Untuk entri kali ni, kami nak fokuskan melawat ke satu tempat sahaja iaitu di Tembok Besar China. Seingat kami, suhu pada ketika itu adalah 2 darjah celcius. Sebelum ingatan kami kian menghilang, kami dokumenkan kepada bentuk video dan penulisan. Bukan sekadar sebagai kenangan buat kami, tapi juga menjadi satu perkongsian buat pembaca.
[[[ Sebelum tanya kami jawab ]]] Pergi sendiri ke? Ya Bukan trip dengan orang lain? Dah jawab tadi Berapa hari di China? 9 hari Beijing je ke? Beijing - Inner Mongolia - Beijing Kos? Bergantung keperluan dan kehendak masing-masing =========================== Baca lagi ========================
Jom ronda smeta ke Tembok Besar China yang terletak di Beijing. Kami sekeluarga ke sana pada musim sejuk Disember 2017.
Kalau nak ikutkan, Tembok Besar China mempunyai banyak pintu masuk.Kami memilih untuk panjat dari pintu masuk Badaling.
Dari Hutong kami menaiki dua kenderaan iaitu, Train Subway dan bas bernombor 877. Perjalanan mengambil masa hanya satu jam sahaja.
Papan tanda ni terlalu tinggi. Kami sendiri pun tak perasan.
Dari kaunter kami akan melalui satu lorong yang mempunyai gerai jualan barangan dan makanan seperti buah-buahan, jagung dan ubi.
Kami cukup bertuah kerana dapat berada di salah satu keajaiban dunia ini. Biasa tengok Tembok China ni, di buku atau tv je. lain perasaannya bila dapat berdiri di atas gah di atas tembok pada suatu masamerupakan pelindungkepada utara China daripada serangan Mongol dan Turkik.
Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam Tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu batan. Bahagian diatas dibuat jalan utamauntuk pasukan berkuda Negeri China. Ia labih kukuh dan tahan lebih lama.
Musim sejuk tak rami orang ke sini, mungkin sebab itu kot,kami tak perlu bersesak-sesak.
Itu sahaja daripada kami. Tunggu video kami yang seterusnya. Jangan lupa subcribe, like dan share tau! Bye!!!!
BOLEH TONTON VIDEO KAMI DI YOUTUBE CHANNEL.
Lebih kuranglah. Ramai je yang meniaga, time amik gambar tak bagi la gambar diaorang ada sekali. Hihihi
ReplyDelete