Travelog - 9 Days Journey (KL-Beijing-Hohhot)

Uhuk... Berhabuk blog ni. Selepas 2 bulan baru sempat nak update sebab kekangan kerja yang  bertimbun. Video ke China baru-baru ini pun baru je siap. Datang je mood dan idea, tanpa berlengah terus buat. Tapi, mungkin tak gempak sangat sebab macam nampak nak cepat siap je. Takpe. Asalkan ada. Kalau nak tunggu ada masa, sampai bila tak pernah lapang. Busy sokmo.

Banyak kali tukar muzik latar. Muzik yang ke lapan baru berkenan. Disebabkan muzik ni akan kekal sebagai muzik latar belakang video travel, maka perlu pilih yang terbaik. Biar kena dengan jiwa dan suasana. Kalau main buh je, alamatnya video klip tak ada emosi.

Kami memilih lagu Rosie daripada Band Froya yang berasal daripada China. Genre yang dibawa oleh band ini adalah berentak Indie. Kena jiwa kami tau. Lagu tak sempurna itulah yang sempurna di telinga kami.

Durasi yang cantik bagi kami untuk video klip adalah lebih kurang 1.30 hingga 4 minit. Tempoh tak lama dan tak singkat. Biar orang yang menonton akan rasa ralit dan tak puas.

Bahan tak banyak. Cuma yang untungnya, video yang kami ambil ni jelas dan ada 120 frame. Syok betul buat slow motion. GoPro Black Hero 5 dan Olympus OMD em10 II memang terbaik. Tambahan lagi, kami pakai telefon Sony Experia XZ yang mempunyai setting auto stabilizer. Larilah macam mana pun, video tak nampak goyang pun.

Kami tidak menggunakan apa-apa equipment tambahan yang lain. Cuma alat shoot jela. Mana sempat nak setting bagai. Dengan anak-anak, sesat, pening, semua la.

Dan, kami menyunting video dengan menggunakan software Sony Vegas Pro 13.0. Dah upgrade daripada versi 10.0. Siap upgrade laptop lagi tau.

So, inilah hasilnya! Enjoy. Pilih 720p sebelum menonton. Terima kasih.



CHINA LIKE NEVER BEFORE

No comments:

Post a Comment