Memasang rak Ikea

Kalau dah ke Kuala Lumpur, tidak sah rasanya singgah ke Ikea. Niat cuma hendak mencuci mata. Tapi, terbang jugalah sekeping dua not kertas berwarna ungu. Nak buat macam mana, hati ini tidak kuat. Kebetulan juga mempunyai perancangan untuk menghias bilik anak teruna. Nak upah pasang kabinet memang tidak mampu. Beli rak sahaja di Ikea dan pasang sendiri lebih menjimatkan.

Sebelum ini pernah pasang untuk abah. Kali ni lebih mudah bagi kami kerana pengalaman sudah ada. Kali ini, kami ingin mendokumenkan di blog. Untuk simpanan anak cucu. Uhuk... Uhuk...

Kami cuma hendak pasangkan rak penyangkut baju dan meja tulis sahaja. Yang lain-lain tu, bila modal dah ada la ya... Pasang sikit-sikit, lama-lama penuh jugalah dinding tu. Perancangan yang lama, tapi biarlah hasilnya puas hati.

Cari dan pilih yang ni.

Tanda dengan paku pada dinding yang perlu ditebuk. Pastikan sama ukuran dengan ketinggian tiang.

Tebuklah dengan mesin atau tukul. Mana-mana pun boleh. Pastikan plastik disediakan untuk memerangkap habuk. Kurangkan kerja berlebihan.

Tak ingat bahan ni. Masukkan dulu benda merah ni, kemudian baru masukkan skru. 

Timbang air untuk memastikan rak ini tidak senget. 

Okey, siap satu rak penyangkut baju!

Masa untuk memasang meja. Kami pasangkan kesemua dahulu setiap unit bagi memudahkan kami tahu ukuran dan ketinggian.

Ulangi langkah di atas, ukur dan tanda. Kemudian barulah drill.

Part paling susah. Nak pastikan kiri dan kanan tiang sama tinggi. Pada mulanya, kami pakai timbang air je. Kalau lihat dengan jelas, boleh ternampak kesan lubang yang sudah tersalah tebuk. Bezanya amat ketara. Kami guna kaedah benang untuk samakan kiri dan kanan. Hasilnya berjaya.

Akhirnya kiri dan kanan tiang meja mempunyai ketinggian yang sama. Untung menggunakan meja Ikea ni. Papan meja boleh ditukar mengikut ketinggian yang dikehendaki. Ada 3 ketinggian kesemuanya. Malas dan rajin sahaja nak tukar papan tu. Hehe

Disebabkan langkah seterusnya agak susah nak diambil gambar, kami mampu tunjuk gambar penuh sebelum dan selepas. Tidaklah menampakkan kemewahan. Kami hanya mampu menyediakan kelengkapan yang biasa-biasa sahaja. Cukup sekadar ada.

Siap dalam tempoh tak sampai satu jam. Kejap je. Kerja ni memerlukan dua orang dalam satu masa. Buat seorang sahaja memang boleh. Tapi nak siapkan sejam tu, rasanya agak sukar. Dengan senget-bengetnya lagi. Papan meja tu boleh tahan beratnya. Suami isteri perlu sama-sama berusaha. Nak harapkan anak, boleh. Tapi mampu ke nak memegang beban? Kot jadi penyibuk adalah. Haha

Untuk masa hadapan, kami akan tambah lagi rak buku di atas meja. Di atas rak penyidai pun kami akan tambah kabinet buku yang bertutup. Nanti dah siap sepenuhnya, kami akan update lagi. Doakan dipercepatkan untuk melengkapkan ruang dinding ini. Amin...


No comments:

Post a Comment