Selamat Hari Merdeka 2015

Sambutan Kemerdekaan pada tahun ini tak perlu lagi nak ucap seperti sebelum. Kalau tahun lepas, Selamat Hari Merdeka kali ke-57. Tahun ni dah lain dah. Takde kali ke-58, tapi ucapannya, Hari Kebangsaan 2015 atau Kemerdekaan 2015. Kena bagitau tahun. Kali-kali tu buang. Bukan berdasarkan ulang tahun, hanya tahun sahaja.

Tema Kemerdekaan tahun 2015 ialah Sehati Sejiwa bagi mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada. 

Jadi, bertepatan dengan bulan Merdeka ini, ingin kami tampilkan video yang berkaitan dengan patriotik. Video ni dibuat tahun lepas dengan tema Di sini Lahirnya Sebuah Cinta. Ini tema tahun 2014. Sebenarnya, video ini dihasilkan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 2 SMK Banggol, Kemaman Terengganu. Mereka seramai tiga orang telah menghasilkan video yang sangat menarik dengan kerjasama daripada warga sekolah. Video ini telah dipertandingkan di peringkat daerah Kemaman pada tahun lepas dan masih lagi menunggu keputusannya. Tak kisah la keputusannya bagaimana, yang penting, semangat pelajar untuk menghasilkan video patriotik sangat membanggakan. 

Well done, menang kalah, atau takde keputusan pun, mereka tetap juara. Bukan senang di usia 14 tahun menyediakan klip video yang matang. Di kesempatan ini, kami mengambil memuat naik klip video mereka yang berdurasi 5 minit. Plot cerita berupakan dokumentari. Semoga perkongsian ini membawa makna buat pelayar blog ini. 



Pertandingan Klip Video Merdeka 2014 from nhazla fikri on Vimeo.

:: Guru yang turut sama menjayakan video ini telah pun berpindah ke sekolah lain. Terima kasih kerana membantu :) ::

No comments:

Post a Comment