Jaket winter bundle

Pemakaian jaket winter amat diperlukan semasa berada di negara yang sedang mengalami musim sejuk. Ada banyak lapis yang perlu dibawa. Antaranya, long john, fleece, t-shirt, jaket dan wind breaker. Banyakkan? Lain hari lain pakaian ke? Kami bukan jenis OOTD. Singkatan apa pula ni...? Outfit of the day nama panjangnya. Ni sesuai untuk orang suka bergaya. Kami ni jenis pakai pakaian yang sama sahaja sepanjang merantau. Tidak kisah apa orang kata.

Namun, tahun ni terpaksa beli lain sebab.... Banyak la sebabnya. Anak dah tak muat baju, baju dulu dah tercabut bulunya, tak nak nampak sama dalam gambar tahun lepas. Kang FB duk ulang baju yang sama je. Waa... Waa...

Untuk jimatkan duit, kami selongkar di bundle sahaja. Nak gi masuk butik dan beli yang baru memang tak mungkin. Rugi sangat. Duit beli pakaian baru boleh membazir dengan banyak jika dibandingkan dengan harga membeli tiket atau menempah hotel ketika merantau. Empat orang ni. Jimat banyak kot.

Kami sanggup datang dari Terengganu ke Shah Alam semata-mata nak beli jaket di Bundle Preloved. Boleh dikatakan syurga jaket kepada pemburu pakaian musim sejuk. Kami datang seawal pukul 10 pagi. Kedai baru buka. Memang tak ada orang lagi. Selesa betul memilih. Pelanggan lain mulai ramai apabila mencecah ke tengahari. Waktu ini kami sudah pun siap membeli. Kami rembat 4 jaket, sepasang kasut dan 3 muffler. Semuanya dengan harga RM300 sahaja! Berbaloi tak? Highly suggest kepada semua penggemar barangan bundle ke kedai ini.

Kedainya berada di tingkat atas.

Murah-murah je. Lawa dan banyak pilihan. 

Jaket Nufail boleh dipakai kedua-dua belah luar dan dalam. Dah untung. Naura punya untuk tahun ini warna merah sekali lagi. Bezanya ada bulu di muka. Boleh menghalang angin sejuk nanti. 

Balik terus gantung di rak. Semua tu hasil menyelam di Bundle Preloved.


Alamat ke kedai Bundle Preloved. Like page untuk memudahkan anda mengetahui lokasi dan menghubungi terus empunya kedai

No comments:

Post a Comment