Membuat ikamet atau permit residen di Turki.

Alhamdulillah, dah nak masuk 3 bulan kami bermastatutin di Istanbul Turki. Kali ini kami nak share sikit bagaimana nak buat ikamet atau residen permit di Turki ni.

Kami gunakan ungkapan ringkas je la untuk residen permit ini iaitu ikamet. Ikamet untuk suami telah pihak universiti yang uruskan manakala untuk isteri dan anak-anak perlu buat sendiri. Sebagaimana suami kena dapatkan ikamet untuk belajar, isteri dan anak-anak perlu apply ikamet untuk pelancong. Ikamet untuk pelancong boleh apply untuk setahun atau dua tahun tapi biasanya lulus setahun sahaja.

Ok perkara pertama yang perlu ialah ikamet ini hanyalah boleh dimohon ketika kita berada di dalam Turki sahaja dan tidak boleh dibuat kalau kita masih berada di Malaysia. Permohonan perlu dibuat secara online.

Dokumen yang perlu ada.

Isteri

  • salinan passport
  • sijil nikah yang ditranslate ke bahasa Turki yang telah disahkan oleh Notary Turki.
  • gambar 4 keping format ICAO ( latar belakang putih)
  • Insurans. (lebih elok beli di Turki)
  • Tax ID ( yang ni kena beli di Tax ID Office)
  • Resit bayaran Fee dan kad plastik Ikamet
Yang anak2 sama dengan isteri cuma kena tambah  surat beranak yang teah diterjemah ke bahasa Turki dan disahkan oleh Notary. Terjemah boleh dibuat di Kedutaan Turki kalau di Malaysia. Kalau tak sempat boleh buat di Turki tapi kena terjemah dahulu ke bahasa Inggeris takut yang dekat Istanbul tak nak buat sebab bahasa Melayu.

Kos untuk translate ke bahasa Turki dalam 50TL untuk satu muka surat yang mahal ialah kos Notary. 150TL kalau tak silap untuk satu helai tidak termasuk caj tax kerajaan Turki.

Setelah selesai sediakan dokumen seperti mana yang disenaraikan diatas, bolehlah mohon ikamet tersebut di website www.ikamet.goc.gov.tr 




Ambil piilihan permohonan kali pertama dan isi maklumat yang diperlukan. Bagi anak-anak perlu di isi oleh penjaga manakala isteri kena isi sendiri. Maksudnya disini bagi permohonan anak-anak, semasa pengisian maklumat akan ada bahagian perlu di isi oleh penjaga/bapa atau isteri. 

Dibahagian akhir setelah mengisi perlu memilih tempat untuk ditemuduga. Maksudnya temuduga disini ialah tempat yang perlu dihantar dokumen yang disenaraikan di atas. Semasa mengisi permohonan online, tak perlu untuk muat naik sebarang dokumen sebab pihak Imigresen memerlukan dokumen yang asal. 


Ini bentuk fail yang perlu dibeli dan di isi dokumen untuk dihantar ke pihak Imi. Dosya atau sebutan Melayu kita Dosiya. 


Seterusnya dokumen akan diposkan ke pejabat Imigresen yang dipilih oleh kita semasa pengisian online. (Bermula 15 jan 2021, dokumen perlu dihantar by hand ke pejabat Imigresen).

Untuk penghantaran dokumen ini, kita perlu menunggu email atau sms dari pihak imigresen. Macam kami pilih terima notifikasi dari Imigresen dengan menggunakan email jadi selepas sebulan setengah kami hantar permohonan barulah kami terima email untuk hantar dokumen asal. 

Sememangnya mengambil masa yang lama untuk urusan ikamet. Yang lama adalah di bahagian Imigresen. Ada yang sehingga tamat visa melancong pun belum dapat lagi ikamet. Bergantung dimana tempat yang kita hantar permohonan. Di  Istanbul memang memakan masa yang lama disebabkan permohonan diterima adalah banyak.

Sentiasalah semak di web ikamet tentang status permohonan bagi mengelakkan terlepas pandang jika ada dokumen tambahan yang diperlukan oleh Imigresen. Bagi permohonan yang diluluskan , ikamet akan di hantar melalui pos negara Turki iaitu PTT ke alamat rumah kita yang menetap di Turki. Dah dapat ikamet ni barulah rasa nyaman nak jalan-jalan di Istanbul. Hihihi. 

Sekian , perkongsian dari kami. harap ianya bermanfaat. Jika ada pertanyaan bolehlah tinggalkan diruang komen. Terima kasih.


No comments:

Post a Comment