Agak berkecil hati dengan kau jiran.
Masa mula-mula masuk rumah ni dahulu, aku pasang corong asap dapur. Mak kau merintih nak juga. Mengharap simpati dapat murah lagi daripada upah aku pasang. Patut siapkan rumah aku dulu, sibuk siapkan yang rumah kau pula. Muka corong tu betul-betul hadap ke rumah aku. Bila kau masak, masuk asap tu ke dalam rumah. Ok, takpe.
Kami pasangkan pengadang kekisi belakang rumah sebagai keselamatan. Eh, kau pasang juga ya jiran. Tapi kenapa besi kau melekat di kekisi aku? Ada kau tanya dulu tak jiran? Takpe, jiran begini perlu hidup melekat.
Aku yang duduk dulu siang malam bersama 4 beranak. Kau sesedap suruh anak-beranak berangkut mak bapak siapkan rumah kau. Kau sekeluarga sesedap rasa tidur di rumah orang tua sehinggalah rumah kau siap sepenuhnya. Hujung minggu patutnya tenang, diganggu dengan bunyi kelentong-kelentang. Malam-malam hari masih sibuk menebuk dinding. Takpe, kita berjiran.
Sedang elok kita bersembang depan tangga, konon nak bersapa jiran tetangga, tiba-tiba kau masuk rumah kuncikan pagar. Katanya taknak anak-anak bahaya main di luar. Kemudian dengan muka toyo kau masuk menyibukkan diri. Anak-anak kau dan aku dibiarkan berpisah antara pintu pagar. Takpe, aku paham kau sibuk.
Yang parking ikut suka hati depan rumah lagi kau tak pernah kisah. Rumah aku ada tiang api jiran. Nak keluar bukan main susah. Tambah lagi kau parking umpama kancilmu bersaiz innova. Takpe, tak kisahlah. Dalam hati Allah sahaja yang tau.
Kau pernah masuk ke hospital akibat denggi. Habis kawasan kejiranan ni kena sembur. Baliknya kau daripada hospital, kau pandang sinis kepada kami. Sambil tu sempat kau toleh ke pasu. Ya, aku tau rumah aku banyak pasu, masalahnya kawasan kita bersih daripada nyamuk aedes. Mana kau kutip kalau bukan rumah pertama kau... Selama ni kau tidur di rumah orang tua. Dah kena macam ni baru sibuk nak balik membersih kawasan sekeliling rumah.
Jiran kau yang sebenar adalah rumah mak ayah kau. Bukan di taman kita duduk sama-sama. Kau wujud jarang-jarang sekali. Tapi sekali wujud, amat menyakitkan hati. Walaupun kecil, tapi ada terdetik rasa terkilan. Bangun pagi tengok ada tape terikat. Kau tak tanya pun. Bukan susah kalau mulakan soalan, "Nak pasang jaring ni, boleh tak ikat tape kat sini?" Kan ada komunikasi di situ. Ada antaranya tape yang kau ikat tu terjelir ke arah rumah aku...
Kita hidup berjiran. Sedinding, setaman. Kenapa keputusanmu diambil sangat mudah ya wahai jiran. Banyak lagi, tapi kutahan sahaja jiran. Remeh bagi kamu, besar erti aku. Jika kau terasa hati, bagitahu sahaja. Tak menjadi kudis pun bagi aku. Malah, akan aku perbetulkan lagi. Ohoii, jiran... Bacalah. Aku tak mampu bagitahu depan-depan. 4 tahun aku pendam. Hari ni sangat terkilan..
Sabda Rasulullah s.a.w. “Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah ia menghormati tetangganya.” Dan di dalam riwayat lain disebutkan, “Hendaklah ia berbuat baik terhadap tetangganya.” (متفق علية )
No comments:
Post a Comment