Apa yang kami lalui, perlu dicoretkan di sini. Setiap perkongsian ini dan diamalkan oleh orang lain akan dihitung sebagai amal jariah kami. Maka tidak akan putus pahala kami selagi ada yang mengamalkannya. “Kami tak sempat untuk bosan kerana dunia ini terlalu indah”
RONDA SEMINIT- MANILA OCEAN PARK
Kami dari Malaysia, seramai lima sekeluarga terbang jauh ke Manila dengan mengambil masa 2 jam perjalanan. Tempat pertama kami sekeluarga tuju ialah Manila Ocean Park yang terletak bandaraya utama negara Filipina. Manila Ocean Park merupakan tempat yang menyediakan pelbagai spesis ikan air masin. Yang paling menarik adalah akuariumnya sangat besar disediakan.
Cadangan kami kepada pembaca yang ingin ke sana adalah pada hari bukan hujung minggu kerana tidak perlu bersesak dengan ramai orang. Semasa kami berkunjung ke sana, kawasan sangat lengang dan memberi keselesaan serta dapat melihat secara dekat ikan-ikan yang disediakan.
Bayaran tiket masuk yang kami tempah adalah 780 peso seorang. Harga tiket adalah berbeza mengikut pakej. Anda perlu beratur dahulu di kaunter luar bangunan dan akan menerima gelang kertas untuk diimbas di pintu masuk berlainan lorong jantina. Imbasan ini bagi mengelakkan pelawat daripada membawa masuk barang yang tidak diingini seperti senjata api, pisau dan sebarang barang yang marbahaya. Oh, sebelum lupa. Bagi bayi tidak perlu pakai gelang. Cukup sekadar cop di betis.
Tempat pertama yang kami lalui adalah di satu kawasan terbuka di bawah matahari. Ada menyediakan kolam-kolam kecil. Ikan pun saiz kecil-kecil jela. Landskap kawasan ini seolah berada di tempat tropika. Ada juga tangga disediakan untuk mendaki di satu kawasan air terjun buatan. Kami tidak lama di kawasan ini kerana suasana agak panas. Kesian kepada Niqrisa yang baru berusia 5 bulan pada ketika itu. Kami sendiri pun tidak tahan dengan suhu sebegitu.
Selepas itu, kami berjalan ke Oceanarium di mana terletaknya banyak akuarium besar, semua ikan besar besar. Apa macam, adakah anda turut sama membayangi pengalaman ini? Jika berkeinginan, bolehlah pergi ke Manila Ocean Park untuk merasai sendiri. Nak lagi jelas, sila tontoni video kami di bawah.
Jangan lupa untuk subscribe dan share ya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment