Posts

Terokai terowong bijih timah di Sungai Lembing bersama anak-anak

Image
Tak plan pun nak masuk lombong bijih timah ni. Niat di hati cuma nak daki Bukit Panorama. Tapi, alang-alang dah drive jauh 94 km dari Kemaman ni kan, apa salahnya pusing tengok kawasan seluruh Sungai Lembing. Mulanya anak-anak beriya nak pergi muzium. Bila tengok brosur macam banyak gambar dan penerangan je terus tak jadi. Pujuk anak-anak ke tempat lain. Itu yang akhirnya terjumpa terowong bijih timah ni. Terima kasih kepada makcik kedai makan 2 tahun lepas yang cadangkan ke sana. Dulu tak pergi sebab dah melencong ke Jambatan Gantung Kolong Pahat. Bukit Panorama, jambatan gantung dan lombong bijih timah ni semuanya berada di Sungai Lembing.

Selesaikan dulu objektif utama ke Sungai Lembing iaitu mendaki Bukit Panorama.
Selesai mendaki, kami bersarapan roti canai di food court yang berada bersebelahan dengan padang. Situ orang Melayu. Makanan halal. Kalau food court dekat dengan pasar pagi, itu kawasan kaum Cina. Status halal diragui. Kalau nak pergi pasar pagi sekadar nak cuci mata, si…

Mana kopi sedap di KB? KB Brewster ler

Image
Wahai penggemar kopi sekalian yang berada di Kota Bharu. Nak rasa kopi hipster kaw lagi berbeza? Meh nok royat. Rasanya sangat umphh. Kami suka mencuba rasa di banyak tempat. Dan sini highly suggest. Kami promote free je tau. Takde bayaran pun. Ini disebabkan terlalu gemarkan kopi, jadi, hal baik perlu dikongsi bersama.
Ada satu kedai yang terletak di Jalan Abdul Kadir. Bersebelahan  betul-betul dengan Stesen Minyak Shell Paya. Sebelum ni dah pernah buat cubaan mencari cafe ni. Dua kali pusing tak jumpa. Silapnya, kami cari di Berek 12, jalan ke Kedai Maksu Nab Nasi Air. Memang tak jumpa la kan. Kalau anda dari Hospital Raja Zainab II, anda akan lalu depan kedai nasi air tu. Teruskan sehingga bertemu traffic light. Pandu lagi sampai la ternampak stesen minyak Shell. Toleh sebelah je, nampak la papan tanda kedai kopi. Situlah terletaknya Cafe KB Brewster. 
Buka aplikasi waze konpem jumpa.
1. Saiz kedai.
Kedai tak luas. Kecik comel je. Nak lepak? Tak sesuai. Minum dah blah jela. Sempit s…

Review penerbangan Philippine Airlines

Image
Kebiasaan kita lihat ramai yang ke luar negara dengan terbang bersama Airasia. AirAsia ni memang cukup terkenal dengan tambang murah. Itu yang menjadi pilihan bagi setiap pengembara tidak kira dalam atau ke luar negara. Untuk pengetahuan, AirAsia merupakan syarikat tambang murah dunia buat kali kesepuluh berturut-turut dalam Anugerah Skytrax Penerbangan Dunia 2018. Tak hairan ramai yang menjadi AirAsia sebagai pilihan pertama. 


Tebus tiket di kaunter.
Untuk bulan Disember 2018 baru-baru ini, kami diberi peluang merasai penerbangan lain iaitu Philippine Airlines (PAL). Ada install aplikasi di handset. Tapi tak pernah terasa nak beli pun. Bulan Julai cuba tengok dan tak sangka dapat harga berbaloi. Terus book harga tiket pergi dan balik berjumlah RM2400 untuk lima orang. Dapat luggage 30 kg free dan mealsuntuk setiap penumpang.
Sungguh tak sangka. Rupa-rupanya PAL ni bukan calang-calang flight. Masa nak naik kapal tu la baru tahu yang kami sebenarnya sedang naik flight yang bertaraf empa…

Panduan travel bersama bayi - Khas buat kali pertama terbang jauh

Image
Dilema bagi individu yang telah bergelar ibu bapa apabila minat terhadap mengembara masih tinggi tetapi mempunyai anak kecil. Lebih-lebih lagi yang berusia 2 tahun ke bawah. Takkan nak break kejap minat tu semata-mata nak tunggu besar kan. Rugi la sebab waktu tu kita dah pun bertambah umur. Masa depan bukan boleh dijangka. Kot sakit terbaring seksok kang menyesal pulak.
Tak kurang ada yang mengejek, "Buat rugi duit je bawak anak besar tu jalan jauh-jauh. Bukan dia ingat pun. Menyusahkan lagi ada la."Derr... Dah nama pun anak kan. Takkan nak tinggal. Amanah besar Allah bagi. Nak tak nak, kena bawak. Memang la bayi takkan ingat semua perjalanan tu. Pengalaman tu sebenarnya bukan untuk bayi, tetapi kepada ibu bapa. Buat la photobook ke, video ke atau blog macam ni. Boleh la ceritakan balik kepada mereka bila dah besar nanti. Confirm mereka akan menghargai susah payah kita as parents tidak meninggalkan mereka sewaktu kecil. Perenggan ni kami tujukan kepada orang yang mengejek k…

Jejak ke Intramuros, Manila

Image
Bawak anak-anak yang bersekolah rendah sangat sesuai la ke taman-taman. Antaranya ke Intramuros yang terletak di tengah bandaraya Manila. Biar budak-budak ni belajar dengan lebih dekat. Real depan mata ni beza dengan baca dalam google atau pembelajaran dalam kelas. Sambil jalan-jalan, boleh juga belajar menambah ilmu pengetahuan. Dah lama jugak teringin nak homeschooling anak-anak. Mampu buat sunguh-sungguh waktu travel je.

Berbalik tajuk di atas. Intramuros ni lebih dikenali sebagai bandar berdinding. Taman memang banyak la dalam Intramuros yang berkawasan seluas 0.67 km. Tempat ni merupakan tinggalan sejarah oleh penjajah-penjajah sebelum Filipina memperoleh kemerdekaan. Monumen seperti bangunan yang telah runtuh di Intramuros ini banyak dibaik pulih semula bertujuan sebagai tempat kajian, pendidikan dan pusat pelancongan. Lebih kurang macam kat Melaka. Cumanya sangat luas dan banyak boleh jejak.

Memang ramai pun pelancong luar negara ke sini. Mereka datang nak korek cerita. Termas…