Apa yang kami lalui, perlu dicoretkan di sini. Setiap perkongsian ini dan diamalkan oleh orang lain akan dihitung sebagai amal jariah kami. Maka tidak akan putus pahala kami selagi ada yang mengamalkannya. “Kami tak sempat untuk bosan kerana dunia ini terlalu indah”
Selamat Hari Lahir Putera Sulung
Ahmad Nufail bin Norazizi. Kenapa ibu abah pilih nama ni? Sebab, waktu itu yang glemer adalah Naufal. Untuk kelainan, kami namakan Nufail, yang bermaksud hadiah. Hadiah bermaksud penerimaan perkara yang menggembirakan. Nufail adalah hadiah ibu abah yang paling bermakna tau pada ketika itu. Nufail anak sulung. Ibu abah menerima banyak perkara baru. Ibu dan abah terus-terusan belajar dalam membesarkan Nufail. Ibu abah baru tahu macam mana nak bancuh susu, tukar lampin, bagaimana nak tenangkan Nufail yang sedang menangis, sakit dan macam-macam lagi. Semuanya baru. Seolah-olah, ibu dan abah menerima hadiah setiap hari. Walaupun hadiah yang ibu dan abah terima bukan dalam bentuk bungkusan yang berwarna-warni, tapi, telatah dan tingkah laku kamu amat menghiburkan ibu dan abah. Sehingga kini, ibu dan abah masih belajar. Yelah, kamu sulung kan. Semua perkara yang pertama yang ibu abah terima, semuannya daripada kamu.
Jangan kecil hati jika menjadi sulung. Jangan kata ibu dan abah lebih sayangkan Naura. Bukan. Cuma nampak begitu kerana ibu dan abah sudah tenang menghadapi yang kedua. Tegas bermakna sayang. Ibu abah inginkan kamu menjadi insan yang saaaaangat berguna. Jika ibu dan abah pergi dahulu, tolong jaga Naura. Nufail sulung kan. Ibu dan abah sayang kamu berdua. Tak lebih, dan tak kurang.
Satu sahaja ibu dan abah ingin katakan, Nufail, kamu adalah hadiah yang paling dinantikan selepas perkahwinan ibu dan abah dahulu. Sayang Nufail sangat-sangat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment