So, untuk cuti pertengahan penggal ni, kami tak bercadang atau plan nak gi jauh. Sebab masih menyimpan nak ke luar negara hujung tahun ni. Jadi, kami buat keputusan ke tempat yang sama tahun lepas iaitu Hutan Lipur Chemerung. Pagi-pagi bersiap makanan bekal. Nasi goreng, samosa, nugget, keropok dan air kosong je.
Pukul 8 kami bertolak dan sampai ke Sungai Bumbung Pasir Raja. Niat ke sini sebenarnya sebab nak memancing. Bila sampai ke destinasi, kami agak kecewa sebab suasana tak seperti yang dijangka. Terdapat longgokan pasir di tepi sungai. Pokok-pokok yang rendang untuk berteduh pun tiada. Tiada lagi pemandangan yang indah. Kami buat keputusan untuk ke Chemerung sahaja.
Lambat la sampai sebab terpaksa pusing balik. Pukul 12 kami tiba dan tengok tak banyak kereta yang parking di dalam. Kebiasaan kami ke sini, parking akan penuh sehingga ke luar pintu masuk. Sangat beruntung kerana tak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai. Kami dapat meluangkan masa bersama tanpa gangguan. Di bawah ini, kami kongsikan gambar yang sempat diambil menggunakan camera action SJ4000 wifi.
Sungai Bumbung yang terletak di Pasir Raja. 10 km dari persimpangan empat Jangok Batu.
Sayang betul Sg. Bumbung yang tak berteduh. Longgokan pasir yang banyak menyebabkan suasananya tidak semulajadi. Jika dilihat sekeliling, tempatnya sudah terbiar.
Tiada model diperlukan untuk papan tanda ini.
Bayaran ini bertujuan menjaga kebersihan hutan ini. Terdapat pekerja di dalam memastikan hutan ini terpelihara. Walaupun kita bayar, tapi janganlah sesekali kita sengaja membuang sampah di kawasan ini. Apalah sangat bayaran yang dibuat. Nilai ada pada hati kita, buka pada tiket masuk. Bersamalah kita menjaga khazanah hutan demi generasi akan datang.
Kami mendirikan khemah. Berdasarkan pengalaman sebelum ini, kami akan mengantuk sepanjang perjalanan pulang. Kami beradu dulu sebelum balik. Sebenarnya, tak ada khemah pun takpe. Sebab banyak wakaf teduh yang disediakan. Tapi kami saja je nak merasai suasana berkhemah di hutan.
Di sini disediakan dapur memasak, tong untuk membakar makanan, tandas dan banyak lagi kemudahan lain. Sangat sesuai bagi sesiapa yang berkhemah secara santai. Kami ada keinginan untuk mendaki Gunung Langsir. Tapi perlu membuat surat permohonan kepada Jabatan Perhilitan Hutan untuk mendapatkan perkhidmatan malim gunung. Kami teringin untuk berendam dalam Sungai Bangang. Tempatnya cantik, cuma namanya pelik sikit...
Kami mendaki ke atas untuk mencari port bagi kami bermandi-manda. Pertama kali kami mendaki tinggi dari biasa. Dah la berselipar jepun je. Sangat berbahaya dan tidak sesuai. Jalan ke sana sudah berlepa. Namun, akan jumpa sekali-sekala jalan yang pecah disebabkan oleh pokok tumbang dan kayu yang mereput. Perhatikan langkah semasa berjalan.
Kami jumpa jambatan gantung. Seronok sangat. Naura terpaksa digendong sebab terjatuh atas track.
Pandangan jambatan gantung daripada bawah.
Kat tengah jambatan akan terasa gayatnya. Terhuyung-hayang lagi bila kita berjalan.
Sentiasa beringat tentang papan tanda.
Akhirnya kami jumpa kawasan yang langsung tiada orang. Hanya kami berempat sahaja. Berbaloi mendaki tinggi.
Air yang sangat jernih. Gambar sebagai bukti.
Dekat rumah memang takkan dapat melihat alam sebenar macam ni.
Kami tanpa pengunjung lain. Hanya terdengar bunyi air sahaja.
Perlu berwaspada. Batunya sangat licin dan airnya deras. Jadi, pastikan selamat barulah mandi.
Selesai menikmati alam di kawasan tinggi, kami turun semula ke tapak perkhemahan. Di hadapan khemah kami ada menyediakan kolam kanak-kanak. Tak perlu risau kerana paras airnya rendah dan tidak berbatu licin.
Hubungan abah dan Naura terjalin. Berkongsi makanan bekal bersama.
Bila perut dah kenyang, baring kejap dalam khemah. Memang lena kami tidur.
Kepuasan tak terhingga bila berbaring kita menghadap langit. Subhanallah, cantik ciptaanMu ya Allah..
Abah mengemas khemah. Insyaallah, umur panjang kami ke sini lagi. Dengan niat mendaki dan bermalam.
No comments:
Post a Comment