Montaj PIBG Kali ke3 SMK Banggol 2016



Montaj ni dipertontonkan di Mesyuarat Agong PIBG 2016 kali ke-3 SMK Banggol. Rasanya tetap dan berpencen dah kena buat video ni. Kerja amal dalam penjawat awam. Walaupun dulu takde dalam mana-mana kursus perguruan, tapi kami anggap ini adalah satu bonus. Bukan semua orang tahu menyunting video. Setiap kali menerima tugasan menyiapkan video, kami terima sebagai satu cabaran kepada diri. Ada orang cakap, tak perlu buat beriya-iya sangat. Sekadar ditunjuk di sekolah sahaja.

Bagi yang gemar menyunting video, setiap kali menyiapkannya, kami akan belajar benda baru. Memang la sekadar slide show sahaja. Kerja pun sama je sejak 2012 lagi. Setakat ini rasanya semua ada perubahan. Pasti ada perkara yang baru belajar.

Di sini, kami kongsikan montaj pibg. Atau lebih tepat, Persembahan Multimedia PIBG 2016.

Lagu : Hans Zimmer - Celebrate The Oscars (Academy Awards OST)
Softwer : Sony Vegas Pro 10.0
Durasi : 4.53 minit

Berkisarkan info sekolah, sarana ibu bapa, kejayaan pelajar, aktiviti sekolah sepanjang Jan-Feb dan perkembangan surau SMK Banggol. Gambar dan video yang dirakam adalah hasil kerja pelajar iaitu Pengawas Media SMK Banggol dengan menggunakan dslr canon.

No comments:

Post a Comment