Grow Old from RalitMedia on Vimeo.
Buat pertama kalinya setelah membeli flycam junior daripada facebook, (sejak bulan jun lagi rasanya) baru berkesempatan mencubanya di taman permainan berdekatan rumah kami. Macam biasa, anak-anak sebagai model. Tapi kelainannya kali ini, kami pun turut serta. Sebelum ni malu nak join sebab tak mahu tunjuk muka. Malu!!! Kali ni, biarlah. Sebab tak banyak shoot. (macam mana rupa flycam?, boleh scroll balik yang telah kami post sebelum ni)Okey, pertamanya, kena set dulu flycam. Stabilkan supaya dslr betul-betul berada di tengah flycam dan tidak nampak seolah-olah terjatuh. Supaya video dalam keadaan stabil dan tidak terhuyung-hayang. Flycam ni bertujuan untuk menstabilkan pergerakan supaya kita tak la pening melihatnya. Kalau sebelum ni kami tak menggunakannya, video kami nampak bergegar. Yang ni nampak smooth je. Banyak boleh kita set pada flycam ni. Harap dapat cari dalam youtube macam mana. Tak boleh main pasang dan terus guna. Sebab setiap dslr tak sama berat.
Perasaan menggunakannya? Haha sangat berat! Susah jugak la sebab nak kontrol tangan lagi, nak tengok skrin lagi, lagi satu, jalan pun kena tengok. Tersadung tu tak yah cakap. Banyak kali! Sebelah tangan sahaja perlu digunakan untuk memegang flycam ni. Jadi, tangan perlulah kuat.
Kami dah hasilkan video di bawah dengan menggunakan flycam junior, canon dslr 70d dan 50 mm lens. Edit pula pakai softwer Sony Vegas 10.0. Filter tak banyak pun. Kaler pun hanya satu dua scene je kami tukar. Yang lain tu kaler masih raw.
Lagu : Grow Old With You
Durasi : 1.29 minit
No comments:
Post a Comment