Keluar je arahan dapat rentas negeri, kami terus bungkus kain baju dan pulang ke kampung jenguk orang tua. Kemain happy sebab dah 3 bulan terperap dalam rumah. Asyik ke hulu ke hilir di ruang yang sama je. Senak otak!
Selama keberadaan di Kota Bharu, kami sempat ke Pantai Mek Mas untuk melepaskan rindu anak-anak bermain pasir. Mereka dah pergi sebelum ni dan asyik merengek nak datang lagi. Hal luncur pasir ni ada kami coretkan di blog satu lagi di link Sand Dune Pantai Mek Mas.
Disebabkan kita semua ni dalam tempoh PKPP (Pemulihan) maka orang tak ramai. Sebelum ni kemain berebut-rebut orang nak sewa slider kids. Untuk hari kami pergi tu, masih meninggi susunan slider sebab takde orang berani lagi datang ke sini. Molek la...
Diringkaskan, harga bagi satu slider adalah RM5 bagi 30 minit. Macam lama kan. Tapi masa berlalu kejap je. Rasanya tak sampai 10 kali meluncur. Nak naik pun kemain mencungap. Nak dapatkan semangat mengelongsor ke bawah. Semua tu makan masa tau.
Disebabkan orang tak ramai, kami diberi tempoh tambahan masa 10 minit lagi. Tuan penyewa pun siap bagi bonus tutorial. Fuh, sungguh bertuah di petang tersebut. Adakah anda nak rasa bertuah sebagaimana kami? Sila kunjungi sendiri ke Pantai Mek Mas. Daripada banyak habiskan duit membeli-belah di Kota Bharu, apa kata buang peluh pulak kat sini. Ketiak masam takde hal la. Biarkan lemak-lemak badan menangis kerana terpaksa meninggalkan badan kita. Kah!
Di persekitaran sand dune ini juga ada gerai makanan seperti mi sup. Kami dah pernah makan dan sedap. Tapi, banyak gerai belum buka disebabkan PKPP ini. Hanya ada jual air je. Tu pun mereka nampak takut-takut. Kena pasal tak pasal-pasal pulak. Selain itu, ada juga hutan pine yang menyajikan pemandangan sebagaimana hutan ru di Pulau Nami.
Sangat cantik bagi yang suka bergambar. Anda boleh spend masa yang lama di Pantai Mek Mas ini kerana banyak perkara boleh dibuat. Nak mandi tu kami tak pasti. Yang nampak jelas adalah orang sedang memancing ada la.
Akhir kata, nak tanya la. Mana betul. Luncur atau lungsur bagi perkataan gelongsor turun ke bawah di atas permukaan pasir? Kami sendiri dah confuse!!!
[[[ Sebelum tanya kami jawab ]]] Dimana ni? Pantai Mek Mas, Kelantan. Sila google maps. Kena bayar tak? Slider dengan makan minum je bayar. Orang dewasa boleh main? Asalkan orang. Jauh tak dari Kota Bharu? Lebih kurang 10km. Memang dekat ke tempat uncur dan shoot kahwin tu? Jalan kaki pun sampai. Subscribe to Ralitmedia Dapatkan Garmin Smartwatch Vivo Move HR di link : http://gg.gg/garminralit Xperia 1 : http://gg.gg/xperia1 Dapatkan Asus TUF Gaming laptop for better gaming and video editing : http://gg.gg/asusralit ---------------------------------------------------------------------------------------- Our Social Media: Facebook: https://www.facebook.com/ralitmedia/ ---------------------------------------------------------------------------------------- For more videos and articles visit: http://www.nhazlafikri.com/
No comments:
Post a Comment