khidmat agen. Kalau tak paham, boleh tanya orang Jepun. Mereka baik dan cuba membantu kami. Tapi hakikatnya, tidak membantu langsung. Tak marah pun. Gelak je. Kenapa? Mereka tak pandai Bahasa Inggeris. Kami pun sama. Tapi teruk lagi mereka. Kami tanya lain, dia paham lain. So, hanya bantuan yang salah sahaja yang kami terima. Takpe, sekurang-kurangnya mereka nak membantu. Local people ni memang baik.
Seperkara lagi, mereka sangat disiplin. Beratur nak naik tren. Tak rempuh orang nak keluar tren. Masuk tren diam je main handset. Cakap berbisik. Kalau takde apa nak buat, tidur je. Tak pun mata ke bawah. Dalam stesen, situasi menggila. Orang jalan bukan main laju. Berlari-lari sopan pun ada. Mereka nampak macam nak cepat. Takde situasi orang depan yang menyakitkan hati time jalan, cakap kuat-kuat ke, blocking ke, atau tiba-tiba pusing langgar orang. Semua tu takde. Hakikat kami rasai di sana.
Sebelum ke sana, prepare la apa yang patut. Antara yang kami buat adalah;-
- Study tentang tempat nak pergi dengan baca blog orang lain.
- Search siap-siap makanan Halal.
- Beli soket antarabangsa. Jepun tak sama dengan Malaysia.
- Pergi dengan dah ada tempat yang nak tuju. List la dalam buku kecil. Senang nak rujuk.
- Pastikan duit ada dalam bank sekurang-kurangnya 2 ribu. Tak cukup boleh cucuk di 7E. Rate tukar sama je dengan Malaysia.
- Aktifkan semua kad debit dan kredit ke luar negara.
- Sediakan ubat-ubatan dari Malaysia seperti ubat cirit, panadol, selsema dan pain killer.
- Beli la travel insurans. Persediaan penting jika berlaku perkara yang tak diingini.
- Bincanglah dengan orang yang berpengalaman. Jangan malu. Masuk group FB Road To Japan.
- Pack your bag and go! (2 hari baru siap packing baju....)
Kami akan sediakan video bagi memudahkan sesiapa yang ingin ke Tokyo without tour guide. Mudah dan senang je. Makan buah langsat tu, biasa. Rasa manis-manis pahit gitu. Haha
Hari keenam : Kami sempat merasa sisa terakhir musim Luruh di Ueno Park. Daun kekuningan luruh di atas tanah. Taman ini sangat luas dan mempunyai banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Kami berjalan santai sambil menikmati suasana terakhir di Tokyo.
Hari keenam : Narita Airport. Sayonara Nihhon. Hajimashite! (Bantai je..., maksud lebih kurang, Bye-bye Jepun. Semoga berjumpa lagi! Eh? Yeke?)
Tentang bajet, kami dah selit sikit-sikit kat atas. Kalau secara kasar sebelum ni, kami telah menghabiskan lebih kurang RM5700 include flight, apartment, belanja makan, tiket tren, bas dan souvenior selama 6 hari 5 malam untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Kami akan cuba imbas kembali perbelanjaan sebenar di post yang seterusnya. Maaf, tak sempat nak catit sebagaimana di Bangkok sebelum ni. Semua tu kami akan sertakan bersama dengan video perjalanan di Tokyo. InsyaAllah!
VLog kami sepanjang berada di Tokyo. Kalau anda tengok, percayalah, anda akan terus book tiket ke sana! Selamat menonton!
Japan : Endless Discovery.
No comments:
Post a Comment