5 Tips Cara Kami Mampu Travel Setiap Tahun


Nak kata kami ni acap kali travel ke luar negara tak jugak. Setahun hanya 2 hingga 3 kali je. Tapi, yang membuatkan orang asyik bertanya, macam mana kami mampu bawa seluruh ahli keluarga ke luar negara. Maunya memakan perbelanjaan yang banyak. 

Yang berbelanja solo pun cecah ribuan ringgit. Inikan pulak bawa anak-anak dan pasangan. Nak tinggalkan, rasa nak seronok sama-sama. Kesian bila mengenangkan mereka dan seolah-olah kita pentingkan diri. 
Ada orang dah cuba macam-macam cara tapi tak berjaya nak bawa keluarga travel bersama. Katanya, kos yang sangat tinggi. Tak cukup nak buat simpanan bulan-bulan. Setahun kumpul pun tak lepas. 

Sebenarnya ada hacks di sebalik apa yang kami lakukan. Banyak kali kami kongsikan buat rakan-rakan yang bertanya. Penat cerita sorang-sorang, meh sini nak kongsi secara bertulis dan video. Boleh buat pilihan nak baca atau nak tengok. 

1. MENABUNG

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Itulah pepatah Melayu yang biasa kita dengar. Kebiasaan kami menabung 8-6 bulan awal sebelum travel. Tetapkan berapa kemampuan yang boleh disimpan. Masuk je gaji, asingkan siap-siap. 

Tapi, jangan kata kami tak pernah guna sewaktu masa terdesak. Adakala terpaksa pecah tabung. Yelah. Malang ni tak berbau. Duit simpanan travel ni jugak la kami akan ambil dan guna. 

Bila dah guna, jangan lupa pulak gantikan balik. Seolah kita buat pinjaman bank. Usah lari daripada pinjaman biarpun duit kita sendiri. 

Pandai-pandai korang la nak cut bajet bahagian apa. Asalkan jumlah yang akan digunakan untuk travel cukup untuk tambang pergi balik, tempat penginapan dan makan minum. 

2. MINIMALIST

Minimalist ni maksudnya orang yang hidup cukup-cukup keperluan. Ada orang cakap terlalu berjimat. Kalau perkataan jujur lagi adalah kedekut. Melampau perkataan terakhir tu. Haha

Bukan kedekut taik hidung masin ya. Kami hanya senaraikan keperluan sahaja dalam hidup ni. Takde nak hidup bermewah. Takde nak buat koleksi barang penuh almari. Baju pakai mana yang ada. Selagi elok, selagi tu pakai. 

Perbabot rumah pun sama. Takde nya nak hipster sangat. Banyak yang berfungsi dan bukan hiasan. Target kami hanya TRAVEL TRAVEL TRAVEL! 

Bayangkan beli spare part kereta untuk make up semata-mata. Bayangkan kalau duit tu boleh book tiket flight pergi balik. Sayangkan. 

So, tips ni menjadi buat kami. Buat korang yang baca tak tau la. Selagi boleh berjimat, jimatlah. Dalam agama pun suruh kita elakkan daripada membazir. 

3. HUNTING TICKET

Yang ni tak susah. Cuma perlu rajin masuk website. Tak kira la airlines apa sekalipun. Install la semua aplikasi airlines agar cepat sambar bila tiket sedang murah. 

Kami banyak kali jugak dapat tiket murah. Yang paling tak logik dek akal bila mana kami dapat tiket pergi ke Surabaya dengan Citilink Airlines hanya RM600 return untuk 5 orang. Siap dengan makan minum dan free 10 kg luggage lagi. 

Selain hunting tiket murah yang jarang sekali akan dapat, baik set kan berapa kemampuan tiket yang boleh dibayar. Macam kami, RM3500 ke bawah adalah kemampuan kami. Jadi, bila dah jumpa terus book tanpa banyak fikir. 

Pernah sekali dah jumpa yang mampu bayar dan sangat murah. Tapi, disebabkan tamak nak murah lagi, kami hold dulu. Tunggu punya tunggu, akhirnya tak dapat dah harga tu. Kami pergi jugak tempat yang sama tetapi dengan harga tiket yang jauh berbeza. Beza hampir RM1000. 

Jadi, jangan fikir orang lain dapat murah lagi. Fikir je yang ni tiket memang pasti aku dah mampu bayar. Kalau dah book kemudian jumpa lagi murah, kira tu bukan rezeki kita. Itu rezeki Allah dah tetapkan untuk orang lain. Simple-simple jela fikir.

4. TOUR GUIDE

Kami tak suka pakai tour guide. Melainkan keadaan terdesak sangat je seperti masa travel yang suntuk, membawa bayi atau orang tua. Dan, kalau memang terpaksa guna, molek sangat kita yang aturkan. Biar guider tu jadi driver dah la. 

Rancang perjalanan lebih baik daripada pakai tour guide. Kenapa? Sebab kita boleh pilih destinasi yang menjimatkan. Tak perlu tiket, tak perlu keluarkan harga minyak yang berganda-ganda dan juga kadang-kadang tu guider ni akan bawa kita ke tempat yang perlu dibayar. 

Padahal kita pergi sebab nak kenal budaya dan keadaan. Kalau semuanya tempat yang bertumpu dan tengok monumen keras kejung apa yang best. Mana nak kenalnya situasi sana. 

Banyak tempat free tak perlu bayar. Contohnya taman, tasik, muzium, pasar basah, pasaraya dan berjalan-jalan sekitar. Kalau ke Disneyland entah berapa ribu nak bayar sekeluarga. Rasanya itu first dan last travel. Haha

5. DISIPLIN

Patut yang ni duk nombor satu. Takde yang ni semua point di atas hancur. Takde orang akan pantau atau dapat surat saman disebabkan kita tak patuhi perkara tersebut. Tapi, kalau betul anda komited nak travel bawa seluruh ahli keluarga, anda mesti DISIPLIN!!!!

Akan ada satu ketika kita akan rapuh. Tapi, bila kita kenangkan akan berjalan di tempat orang yang pasti memberi 1001 pengalaman inilah yang bagi semangat berkobar-kobar untuk teruskan perancangan. 

Kami ke Bangkok kali pertama. Tak seronok. Perit bila dalam perjalanan. Tapi, bila jejak je Malaysia semula, perasaan rindu tu kembali. Yang pahit tu bersilih dengan yang manis. Makin semangat nak pergi lagi, lagi dan lagi. 

============================== Baca lagi ==================================

Ok, setakat ini sahajalah cara yang boleh dikongsi. Cukup 5 jela ek. Nanti ada masa kami coretkan lagi. Bagi yang ada pandangan sendiri, boleh komen di bahagian bawah. Segala pandangan kami terima dengan hati yang terbuka. Kami akan perbaiki apa yang terkurang. 

Sila tonton video ni bawah. Jangan lupa subscribe dan tekan loceng untuk mendapatkan notifikasi video terbaru kami setiap minggu. Selamat merancang dan semoga berjaya!

No comments:

Post a Comment