Ada tak antara movies yang menjadi inspirasi dalam hidup anda? Mestilah ada kan... Kalau dah suka movies ni, pasti kita akan ulang dan ulang banyak kali. Sikit pun tak rasa bosan. Soundtrack tak payah cakap. Memang duk terngiang-ngiang di telinga. Kalau dialog atau scene memang dah boleh bayangkan. Seolah wayang di bayangan. DIsebabkan kami ni suka travel, movie yang kami tonton kebanyakannya daripada kisah benar traveller. Terlalu banyak yang dah ditonton. Ini, kami senaraikan yang paling best from the best.
1. Into the Wild
Kisah mengenai anak muda yang cemerlang dalam pelajaran. Kedua ibu bapanya inginkan anak mereka ini sambung belajar untuk menjadi seorang doktor. Tidak mahu dengan kehidupan yang penuh dengan komitmen, dia meninggalkan segala harta dan wang, seterusnya mengembara di bumi Amerika Syarikat. Tempat yang paling diidamkan adalah Alaska. Banyak pengajaran dalam cerita ini. Diadaptasi daripada kisah benar. Sangat cemburu dengan kehidupan yang dipilih oleh beliau. Sad ending bagi kami.
2. Wild
Ada kisah yang menyedihkannya menyebabkan beliau memilih untuk mengembara secara solo. Tidak pernah didedahkan dengan dunia travel dan sangat kurang ilmu tentangnya. Tapi sangat berani untuk mencuba. Boleh dilihat, orang yang mengembara seorang diri ni banyak muhasabah diri. Daripada seorang yang manja, menjadi seorang yang sangat tabah. Seolah tidak akan berhenti menjadi seorang traveller. Wild ini merupakan kisah benar.
3. Tracks
Seorang traveller perempuan yang sangat hebat. Mengembara merentasi bumi Australia seorang diri bersama anjing dan unta-untanya. Memang hot kisahnya dalam National Geography satu masa dahulu. Banyak rintangan yang ditempuhi oleh beliau sehinggakan ada satu masa beliau ingin berputus asa. Suka melihat ketabahan dan kesungguhannya dalam mencapai matlamat yang diingini. Habis tonton movie ni, terus buka youtube untuk tahu kisahnya lebih lanjut. Macam tak puas sebab ceritanya telah diringkaskan.
4. The Way
Bapa yang tidak setuju dengan jalan hidup yang dipilih anaknya. Seolah memandang anaknya seorang yang Loser. Biasalah. Bapa bekerjaya sebagai doktor gigi. Memang jauh beza. Namun akhirnya menyesal selepas kematian anaknya. Anaknya meninggal akibat kecelakaan semasa dalam pengembaraan. Bapanya ingin mencuba apa yang telah dilakukan semasa hidup ingin tahu apa nikmat sebagai traveller. Bagpack yang dipakai tu pun kepunyaan anaknya. Bila tonton cerita ni, rasa berkeinginan satu hari nanti nak juga merasai honeymoon macam ni. Rilek dan sangat tenang.
5. Queen
Best. Kelakar habis. Tak pasti cerita betul ke tak. Kalau cakap betul pun percaya. Perempuan kampung yang disatukan dengan seorang pemuda sejak daripada kecil. Namun, sehari sebelum pernikahannya telah ditolak oleh pemuda berkenaan. Jahat kan. Konon pemuda tu seorang yang moden la. Ingatkan perempuan ni akan gantung diri. Tapi tak. Dengan beraninya dia naik flight seorang diri terbang ke Paris. Paris ni patutnya tempat honeymoonnya. Tiket flight ni dah tempah awal-awal lagi. Rugi la kalau tak fly. Bila dah sampai sana, macam-macam hal jadi sehinggakan dia menjadi seorang yang lebih matang. Sehinggakan keluarga dan bekas tunang pun terkejut melihat perubahannya. Nak tau lagi? Sila tonton!
6. The Motorcycle Diaries
Kisah benar yang hebat. Merentasi negara Rusia hanya dengan motosikal secara berdua. Movie ni menjadi inspirasi buat riders untuk mengelilingi dunia dengan hanya bermotosikal sahaja. Ada terjemahan dalam bahasa Inggeris. Tapi, lebih sedap didengar dalam bahasa Rusia. Subtitle carilah dalam bahasa Melayu. Hehe
7. One Week
Kesian. Tu je perkataan pertama keluar waktu permulaan cerita. Nak jadi penulis, tak dapat. Kena reject kesemua publisher yang dihantar. Manuskripnya tak laku. Memang dah give up dengan cita-cita sebagai penulis sehinggalah satu hari dia telah disahkan menghidapi penyakit kanser. Lagilah rasa kelam nak teruskan hidup. Jadi, dia yang nerd ni buat keputusan untuk keluar mengembara dengan motosikal hanya untuk seminggu sebelum kena kimo. Dah bermulalah perjalanan yang penuh ranjau sebagai seorang traveller. Movie daripada negara Kanada.
8. Seven Years in Tibet
Pelakonnya adalah Brad Pitt. Banyak hal sejarah yang tidak pernah diketahui selama ni dimaklumkan dalam filem Seven Years in Tibet. Dia melarikan diri ke Tibet dan menemui Dalai Lama. Dalai Lama ni orang yang disanjungi dan dianggap paling beragama. Cerita ni boleh dikatakan serius. Bagi peminat sejarah, amatlah sesuai untuk ditonton. Memang ada sangkut-paut dengan sejarah pembentukan negara China.
9. The Way Back
Jauh betul perjalanan mereka ni. Merentasi negara ke negara lain semata-mata melarikan diri daripada pihak komunis. Satu-satu traveller tumbang. Sangat sedih apabila mereka berusaha untuk meneruskan hidup. Mereka merupakan banduan dan melarikan diri kerana kesalahan mereka tidak setimpal untuk berada berpuluh tahun di dalam penjara. Sebab itu mereka memilih menjadi pelarian. Tough betul perjalanan mereka semata-mata ingin hidup bebas.
10. The Bucket List
Mereka ni orang tua. Mempunyai impian yang telah disenaraikan. Bukan kawan baik pun. Mereka berkenalan semasa terlantar di hospital akibat penyakit kanser yang dihidapi. Salah seorang daripada mereka tu kaya. Memandangkan mereka pun tidak boleh hidup lama, si kaya ni sponser kawan yang seorang lagi tu untuk memenuhi senarai yang telah dibuat. Satu-satu senarai dituruti sehinggalah satu hari mereka tidak sehaluan lagi. Kenapa? Hmmm.... Kenapa ya?
11. 127 hours
Rasanya ramai dah tahu cerita ni. Seorang yang good looking dan sudah biasa dengan Grand Canyon. Tapi, akibat tersalah langkah, dia terjatuh di salah satu gaung yang tidak boleh didengari oleh orang lain. Apa yang menyebabkan dia tak boleh naik adalah kerana tangannya tersepit oleh batu besar. Usahalah macam mana pun, batu tu tetap tak boleh dialihkan. Lapar, penat, kering dan akalnya mula menjadi kurang waras. Selama 127 jam berada di gaung itu dengan bekalan yang sedikit. Kisah benar yang mendebarkan.
Ini antara movies yang membuatkan rasa teringin nak travel. Banyak lagi yang dah ditonton. Tapi yang ni antara senarai yang paling best. Kebanyakan movie ni adalah inspirasi daripada cerita betul. Into The Wild tu sampaikan boleh hafal lagu track asal. Febret dalam songtrack youtube. InsyaAllah. One day. Nak juga cuba sekali seumur hidup sebagai BACKPACKER. Jadi macam cerita The Way tu pun okey jugak kan. Yang mampu sekarang ni hanyalah flashpacker... Huhu... Nak buat macam mana, ada anak-anak amanah Allah. Kena la jaga kan walau ke mana kita pergi. Takmau tinggal sesuka hati kepada orang lain. Nanti teringat-ingat je.
Semoga berhibur dengan pilihan yang telah disenaraikan. Siap susun lagi cerita yang paling best tu duk kat atas. Ada lagi movie travel. Tapi, rasanya ini yang paling tak menyesal untuk ditonton. Semua tu gambar google tau. Tak mungkin nak printscreen daripada movie. Itu je review daripada peminat movie travel!
No comments:
Post a Comment