Banding harga sebelum nak park kereta ke KLIA


Kami ni dari negeri yang agak jauh nak ke airport KLIA/KLIA2. Nak pergi dengan bas memang tak mungkin la sebab kena berangkut ramai. Option sebelum ni dengan laluan udara dari KB-KL. Tapi, penat la sebab kena drive dulu Kemaman - KB. Kemudian naik flight KB ke KL pulakkan. Pastu berkejar nak naik flight ke tempat lain lagi. Rugi duit, masa dan tenaga. Tahun ni, kami terus drive ke KL dan park kereta ke sana.

Mesti yang baca ni sedang banding harga kan. Nak murah dan tak merumitkan. Di sini diberi beberapa pilihan siap dengan harga untuk bantu sesiapa yang dari jauh dan nak park kereta dengan selamat di sana.

1. KLIA

Minimum parking perlu 4 hari sebanyak RM144 dengan tambahan hari seterusnya RM15 sehari. Contoh park untuk 10 hari.

144 (4 hari) + 15 (6 hari) = RM234

2. KLIA2

Hari pertama, kedua dan ketiga RM46. Hari keempat dan seterusnya RM20 sahaja. Katakan park 10 hari.

46 (3 hari) + 20 (7 hari) = 138 + 140 = RM278

3. Park n Ride Putrajaya Sentral

Parking bertingkat. Kalau takde nasib, berpanas la tanpa bayaran. Kalau rezeki dapat berbumbung, kiraan bayaran ada di link ni //  Kalkulator kiraan parking. 

4. Park n Ride Salak Tinggi

Keadaan parking sama di atas. Lagi dekat dengan KLIA/KLIA2 berbanding Putrajaya. Kira bayaran di link ni. Tak sama dengan kalkulator di atas. // Kalkulator kiraan parking.

5. Gelanggang Hotel

Yang ni pakej sekali dengan penginapan. Jika niat nak bermalam, agak ok la kan. Hotel (RM209) + Parking (RM10 sehari)+ Transport pergi free (balik tak). Kalau 9 hari, RM359. Balik kena naik Grab la jawabnya...

6. Tumpang rumah member. 

Free je. Balik dari jalan-jalan, sila bagi cenderahati. Haha. Tapi, jangan lupa isikan minyak dan tol kawan tu tau. Kiraan tu sila masukkan dengan perbelanjaan sendiri. Bukan duit poket rumah kawan tu. Banyak cantik dah guna ruang rumah letak kereta. Minyak dan tol pun nak member bayarkan. Isk..Isk...

Ini pengalaman kami yang parking di Park n Ride Putrajaya Sentral. Kami menginap satu malam di Cyberjaya yang jarak 6 km. Bila ada anak kecil ni, kena santai je. Tak boleh rush atas jalan dan terus menapak nak naik flight. Penginapan sebuah studio berharga RM135. Siap dapur, katil untuk 5 orang dan wifi. Kolam renang pun ada. Cantik. Makan angin di Malaysia dulu sebelum keluar negara. Bawah tu ada kedai makan lagi.

Facilities ok bagi yang nak stay satu malam sebelum ke airport.

Dah bab penginapan. Esok pagi pukul 8 lebih, kami menuju ke Park n Ride tu. Susah cari parking. Sebab orang dah masuk kerja. Puas la tawaf dengan kereta dalam tu. Nak jugak yang berbumbung sebab nak tinggal lama. Lagipun rasa lebih selamat. Bukan kereta kami je, kereta lain pun jenuh duk pusing. Rezeki anak, jumpa jugak. Takde la sampai 30 minit mencari. Ok la kan.

Parking leklok, jangan sampai mengganggu laluan kereta lain. Ada ternampak beberapa kereta yang tayarnya dah kena clamp. Sebelum tinggalkan kereta, sila ambil gambar di tiang berdekatan. Di situ ada nombor parking yang akan memudahkan kita mencari apabila balik nanti. Boleh tahan nak cari kalau lupa tempat parking.

Tolong snap dulu gambar berdekatan tiang supaya anda tidak keruan mencari kereta balik nanti.

Cari lift dan sila ke tingkat 1. Terus melintas jalan ke stesen ERL untuk naik KLIA Transit. Sebelah je. Nak option lain, bas, teksi pun ada. Tapi, kami pilih KLIA Transit la. Ni jadual harga tiket tren ke sana.

Jadual harga tiket KLIA Transit

Beli tiket di kaunter dulu ya. 

Dua stesen je dah sampai KLIA. Tak duduk pun takpe. Haha. Balik daripada Filipina selama 9 hari, kami dikenakan bayaran sebanyak RM42. Boleh tahan murah. Bayar guna Touch n Go je. Tak perlu ke kaunter pun. Kami keluar pada pukul 4 petang. Lambat sebab cari kereta tak jumpa. Lupa yang kami pernah snap gambar dulu sebelum ni. Jangan jadi macam kami tau. Haha. Sekali lagi kami ke tempat penginapan di Cyberjaya. Kat situ ada dobi nak basuh baju seberat 14kg!

Selamat membuat pemilihan yang murah, tepat dan selamat. Happy hoilday!

No comments:

Post a Comment